Bab 43

161 4 0
                                    

    -7 bulan kemudian-

    "Abang... Fatin risaukan Ana lah. Jom kita pergi melawat Ana." kata Fatin prihatin. Danial melihat ke arah Fatin yang sedang mendukung Danish. Dia mengambil Danish dari Fatin.

    "Fatin rindu Ana ke? Ok. Kita pergi petang ni." kata Danial. Fatin mengangguk. Dia mengusap perlahan perutnya yang makin membesar.

    Pada petang itu, mereka berdua pergi ke rumah Diana. Danial ternampak Diana yang baru sahaja keluar dari kereta Alif. Alif turut keluar. Diana berbual mesra dengan Alif di hadapan pintu pagar. Mereka berdua masuk ke dalam rumah itu. Danial mula syak sesuatu kepada Diana. Dia menyuruh Fatin duduk di dalam kereta bersama Danish. Fatin mengangguk lalu Danial keluar dari kereta dan berjalan ke pintu pagar rumah itu.

    "Terima kasih Alif. Aku hargai sangat apa yang kau beli ni. Nanti belanjalah aku lagi." kata Diana lalu ketawa. Alif turut ketawa.

    "Kau ingat aku ni bank? Dah lah setiap hari nak keluar. Lepas ni aku tak nak bawa kau keluar baru tahu! Aku merajuk dengan kau." kata Alif. Dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.

    "Kuat merajuklah kau ni. Macam mana aku nak sayang kau? Kau pun ego saja." kata Diana. Danial mula panas hati lalu dia mendekati mereka berdua.

    "Diana!" kata Danial tegas. Diana mengalihkan perhatiannya ke arah panggilan itu. Dia dan Alif terkejut. Diana mendekati Danial. Danial melihat dari atas hingga bawah. Mengandung? Anak siapa? Jap... Dah nak masuk 7 bulan Ana tinggalkan rumah maksudnya... Anak Alif!

    "Abang buat apa di sini?" tanya Diana. Danial mengenggam tangannya lalu menumbuk muka Alif. Alif jatuh terduduk di atas lantai.

    "Abang kenapa ni?! Dah gila ke?!" kata Diana cuba menghalang Danial dari memukul Alif lebih teruk.

    "Alif! Kau ok tak?!" tanya Shafikah. Alif memegang mukanya. Lebam habis muka dia.

    "Ana dah buat apa dengan Alif?! Curang dengan abang?! Tu yang Ana kandung tu... Anak Alif ke?! Dasar perempuan murahan!" kata Danial. Dia menampar Diana. Diana jatuh ke lantai sambil mengerang rasa sakit di perutnya. Danial meninggalkan rumah itu.

    "Ana!" jerit Shafikah. Permandangan Diana makin kabur. Dia hanya nampak kegelapan sahaja.

    "Alif angkat Ana! Kita bawa pergi hospital!" kata Shafikah. Alif mengangguk lalu dia mengangkat Diana masuk ke kereta. Mereka menuju laju ke hospital. Doktor merawat Diana dengan secepat mungkin.

    "Doktor macam mana dengan Ana?!" tanya Shafikah apabila ternampak doktor keluar dari wad kecemasan.

    "Kami kena buat pembedahan untuk menyelamatkan bayi." kata doktor itu. Shafikah memandang ke arah Alif.

    "Buat apa saja yang doktor mampu." kata Alif. Doktor itu mengangguk. Shafikah masih lagi melihat Alif.

    "Alif... Kita... Kita kena beritahu Nial. Dia suami Ana." kata Shafikah.

    "Tapi Nial takkan percaya sebab dia ingat tu anak aku! Kau tak nampak ke tadi dia siap tampar Ana sebab dituduh curang dengan aku?!" kata Alif. Shafikah berasa sedih. Dia memaksa Alif untuk memberitahu Danial.

    "Kau cuba dulu. Aku yakin kalau kau yang beritahu mesti dia percaya. Dah pergi!" kata Shafikah. Alif mengangguk lalu bergegas ke rumah Danial. Dia mengetuk pintu rumah Danial.

    "Assalamualaikum! Danial! Fatin!" panggil Alif. Fatin membuka pintu rumah itu. Dia terkejut melihat Alif berpeluh satu badan. Danial memeluk pinggang Fatin untuk melihat siapa di pintu.

    "Apa kau nak datang sini? Kau nak tuntut bela pada Ana? Kau nak explain yang kau terlanjur dengan Ana? Dah terlambat wei." kata Danial. Alif menggeleng lalu dia mengambil nafas untuk bercakap.

I Hate You But I Love YouWhere stories live. Discover now