#41: Arang's Story

608 68 16
                                    


Namanya seperti pelik.Adakah ini arang batu?arang kayu?bukan..Hari ni author nak ceritakan tentang kisah rakyat korea:Arang.so.Happy enjoy your reading and give me your vote!see ya.

==============

==============

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Arang.Dia adalah gadis yang cantik dan anak kepada seorang hakim di zaman dinasti Joseon(korang boleh research psl dia kalau tau lebih jelas)

Arang seorang anak yang baik.Hidupnya biasa-biasa saje.Salah seorang pelayan di rumah Arang  menyukai Arang dan berusaha untuk menggodanya.Pelayan itu pernah meluahkan perasaan sukanya kepada Arang.

Tetapi Arang menolaknya dengan lembut.Meskipun begitu,pelayan itu tidak berpuas hati dengan penolakan Arang.

Pelayan itu  cuba merogol Arang dan membunuh Arang.Mayat Arang itu ditanam di kawasan yang terperincil oleh pelayan istana itu sendiri.Lalu,tersebarlah berita mengenai kehilangan Arang.

Bapa Arang gelisah dan berasa sedih dengan kehilangan anaknya itu membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai seorang hakim dan pulang ke kampungnya.

Setelah bapanya turun dari jawatan seorang hakim,beberapa hakim yang lain mencalonkan diri untuk menggantikan tempat bapa Arang.Tetapi setelah hakim-hakim itu mendapat jawatan yang mereka kehendaki,satu persatu dari mereka mati dengan cara yang misteri.



Seorang lelaki yang berani,bernama Yi berusaha mencalonkan diri untuk menggantikan tempat bapa Arang untuk mengetahui perkara sebenar hakim-hakim itu mati.

Pada malam pertama Yi menjadi seorang hakim,seorang gadis (Arang) mendatangi Yi dengan berlumuran darah.Arang menceritakan bagaimana cara dia mati dan dia berkata:

"Besok aku akan menjadi kupu-kupu putih dan aku akan hinggap pada orang yang telah membunuhku itu"

Keesokannya,Yi memanggil semua pelayan rumah itu berjumpa dengannya.Lalu semua pelayan-pelayan rumah itu berjumpa dengannya. Seekor kupu-kupu putih hinggap di atas topi seorang pelayan lelaki.(lelaki yang telah membunuh Arang)

Yi terus mendesak pelayan itu untuk mengaku.Pada mulanya,dia tidak mengaku bahawa dia telah membunuh Arang namun akhirnya dia terpaksa mengaku dan memberitahu tempat  mayat Arang ditanam.

Setelah digali kubur Arang itu kelihatan mayatnya masih baik dan tidak reput.Pelayan itu dihukum dan mayat Arang ditanam di tempat yang sepatutnya. Setelah pelayan itu dihukum,Arang tidak lagi muncul.

••••••••

Rasanya,kisah dia maybe bukan dongeng kut.Sebab kat ade satu kuil kat Korea selalu buat hari peringatan pada setiap hari ke16 bulan 4 dalam kalendar lunar.

Dan,tahukah korang cerita ni juga dijadikan drama korea 😄😄.Tajuk cerita dia Arang and The Majistret.

Night Story Where stories live. Discover now