MAYA 2

7.8K 329 1
                                    


Sebaik mungkin Maya kawal riak wajahnya. Beku dan keras seperti biasa. Kening diangkat. Signal pada si abang

"Kawan abang."

Okay. Tahulah Adam kuasa dua ni kawan abangnya.

"So?"

"Adam it is... you know. For my 3P." Saja Adam buat kata tersirat. Yakin adiknya faham maksud disebalik.

Maya mengeluh. "Seriously Adam?"

"Serius as se-juta percent-rius."

Mendecit Maya dengan jawapan Adam. Memain pulak!

"You want 'Adam'. I give you Adam."

"Abang... I only need Adam as my Adam. Bukan Adam kawan Adam. Understood?" Memang mereka pernah bangkit isu jodoh ni. Maya dah tekankan berapa kali. Cukup Adam seorang dalam hidup dia. Dia tidak perlu 'Adam' lain. Dalam dunia dia hanya Adam Khair. Maksudnya. Adam+Papa Khair. Nothing more or less. Adam Khair sudah cukup kombo Adam untuk dia bahagia.

Adam kuasa dua tertawa kecil. Tajam mata Maya menjeling. Dari dulu lagi dia tidak berkenan dengan mamat seorang ni. Tapi itu tidak penting. Bila abangnya turut ketawa bersama 'Adam' si kawan. Tambah sakit pula hati Maya.

"Adam yang ni tak dapat jaga Maya bila dah kahwin. You noted that juga kan? So i got one Adam for you."

Satu lagi keluhan Maya. Isu ni lagi.

"I don't need him. I just want my Adam." Tegang. Cukup untuk fullstop pada perbualan mereka.

"Woo... wooo. Berhenti. Yang kau orang cakap ni pasal aku. Cukuplah tu. Nanti tak pasal bergaduh pula."

Maya mendengus. "Say it to yourself." Geram dilemparkan pada Adam Zulkarnain. Bukan dia benci tapi entahlah. Cara lelaki itu buat dia tidak suka. Over protective!

Okay. Perangai tu dua kali lima macam Adam Khair si abang.

Tapi Adam Khair abang! Adam Zulkarnain? Minta simpang.

Lapan tahun hilang azab dari tengok muka mamat ni. Tak sangka hidup lagi rupanya.

"Maya. Maya. Keras hati. Macam biasa." Geleng kepala dengan Maya ni. Luar nampak comel. Muka budak baik. Tapi keras kepalanya jugak paling juara!

Dilihat Adam yang bantu dia atur perjumpaan bersama Maya malam ni. Kalau Adam tidak paksa Maya datang, dunia si gadis hanya pejabat dan rumah. Payah betul nak cucuk jarum.

"Jaga dia. Aku nak cari Hawa." Saja bagi peluang Maya dengan kawannya. Adam Zulkarnain. Bukan setahun dua dia kenal Adam Zulkarnain. Cukup lebih dari kenal. Berjarak universiti dan tempat kerja tidak pernah memutuskan hubungan mereka. Cukup Maya saja yang elak sedaya upaya dari Adam Zulkarnain. Lelaki itu mana pernah jauh pun!

"Maya nak balik!"

Aduh! Maya ni. Adam cepat-cepat signal pada si kawan.

"Its either him or me. Jangan buang tebiat nak balik sendiri malam buta ni. Nak papa bunuh abang ke apa? Dan satu hal lagi. Papa tahu pasal ni." Saja ugut nama papa. Mujur juga papa sporting. Risau juga anak daranya seorang ni yang sangat anti-sosial. Yang seorang di rumah tu pula terlebih sosial. Haih! Pening kepala jaga adik-adiknya.

Monyok mulut Maya. Senyap.

"Good girl. Ni abang sayang adik kesayangan abang ni." Atas kepala Maya diusap perlahan sebelum Adam gerak mencari buah hati yang belum sempat ditemui.

Kalau Maya diam protes macam tu tidak perlulah dia risau. 

Confirm dengar cakap sebab tidak berani melawan punya.

MAYA (COMPLETED)Where stories live. Discover now