Bab 37

72 3 0
                                    

    Beberapa hari selepas itu, Danial menjadi renggang dengan Diana. Diana yang membuat sarapan pagi, membasuh baju, duduk dalam bilik seorang. Danial all time dengan Fatin. Macam mimpinya jadi kenyataan sahaja. Pagi itu mereka bersarapan sekali.

    "Nanti abang pergi kerja, Ana jaga diri. Ana di rumah seorang. Bahaya. Nak abang call Shafikah?" tanya Danial sambil membelek telefonnya itu.

    "Tak payah. Ana boleh jaga. Lagipun Shafikah kerja. Kesian pula Shafikah kena ambil cuti gara-gara Ana." kata Diana. Keadaan menjadi sunyi kembali. Fatin berasa tidak selesa dan berasa hendak muntah lalu dia bergegas ke tandas. Danial mengikut Fatin ke tandas. Diana hanya melihat lalu pergi membasuh pinggan.

    "Ana! Ambilkan tisu!" jerit Danial. Diana pergi ke mengambil tisu di ruang tamu dan beri kepada Danial. Dah rasa macam bibik yang mengandung saja. Tak dihiraukan.

    "Ana pergi naik atas dulu. Nanti kalau korang nak keluar, just lock the door." kata Diana lalu beredar dari situ dan naik ke biliknya. Dia baring di atas katil. Rasa pening tetiba. Dia cuba untuk tak tidur dengan membelek telefonnya. Lama-kelamaan, pandangannya menjadi gelap dan dia tertidur.

    "Ana sayang... Wake up. I'm here. Wake up please." kata Danial. Diana membuka matanya dengan perlahan-lahan. Dia melihat sekeliling. Tiada orang. Mungkin hanya mimpi. Dia turun ke bawah untuk mencari Danial dan Fatin. Di dapur tiada, ruang tamu? Tiada juga. Semua tempat tiada kelibat mereka. Dia melihat jam dah 1 petang. Ramai orang di hospital rasanya.

    "Aish kenapa pening ni lagi ni? Tidur dah. 4 jam pula tu." Diana duduk di atas sofanya sekejap. Dia cuba membaca kalimah yang tergantung di dinding itu tetapi gagal.

    "Ya Allah kenapa makin pening ni? Morning sickness ke? Dah petang dah pun." rungut Diana. Dia bangun untuk ke dapur mencari makanan. Tiba-tiba rasa lapar. Dia melihat lantai dan ternampak seperti merah-kemerahan.

    "Aik? Aku tengah mengandung.. Takkan..." bulat mata Diana lalu dia terduduk di atas lantai. Tangan kaki habis mengigil. Perutnya mula berasa sakit. Kadang-kadang ada juga dia menjerit kesakitan. Dia mengambil keputusan untuk menelefon sesiapa. Dia mengambil telefonnya yang berada di atas sofa. Setelah dapat, dia cepat-cepat mendail nombor. 

    "Fikah! Tolong aku!" kata Diana. Shafikah yang sedang menjaga membuat kerjanya terus bangun dan bergegas ke rumah Diana apabila dia terdengar Diana menjerit kesakitan di dalam telefon. Sementara tiba di rumah Diana, Shafikah menelefon Alif.

    "Ya Allah Ana! Kenapa ni?!" kata Shafikah panik. Darah berlumuran banyak di sekeliling Diana. Diana menjerit kesakitan sambil air matanya mengalir tak henti-henti.

    "Ana?! Fikah?! Kenapa ni?!" kata Alif setiba sahaja di rumah Diana dalam beberapa minit kemudian. Shafikah mengarah Alif untuk mengangkat Diana dan pergi ke hospital.

    "Alif duduk. Insyaallah Ana tak apa-apa." kata Shafikah. Alif mundar-mandir di depan wad kecemasan itu. Shafikah mula rimas melihat Alif bermundar-mandir. Dia menarik tangan Alif kuat. Alif duduk dengan paksa di kerus itu tetapi kakinya pula yang bergerak tanda risau.

    "Aku tak boleh lah duduk macam ni. Aku risaukan Ana." kata Alif lalu bangun semula mundar-mandir. Shafikah menggaru kepalanya yang tak gatal itu. Kemudian beberapa minit selepas itu, Doktor keluar dari wad kecemasan dengan muka sedih.

    "Doktor! Macam mana dengan Ana?" tanya Alif panik. Doktor cuma menenangkan Alif sebelum berkata-kata.

    "Pesakit selamat dan sekarang ini dia masih belum sedar. Tapi..." berat mulut Doktor untuk memberitahu kepada Alif dan Shafikah.

    "Tapi apa doktor?" tanya Shafikah. Doktor itu menundukkan kepalanya.

    "Tapi anak pesakit tidak dapat diselamatkan. Saya rasa sebelum ini pesakit tidak mendapat rawatan atau sokongan dari keluarga dengan kuat. Pesakit terlalu tertekan sehingga menjejaskan kandungannya." kata Doktor itu. Alif terduduk di atas kerusi itu. Shafikah menutup mulutnya dan beristighfar.

I Hate You But I Love YouWhere stories live. Discover now