You

2.2K 364 41
                                    


"Happy birthday to you~ Happy birthday to you~ happy birthday to Min Yoongi~~~ Happy birthday to you!!! Yeahhh!!" Bangtan, Yerim dan Myunji menepuk tangan apabila mereka sudah menyanyikan lagu happy birthday buat Yoongi. Tua dah dia.

"Buat hajat dulu sebelum tiup lilin hyung." Kata Jimin sambil mencuit bahu Yoongi. Yoongi tersenyum nipis lalu dipandangnya Myunji.

"Aku harap , Myunji akan membesar jadi gadis yang cantik dan baik macam mak dia nanti." Kata Yoongi sebelum meniup lilin keknya. Myunji sekadar tersenyum.

"Ok! Jom makan kek!"

"Jom!"

SeokJin mula memotong kek coklat yang dibeli untuk mereka semua. Masing-masing gelak ketawa sambil makan kek tersebut dengan berseleranya. Maklumlah , tak makan dari pagi kan. Pasta yang dimasak Jin pun tidak lupa mereka makan , karang merajuk pula SeokJin. Siapa yang nak pujuk ?

"Tahu apa beze kek ni dengan awak?" Jungkook tiba-tiba bersuara di sebelah Yerim. Yerim menggulingkan biji matanya lalu dipandangnya Jungkook yang sedang tersengih sementara yang lain sibuk berbual sesama sendiri.

"Apa? Kek ni manis , saya tak manis?"

"Aniya!" Jungkook menggeleng pantas. Yerim sekadar menggulingkan biji matanya, dasar gila.

"Kek ni hitam, awak pun hitam, takde beza pun."

"Yah! Awak ni memang suka cari pasal kan? Eih, amik ni." Yerim terus mengambil keknya dan ditonyoh-tonyoh pada wajah Jungkook. Dia tertawa puas.

Namun Jungkook tidak kalah, dia juga mengambil keknya dan ditonyoh pada wajah Yerim. Habis wajah mereka berdua comot dengan kek tersebut. Masing-masing taknak kalah.

klik!

Bunyi kamera Myunji membuatkan Jungkook dan Yerim berhenti menonyoh wajah masing-masing. Mereka berdua menoleh ke arah Myunji yang sedang tersengih. Rupa-rupanya, yang lain juga perhatikan mereka sambil tersenyum nakal.

"Korang berdua ni sweet lah. Bila masa ni kook?" Tanya Taehyung sambil mengangkat keningnya. Jungkook membuat wajah jijik.

"Tolonglah! Orang tua ni? Dengan aku?"

"Yah!" Jeritan Yerim membuatkan mereka tertawa besar termasuk Myunji melainkan Jungkook yang sudah mencebik.

Sekali lagi Myunji menangkap gambar mereka. Yerim mengembungkan pipinya. Wajahnya dilap menggunakan tisu.

"Buat kenangan, makcik Yerim." Myunji menghulurkan gambar yang ditangkapnya tadi pada Yerim. Yerim yang masih lagi mencebik hanya mengambil gambar tersebut.

Dia meneliti gambar itu tanpa mempedulikan yang lain sedang tertawakan dirinya. Lama-kelamaan dia tersenyum nipis.

"Tsk, buruk." Dia tersenyum nipis.

•••

"Myunji terpaksa tinggallah dengan mak dan ayah pakcik, sebab kitorang ada konsert malam ni. Maaf ye Myunji. Nanti ayah kamu ambillah." Myunji tersenyum menampakkan giginya lalu menggeleng kecil.

"Takpe pakcik, Myunji ok je." Hoseok melepaskan nafas lega. Takut pula Myunji terasa hati kerana ditinggalkan lagi. Memandangkan Yerim sudah pun pulang ke Jeju.

"Ayah kamu pesan, tengok tv malam ni. Dia ada sesuatu kejutan pada kamu."

"Yeke?"

"Erm." Hoseok mengangguk. Tanganya sudah bersedia untuk mengetuk rumah ibubapanya. Myunji sekadar mengerutkan dahi, macam dia kenal tempat ini.

[√] Ayahku MinYoonGi ° mygWhere stories live. Discover now