Bab 9

74 4 0
                                    

"Ana bangun! Ana bangun! Nur Diana Zalikha binti Kamal bangun!"

Diana terjaga daripada pengsan. Apa aku mimpi tadi? Ya Allah! Aku kat mana ni? Kenapa tangan dan mulut aku terikat?

"Dah bangun? Lama tau aku tunggu kau bangun. Dah jom kita turun." kata seorang lelaki yang memakai topeng berwarna hitam. Lelaki itu menarik lengan Diana untuk keluar dari kereta itu. Dia membawa Diana masuk ke sebuah bangunan lama yang sudah setengah roboh.

"Aku rasa kau ingat tempat ni kan? Tipulah kalau kau tak ingat kenangan manis kita bersama." kata lelaki itu. Dia membuka ikatan di mulut Diana.

"Apa kau merapu ni?! Kau salah orang la! Siapa kau?!" kata Diana dalam ketakutan.

"Kau tak ingat aku? Kau tak ingat tempat ni?" lelaki itu membuka topengnya.

"A.. Alif?! Apa kau buat ni? Kau tau kan culik orang tu berdosa?" kata Diana. Tak percaya yang Alif akan buat begini dekatnya.

"Aku tau berdosa tapi aku nak kau ingat kembali kenangan kita ni. Dulu tempat ni la yang selalu menjadi tempat pertemuan kita bertiga." kata Alif sambil tersenyum lebar.

"Bertiga? Tempat pertemuan? Apa kau cakap ni?"

"Kau betul-betul tak ingat ke buat tak tau?! Dulu kau, aku dan Danial selalu datang sini masa kecil! Ni tempat pertemuan kita!" marah Alif sambil mendekati dirinya dengan Diana. Diana mula rasa takut kembali.

"Aku tak tau apa yang kau cakap ni. Maafkan aku. Aku memang betul-betul tak ingat."

"Oh aku lupa. Dulu kau kan pernah accident. Sebab tu kau lupa kot. Mari aku cerita balik. Kau nak tau tak kenapa sekarang ni kau sukakan Danial? Dan dulu pun kau ada cakap dekat aku yang kau rasa kau pernah nampak Danial kan? Sebenarnya Danial ialah orang yang kau suka dari kecil lagi. Dulu kau selalu terhegeh-hegeh dengan Danial. Aku rasa Danial masih ingat kecuali kau saja." jelas Alif. Dia mengambil barang di dalam almari buruk.

"Ni adalah gelang persahabatan kita bertiga. Dulu kau yang buat gelang ni dan letakkan di almari tu. Selepas kau accident kami cuba melawat tapi kau dah pindah dan tak pernah kembali. Untuk lepaskan rindu kami terhadap kau, selama 5 tahun tak jumpa kau. Kami sentiasa jaga gelang ni. Dan selepas kau pindah ke sekolah yang kami sekolah, Danial berhenti datang ke sini. Cuma aku ja yang datang. CUMA AKU SAJA!" jerit Alif sambil membaling gelang itu ke bawah lantai. Diana terkejut. Jantungnya mula berasa sakit.

"Ha... Habistu ke... Kenapa kau ba... Baling gelang tu? Ka... Kalau kau kata kau... Yang ja... Jaga gelang tu?" kata Diana. Tergagap dia sebab sesak nafas.

"Aku dah penat nak jaga persahabatan kita! Aku nak kita lebih dari sahabat! Dan aku nak malam ni!" kata Alif. Dia mendekati dirinya ke Diana tetapi kali ini lebih rapat. Diana beristighfar banyak kali. Ya Allah tolong la hamba mu yang lemah ini. Jantung makin lama makin sakit. Penglihatan mula kabur. Nafas semakin pendek.

"Alif! Kau nak buat apa ni?!" jerit Danial. Dia terus menumbuk muka Alif. Syukur dia masih ingat lagi bangunan lama ini. Dan dia dapat tau Alif yang menculik Diana. Kalau bukan Alif yang tergila-gilakan Diana siapa lagi yang nak culik?

"Apa aku buat? Aku dah penat nak tengok Diana sakit hati dengan kau! Kau tu playboy! Sukakan ramai orang dalam masa yang sama! Jadi aku nakkan Diana! Dia milik aku! Apa hak kau nak halang aku?!" kata Alif. Mulut yang berdarah mula berasa pedih tetapi itu bukan bermakna kalah bagi Alif. Dia bangun dan menolak kuat tubuh Danial ke tepi. Dia menarik Diana untuk beredar dari tempat itu.

"A.. Lif! Le.. Pas.. Kan... A.. Aku.." lemah Diana berkata. Muka Diana menjadi pucat. Danial terus menarik tangan Diana sambil menumbuk tepat di belakang Alif. Alif terjatuh di bawah lantai. Darah di mulut mula keluar.

"Diana! Kau ok tak ni?! Ya Allah! Aku bawa kau pergi hospital." kata Danial sambil mendukung Diana keluar dari bangunan itu. Dia bergegas ke hospital.

"Nurse! Tolong saya cepat!" panggil Danial sambil menyerahkan Diana ke salah seorang nurse bertugas. Setelah Diana dibawa masuk ke wad kecemasan, Danial cepat-cepat menelefon Ashraf.

"Assalamualaikum! Abang Ash? Ya ni Danial! Abang Ash boleh datang hospital sekarang tak? Nanti Danial cerita!" kata Danial dalam keadaan kelam kabut.

Setelah beberapa minit, Ashraf dan Muzaffar tiba di hospital. Mereka ternampak Danial dan segera pergi ke arah Danial.

"Nial! Kenapa ni? Kenapa nampak pucat sangat ni?" tanya Muzaffar. Dia mula risau melihat Danial dalam keadaan pucat dan lesu itu.

"Ana, dia dalam keadaan kritikal. Maafkan Nial. Tadi Ana kena culik." jelas Danial kepada Ashraf dan Muzaffar. Mereka berasa sedih dan terduduk di kerusi yang berada dalam hospital itu. Dalam keadaan sedih, doktor keluar dari wad kecemasan.

"Doktor macam mana dengan adik kami?" tanya Ashraf. Mereka bertiga terus bangun dari kerusi.

"Alhamdulillah. Selamat kamu sempat menghantar pesakit ke hospital. Esok insya-allah, pesakit akan sedar." kata doktor itu. Doktor itu senyum kepada mereka dan beredar dari situ. Muzaffar terduduk kerana lega adiknya tidak apa-apa. Ashraf mengeluh kuat. Tenang apabila dengar berita itu.

"Maafkan Nial sebab tak jaga Ana masa jamuan tadi. Kalau Nial betul-betul jaga Ana, mesti perkara ni tak jadi." kata Danial.

"Tak apa la. Benda dah berlaku. Sekarang benda yang penting ialah Ana dan Nial selamat." kata Ashraf sambil menepuk bahu Danial.

I Hate You But I Love YouWhere stories live. Discover now