Enampuluh : " Hati tisu."

22.4K 585 11
                                    

(( Hana POV ))

" Kalau tak disuruh balik, memang takkan balik dua budak bertuah ni." Mak tok sudah mengeleng sendiri.

Aku dan Rayyan hanya mampu tersengih. Nak buat macam mana? Rayyan sibuk dengan jadual dia. Aku pulak sibuk dengan nak cuba catch up balik apa yang aku tertinggal selama aku dekat hospital.

" Ala, mak. Biasa lah tu. Rayyan tu kan pilot. Memang susah lah sikit dia nak ada dekat area KL ni." Nasib ibu cover kan.

Mak tok dan mak long hanya mengiyakan tanpa banyak bicara. Aku terus berjalan ke ruang tamu. Kelihatan rumah sudah penuh dengan persiapan perkahwinan.

" Bunga tu gubah kasi ada bunga merah dekat tengah tengah. Baru menyerlah." 

" Tirai tu jangan letak tinggi sangat! Nanti tak centre pulak nak pasang pelamin."

" Ya Allah, salah tu!"

" Apa benda kamu buat ni, Hani? Bunga rampai masukkan dalam kotak warna hijau, bukan warna putih! Yang warna putih tu untuk VIP!"

Bingit ruang tamu itu dengan suara nyaring mak ngah yang sibuk mengarah anak anak buahnya. Aku hanya tersenyum sendiri. Ini pasti untuk persiapan perkahwinan Nish.

Aku terus berjalan mendekati mak ngah. " Assalamualaikum, mak ngah." Tangan dihulur.

Huluran aku disambut tanpa mak ngah memandang aku. " Waalaikumusalam. Eh, Luqman! Tinggi sikit lampu tu! Nanti tak cantik lighting kaalu letak rendah!"

Ya Allah, busy sangat mak ngah ni. Macam big boss dah aku rasa. Aku terus duduk di sisi Hani. " Nak aku tolong apa?"

" Nah, kau sambung kerja masukkan bunga rampai ni. Aku dari tadi asyik buat salah. Serabut betul." Hani sudah tarik muncung.

Aku hanya menurut. Mungkin faktor usia kandungan Hani yang sudah hampir mencecah 8 bulan membuatkan hormonnya makin tak stabil.

Hani terus bangun dan meluru ke arah Mia yang sudah menangis meminta susu. Kalau dah tambah lagi sorang nanti, entah makin selekeh rasanya si Hani tu. Heh.

Kerja Hani yang tertangguh terus aku sambung. Sekali sekali, bau haruman bunga rampai yang wangi itu terus menusuk ke hidung. Kadang kadang aku terfikir,

Kenapa aku tak dapat peluang untuk rasa semua ni dulu?

Entah kenapa hati aku terasa terusik. Tubir mataku mula terasa panas. Kenapa tiba tiba rasa nak menangis ni? Hati aku tiba tiba terasa sebak yang amat sangat.

" Sayang."

Aku pantas menoleh. Tubir mata yang bergenang pantas aku seka. Wajah Rayyan kelihatan bingung. " Hey, what's wrong?"

Rayyan sudah duduk di sisi aku. Aku hanya diam. Tak mahu berkata apa apa. 

Tangan aku diraih oleh Rayyan. Digengamnya kemas. " Kenapa Hana menangis ni? Tak nak cerita dengan abang?"

Aku pandang wajah Rayyan seketika. Mata aku bergenang semula. Tanpa aku dapat tahan, terus air mata itu mengalir laju. Rayyan tetap tenang. Ibu jarinya menyeka lembut air mata yang semakin galak mengalir.

" Abang..."

" Kenapa ni? Hana buat abang risau lah."

" Hana teringin nak rasa semua ni. Hana teringin nak rasa berdebar nak jadi pengantin. Hana teringin nak rasa buat semua persiapan perkahwinan macam ni. Hana... Hana..." ujar aku dalam esakan yang semakin kuat.

Mujur hanya ad aku dan Rayyan sahaja yang tinggal di ruang tamu ini.

Pipi aku diusapnya lembut. " Habiskan ayat Hana. Abang nak dengar."

Oh, Encik Pilot! ✓Where stories live. Discover now