Bab 18 : Mak,menantu,dan anak-anak 1

638 55 14
                                    


Aku bukak telefon.Rasa lama sangat tak bukak telefon sebab belajar.Eceh...ada riak di situ.Tak adalah lama mana,dalam dua jam.Buat soalan past year.Phone letak atas meja.Aku study dekat katil.

Bertubi-tubi Whatsapp masuk,sikit lagi hang la telefon aku ni.

Scroll.Group aras tak habis-habis bising dengan arahan felo,jual produk itu ini.So aku tutup.Asal hilang tanda tak baca sudah.

Lepas tu bukak group Four Flat Benzene.Haha,dengan kata nama lain group anak-anak mak.

Seperti yang korang tahu,aku digelar mak di Kolej Matrikulasi Pahang ini.Maka jika ada mak,mestilah ada anak bukan?

Anak-anak aku ramai,tak terbilang,mungkin separuh dari batch PDT Zealord?

Tapi,yang digelar 'anak-anak mak' itu Cuma tiga orang,tidak lain tidak bukan Tirah,Hajar dan Syu.

Kenapa?

Sebab dimana-mana sahaja aku pergi,pasti mereka juga ada,PASTI!Kecuali jamban dengan shower lah.Kalau ada jugak,kembar siam dah tu.Tapi kadang-kadang ada jugak jumpa dekat bilik air,mandi bilik air sebelah-menyebelah.Sweet tak?

Kalau aku jalan sorang-sorang,ada je yang bertanya,

"Mak,mana anak-anak kau?"

Hei,panas je hati aku.Bukan aku yang depan mata ni nak ditanya,anak-anak aku jugak yang sibuk dipikirkan.

Kalau dalam lecture tu,nak masuk dekat tempat duduk tengah,mesti diorang berderet beratur belakang aku.

Kalau budak kelas dua,Tik,Bella,Siti semuanya pakat-pakat gelak tengok diorang dekat belakang beratur belakang aku.See,how sweet we are?

Dalam kitorang berempat ni,istimewanya,mereka semua mulutnya senyap sahaja.Diam je,terutamanya dalam kelas.

Dan kontranya pula di situ,mulut aku sorang je yang bising dan banyak bunyi.Betul,sungguh-sungguh ni cakap.

Aku pun pelik macam mana aku boleh sesat duduk dengan diorang.Dari first sem kot.Dua tahun bersahabat baik dengan dioranng,dua-dua sem jugak lah air lir aku je banyak keluar.

Cuma sejak akhir-akhir ni mulut mereka ni makin lancang dan cabul.Selalu saja bikin hati aku berdarah.

Bila ditanya,jawab mereka senang.

"Kau lah ajar kitorang ni mak."

Pergh....dan rakan-rakan sekelas juga meletakkan salah itu di bahu aku kerana mengajar anak aku yang bukan-bukan.Tidak adil kan dunia?

Ah,sudah.Balik kepada topic asal.

Aku baca whatsapp dari Syu dalam group.

Syu : Mak,boleh peluk Syu tak?Lepas Isya' Syu turun.

Lah,dah kenapa pulak ni?Lain macam je Syu punya ayat.Aku baca Hajar punya pulak dekat bawah.

Hajar : Nak peluk gak.Tapi kena kemas bilik.

Dah Hajar pulak kenapa?Masa ni semua orang sibuk nak kemas bilik sebab lagi dua hari akan menamatkan pengajian kami di matrikulasi.Makanya,segala barang yang dah jadi harta karun dalam bilik tu pun haruslah dikemas.

Aku scroll lagi.

Syu : Takpelah mak,mak pun mesti tengah kemas bilik.Aku dah break dengan Alip.Leyka jangan tanya dia apa-apa pulak.Tu je.

Apa?Dah break dengan Alip?Lagi?Aduhai,pening kepala aku.

Aku baca Whatsapp tu Syu hantar pukul 8.04,sekarang dah pukul 9.06,sejam yang lalu.Alahai,serba salah pulak aku.

Kitab Budak MatrikWhere stories live. Discover now