Bab 23 :KBM,final.

891 81 12
                                    

Kalau ditanya,kenangan apa yang paling manis setakat aku hidup,I could say one of it adalah masuk matrik.

Sumpah,ia adalah salah satu kenangan yang termanis dalam hidup aku.

Dapat berkenalan dengan ramai orang,kawan-kawan,pensyarah-pensyarah...

Kalau aku boleh putar masa,aku nak sangat masuk ke situ semula dan ulang semula apa yang kitorang pernah buat.

Tak ada perkataan yang boleh gambarkan how we suffered inside that place melainkan korang rasa sendiri struggle menjadi warga matrikulas macam mana.

Kan?

Letih,jerih,perit..

Bila budak-budak asasi,diploma seronok keluar sana sini tak ada curfew,setiap minggu boleh balik,kami di matrik terpaksa mereput di atas katil.

The greatest escape from the world is sleeping.

Tak payah pergi mana-mana,cukuplah tidur di petang jumaat dan tak ada kelas.Itu 'syurga' dan malam nya tengok movie dengan classmate dan roomates,heaven sangat.

Banyak sangat kenangan manis,late night story,melepak dekat tangki,buat jahat,duduk tepi padang makan sandwish,main waktu eskperimen,pergi kelas sama-sama...

Jujur aku rindu.

Dua tahun,dua tahun aku duduk dekat situ.Setiap pagi bila aku buka mata dan aku masih di situ,aku mengeluh,bila masa nak cepat bertukar?Aku nak keluar matrik!

Tapi sekarang,bila aku buka mata...

Aku mahu ke situ semula,mengulang nikmat menjadi seorang remaja.Aku mahu kawan-kawan aku disitu.

Matrik susah,tapi kerana ada mereka,sedikit sebanyak mampu tukar yang susah jadi senang.

Bila aku sedih dan meroyan,ada je orang yang tanya,

"Kau kenapa mak?"

Bila aku monyok dan lapar,diorang selalu kata,

"Mak kau lapar ke?Aku ada makanan,nak?"

Bila aku menangis,korang marah aku.Tapi korang yang buat aku nangis!

Bila aku kata tak suka,itu yang korang buat again and again and again.

Semua orang macam tu.

Why make it so hard untuk aku lupakan korang?

Dulu,masa sem 1 dengan dua,aku tak suka sangat dengan kelas kita sebab macam childish,sikit-sikit nak gaduh.Semua benda nak gaduh.

Kes whatsapp pun nak gaduh ke?

Dan aku rapat dengan Wad Dahlia.Wad Dahlia is another best moment yang aku takkan lupa sampai bila-bila.

Aku tak menyesal aku dapat C sikit lagi nak fail Fizik sem 2 sebab menangis nak berpisah dengan diorang.

Sebab C fizik tu result aku jatuh teruk dari 3++ sem 1 terus jadi 2++ sem 2.

Menangis teruk waktu hari last tu masa jawab exam sebab fikir,macam mana hidup aku kat matrik kalau diorang tinggalkan aku?

Classmate semua tak rapat sangat.Selama ni semua benda buat dengan wad dahlia,sekali pun tak lernah hang out dengan class mate.

Aku penangis,kalau aku dah sayang,memang susah untuk aku lepas.

Kalau korang masih ingat,how i cried so hard masa hari last,tulah indikator sayang aku pada korang.

Kalau aku tak sayang,aku takkan menangis.Air mata aku mahal kot.

Bila hari last tu,semua orang buat aayt sedih,semua orang cakap bukan-bukan.Masa sem 2 punya hari last,sedih,tapi masa sem 4,lagi sedih..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 09, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kitab Budak MatrikWhere stories live. Discover now