MAYA 19

4.6K 233 6
                                    


"Pendapat papa?"

"Papa tak kisah. Yang penting anak papa bahagia." Datuk Mustapha menyuarakan keputusannya. Masih lagi terkejut dengan cerita Maya tadi. Kerasnya hati seorang Maya.

"Paa..."

Datuk Mustapha memandang anak lelakinya. Jelas riak wajah gusar Adam. Entah sukar dia menembak hati si anak. Waktu minum bersama Maya petang tadi nampak sangat tahap confident melampau. Malam ni baru mula serabut. Mengelamun aje lepas makan malam tadi. Itu yang buat dia tergerak hati datang mendekat.

"Papa tak nak tanya kenapa Adam bagi cincin tu pada Maya?"

Dahi Datuk Mustapha berkerut. "Pa ingatkan Adam buat design yang sama?"

Adam geleng kepala menjawab.

"Cincin yang sama pa. Adam langsung tidak ubah ikut saiz jari arwah mama. Suprisingly its fit her. Papa tak tergerak ke nak buka mulut? Maya dah dewasa pa. Adam yakin dia boleh terima perkara sebenar."

"Sejak bila Adam tahu?"

"Sejak Adam mula kenal Maya. Muka Maya sebiji macam arwah mama. Lepas tu Adam dapat tahu Maya anak angkat uncle Khair. Lama dah pa... sejak Adam sekolah menengah." Dia membesar dengan gambar-gambar arwah mama dan cerita cinta papa tirinya.

Adam tidak pernah salah meneka. Maya memang anak papa.

Datuk Mustapha mengeluh kecil. "Papa tak rasa Maya terima lepas apa yang papa dah buat... Papa tak kuat Adam. Papa tak kuat nak berterus terang." Dia pernah cuba cari Maya. Lepas beberapa tahun akhirnya dia buka mulut mencari satu-satunya anak dia. Anak yang dia buang sendiri ke rumah anak yatim.

Itupun lepas pertemuan dia dengan Maya di pejabat Adam tempoh hari. Mengenali nama yang dia sendiri dan arwah isteri memilih. Datuk Mustapha cukup yakin Maya anak kandung dia. Lebih lagi tengok wajah Maya yang seiras arwah isterinya.

Telefon Adam berdering menghentikan perbualan mereka.

Uncle Khair.

Cepat tangan Adam menyambut. Pelik juga bila dapat panggilan tengah malam macam ni.

"Helo. Assalamualaikum..."

Riak Adam berubah. Papanya dipandang sekilas sambil mendengar cerita dari uncle Khair. "Astaghfirullah. Habis tu Maya mana sekarang ni?"

"Adam datang sekarang!" Telefon terus dimatikan.

"Apa jadi dengan Maya?" Datuk Mustapha terus menerpa dengan soalan. Hairan dengan sikap anaknya yang terburu-buru. Apa jadi dengan Maya?

"Maya dah tahu pa. Maya dah tahu siapa papa kandung dia... Sekarang ni Maya tengah berkurung mengamuk dalam bilik. Adam nak pergi jumpa Maya..."

Berdebar-debar jantung Datuk Mustapha. Maya dah tahu. Maya mengamuk. Ya Allah! Sungguh ini yang dia takut. Takut penerimaan Maya lepas tahu hakikat orang yang pernah buang dia.

"Kita pergi. Mama, papa dan Adam. Dah tiba masanya abang jumpa Maya. Apapun Maya tetap anak abang..."

"Mama tahu?"

Datin Marina angguk. Sejak suaminya berjumpa dengan Maya semula lagi. Memang tiada rahsia antara mereka berdua. Dia juga yang usulkan siasat latar belakang Maya dan cari semula Maya Bella anak kandung suaminya.

Dia mahu anak beranak itu bersatu semula. Payah macam mana sekali pun, pasti Allah akan gerakkan hati Maya terima papa kandungnya semula. Yang penting kesungguhan suaminya 'menarik' anaknya semula ke pangkuan papa sendiri.

MAYA (COMPLETED)Where stories live. Discover now