Bab 3- Drama vs Terkunci

2.9K 234 30
                                    

"For this semester project, your batch akan buat sketsa. So, korang kena pilih skrip, tak kisah apa-apa skrip, tunjuk dekat teacher and then korang boleh berlatih."

Kata Teacher Ami di depan kelas.

Aku angguk-angguk je. Pulak dah, macam-macam lah. Nak kena berlakon bagai.

Aku pandang sekeliling kelas baru aku. Dah hampir sebulan lebih aku bergelar pelajar Kolej Matrikulasi.

Kelas aku namanya 1M1D3. Susah betul nak ingat nama kelas aku, panjang sangat. Dah sebulan pun bila orang tanya aku kelas mana aku tak ingat lagi.

"Teacher, group nak decide macam mana?"

"You all nak teacher decide ke you all nak decide sendiri? Tapi make sure kena ada lelaki la, biar mix boys and girls."

Semua dah angguk. Alamak! Kena campur pulak. Malu la nak berlakon dengan budak lelaki. Cakap pun tak pernah dengan dia orang. Sebulan duduk dalam kelas ni, aku senyap je.

Sikit pun tak berbunyi, jangan kata dengan budak lelaki, budak perempuan pun aku tak tegur.

"So macam mana nak decide ni?" Faris tanya dekat satu kelas. Faris ni aku ingat muka sebab ... dia besar. Haha, serius, lama-lama tengok dia ni tak ada beza pun dengan Baymax.

"Undi?" Auni jawab. Ini lagi sorang classmate aku, Auni, orang Temerloh, tinggi gila dia ni, mula-mula tengok, macam sombong, tapi lama-lama bercakap apa semua, dia baik rupanya.

Tu lah, don't judge a book by its cover, but judge book by its ending! Baca ending dulu, baru boleh tahu buku tu happy ending ke sad ending.

"Aah, undi, sebab lelaki sikit. Kalau nak pilih nanti tak fair pulak." Athilah sambung. Okay, first impression aku dekat minah ni tak berapa baik sebab, bila cikgu tanya siapa nak jadi class rep, dia dengan berani nya angkat tangan. Dan aku pun macam ....

Yelah, tipikal Melayu, benda baik mana nak fikir positif. Jujur mula-mula tu aku rasa dia batak. Maafkan aku Athilah. (Kami dah berdamai okay. )

"Tulis atas kertas, and then suruh budak laki cabut undi group perempuan mana yang diorang dapat." Lagi Auni sambung. Aku hanya mampu perhatikan apa yang dia orang tengah buat ni.

"Okay, settle eh? Aku bagi dia orang eh?" Faris tanya buat kali terakhir.

Masa tu, kelas diadakan dekat library, budak lelaki duduk dekat tingkat atas (sengaja mengada). Faris pun panjat tangga ke naik ke tingkat dua.

Budak-budak perempuan pulak setia tunggu dekat bawah menanti Faris si posmen turun dengan keputusan undian. Tak lama pun kita orang tunggu, lima minit macam tu Faris dah turun balik. Efisyen betul SPRM Faris.

"Okay, siapa kumpulan tiga?"

Aku angkat tangan. "Aku." Aku tunjuk Hajar dan Syu selaku team mates aku untuk kumpulan sketsa BI.

"Kau dapat Syafiq dengan Alif." Aku pandang Hajar dengan Syu. Syafiq? Pergh ... Syafiq? Dia dah la senyap, budak sekolah agama, nak berlakon dengan dia?

Alif pulak ... muka dia seram sebab dia ada parut dekat pipi macam gangster.

Redha? Baik lah, aku cuba.

* * *

"So, kita nak buat cerita apa ni?" Aku tanya bila lima-lima kita orang duduk satu kumpulan. Aku secara tak rasmi nya melantik diri aku sebagai pengerusi tak berkuasa untuk mesyuarat kami yang pertama.

Kitab Budak MatrikWhere stories live. Discover now