MAYA 21

4.8K 246 3
                                    



Empat hari Maya tidak kerja. Keluar bilik pun hanya sekali. Sekadar memberi sepatah dua kata pada umi. Cukup untuk tahu yang dia nak tenangkan diri. Abaikan dia buat sementara waktu. Bilik yang tunggang langgang sebab dia sendiri pun sudah dikemas.

Mujur papa dan umi faham dengan emosinya. Papa dah beritahu. Adam tidak akan dibenarkan datang dekat dengan Maya. Untuk itu dia sangat sayangkan papa. Papa tahu dia tidak boleh tengok muka lelaki tu sekarang ni.

Makan pun umi sekadar hantar makanan ke dalam biliknya. Dia dah janji dengan papa dan umi. Untuk seminggu sahaja. Beri masa dia seminggu tenangkan diri.

Papa cadangkan dia pergi bercuti. Tapi Maya bukan jenis suka melancong. Kehidupannya selama ni pun hanya rumah, kelas dan pejabat. Meluangkan masa dengan umi dan papa jauh lebih bermakna dari melancong tinggalkan rumah.

Cukuplah along dan adiknya jarang ada di rumah. Dia nak sentiasa bersama dengan orang yang lebih menghargai dirinya.

"Dah kenapa buat perangai ni?"

Terjatuh buku atas tangan Maya. Terkejut dengan sergahan si abang. "Along?" senyuman lebar. Yeay! Abang dia dah balik.

Muka ceria Maya berubah. "Kenapa buat perangai ni? Maya dah besar? What is wrong with you?"

"Kenapa along ni?" Tidak fahamlah along ni. Datang aje bilik dia terus soal macam-macam.

"You know how messed I am because of you? Along kerja pun tak tenang. Terkejar-kejar cari orang ganti Along sebab Maya buat perangai!"

Maya tak percaya langsung abang kesayangannya cakap begitu. Kenapa letak salah pada dia? "Kaitan? Ada Maya suruh? Tak ada kan? Yang along bising ni kenapa?" Walaupun hati tengah bergelegak, dia masih lagi mampu berkompromi.

"Maya Bella!! Sebab Maya buat perangai macam ni umi dan papa tidak senang hati, jadual abang berterabur gara-gara nak balik sini, Adam pun tak dapat masuk kerja Serabai macam bukan orang. Now your own dad masuk hospital? Itu yang Maya kata tiada kaitan?!!" Makin naik darah Maya ditengking oleh along.

Kaki melangkah ke depan. Sinis Maya senyum pada abangnya. "Mati pun orang tua tu Maya tidak hairanlah along. Lagi bagi dia bawa anak lelaki dia tu mampus sekali...."

Pang!!

"Maya Bella binti Mustapha!! Ingat sikit darah daging sendiri!"

Bergegar badan Adam Khair. Adiknya makin melampau!

Sinis terukir. Buat pertama kalinya pipinya menerima habuan dari si abang. Air mata Maya mula mengalir.

"Along tampar Maya... Along tampar Maya..." luah Maya perlahan. Lebih kepada beritahu diri sendiri. Ingatkan diri sendiri yang abang kesayangannya sanggup tampar dia.

Adam tercenggang. Mata terus jatuh pada tapak tangan sendiri. "Maya...." Argh! Baru sedar salah sendiri. Hati mula rasa serba salah tengok air mata adiknya.

"Maya..."

Tangan yang cuba mengelap air mata Maya ditepis.

Mata tajam Maya merenung si abang. "Memang Maya ingat darah daging sendiri. Darah daging sendiri yang pernah buang Maya. Darah daging Maya sendiri yang hantar Maya ke rumah anak yatim. Orang tua tu... Maya takkan pernah lupa muka dia seret Maya ke rumah anak yatim. Maya takkan pernah lupa..."

"Maya tahu Maya bukan adik kandung along... Tapi Maya ingat along faham perasaan Maya... Tapi along... Along ingatkan Maya bukan darah daging along. Along ingatkan yang Maya ni bukan adik along. Along pun nak buang Maya? Buang Maya ke tempat orang tua tu?"

"Tak apalah. Kalau Along pun tak nak Maya. Maya boleh angkat kaki. Tapi jangan paksa Maya terima orang yang pernah buang Maya... Maya takkan sesekali pandang semula..." luah Maya perlahan.

Tubuh Adam Khair dipeluk. "Maya sayang along. Maaf sebab Maya susahkan along. Maaf sebab buat along huru hara... Apa pun Maya tetap sayang satu-satunya abang Maya." Maya terus berlari keluar rumah. Tidak mampu tengok muka marah abangnya lagi.

Tercenggang.

Adam masih mencerna ayat-ayat adiknya. Kaku tengok air mata Maya tadi. Terkejut dengar luahan Maya.

Ya Allah! Apa aku dah buat?


MAYA (COMPLETED)Where stories live. Discover now