"Kau dengar dulu penjelasan aku. Ni bukan salah aku ataupun Ana. Yang Ana kandung tu anak kau. Dia sembunyikan dari kau untuk 9 bulan. Dia tak nak anak tu jadi macam dulu. Dia nak lahirkan anak tu and dia nak kau jaga Fatin dan Fakrullah elok-elok. Tolonglah percayakan aku." kata Alif. Danial melihat Fatin. Fatin terkejut. Tak sangka mereka berdua mengandung dalam masa yang sama.

    "Sekarang ni dia kena buat pembedahan di hospital. Doktor tak ada pilihan lain. Jantung Diana makin lemah. Oh aku lupa. Kau tak tahu kan yang Ana sakit jantung? Mari sini aku beritahu. Dia dah sakit jantung lepas accident masa kita kecil dulu! Dia tak nak beritahu kau sebab dia tak nak kau risaukan dia. Dia tak nak kau rasa tak bahagia dengan dia. Sebab tu dia suruh kau kahwin dengan Fatin sebab nak kau bahagia dengan Fatin! Kau ingat tak yang dia cakap yang dia tidur rumah mak cik untuk seminggu? Tu sebenarnya dia tidur di hospital. Dia tahan sakit selama ni dengan kau dan Fatin. Kau saja tak reti nak tanya tentang dia! Ni kau kata dia curang dengan kau? Kau fitnah perempuan yang selama ni cintakan kau sangat-sangat." kata Alif lagi. Danial benar-benar menyesal dan terkejut. Dia tak tahu semua hal ni. Dia berdosa sangat-sangat. Tiba-tiba, Fatin mengerang kesakitan. Dia memegang kuat baju Danial.

    "Kenapa ni?!" tanya Danial terkejut. Alif turut terkejut.

    "Rasanya bayi nak keluar. Abang pergi hospital!" jerit Fatin. Ha sudah! Alif menepuk dahinya. Dua orang dalam hari dan masa yang sama.

    "Alif! Tolong aku angkat Fatin!" arah Danial. Alif mengangguk lalu mereka berdua mengangkat Fatin masuk dalam kereta. Danial membawa terus ke hospital yang Diana pergi.

    "Nurse! Nurse!" panggil Danial sambil mendukung Fatin. Nurse datang membawa Fatin dan terus masuk ke dalam wad bersalin. Danial duduk di atas kerusi hospital itu dan menggaru kepalanya. Alif duduk sebelah Danial. Dia memegang belakang Danial.

    "Kenapa kau tak beritahu aku dari awal?!" tanya Danial tegas. Alif menyandarkan badannya ke dinding.

    "Bukan aku tak nak beritahu tapi Ana yang tak nak. Takkan aku nak tipu Ana? Kau pun satu. Bukan nak tanya Ana sendiri. Bukan nak tanya sebab kenapa dia benarkan kau kahwin lagi satu. Aku tau dia cakap sebab Fatin barah otak and nak dia bahagia tapi tu sebab yang kedua. Kau tak tahu sebab yang pertama. Dia tak lama hidup. Dia nak kau bahagia bila dia tak ada nanti." balas Alif. Danial menutup mukanya dengan kedua-dua tapak tangannya. Dia berasa geram. Dia menangis teresak-esak.

    "Aku berdosa!" jerit Danial. Alif mengosok belakang Danial.

    "Kau kena sabar. Sekarang ni dua orang isteri kau tengah bertarung nak lahirkan anak kau. Diorang cuba untuk bahagiakan kau dengan lahirkan anak kau. Ana setiap hari doa supaya anak kau selamat dilahirkan. Dia harap kau dapat azan dan cium bayi yang dikandung dia. Dia nak juga kau buat macam mana kau cium perut and bercakap dengan bayi kau semasa kau buat pada Fatin. Dia dah tahan selama ni. Dia dah lama perhatian kau dengan Fatin. Dia jaga Fatin sebab dia nak kau bahagia." kata Alif. Danial menyesal kerana abaikan Diana. Dia memegang baju Alif kuat.

    "Mana Ana?" tanya Danial. Alif mengeluh lalu bangun dan berjalan. Danial mengekori Alif.

    "Fikah..." panggil Alif. Shafikah bangun dan terus berjalan ke Alif.

    "Alif! Ana... Doktor kata jantung Ana dah tak kuat. Doktor kata bila-bila masa sahaja Ana boleh meninggal!" kata Shafikah lalu menangis teresak-esak. Dia terkejut melihat Danial berada di belakang Alif. Dia mengelap air matanya lalu berdiri tegak.

    "Fikah... Aku minta maaf." kata Danial. Shafikah menunjukkan tapak tangannya menandakan stop!

    "Kau jangan minta maaf kat aku. Kau nak minta maaf, kau minta maaf kat Diana. Yang ada dalam wad bersalin tu." kata Shafikah geram. Danial menundukkan kepalanya. Alif menarik tangan Shafikah jauh dari Danial sedikit.

I Hate You But I Love Youजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें