My

2.5K 453 82
                                    

"Baiklah pelajar, setakat di sini sahaja pembelajaran kita. Jangan lupa buat kerja rumah yang saya bagi. Selamat pulang."

Akhirnya, pelajar pun berpusu-pusu keluar dari kelas mereka untuk pulang ke rumah. Yerim juga sibuk mengemaskan buku masuk ke dalam beg. Berbeza dengan Sohee yang masih termenung melihat ke luar tingkap.

"Sohee, kau taknak balik ke?"

"Baliklah dulu." Yerim mengeluh entah yang ke berapa kali. Entah macam mana lagi dia nak memujuk hati Sohee.

"Aku pun tak tau lagi nak cakap macam mana dengan kau ni. Entah apa istimewa dekat Yoongi tu pun aku tak tau. Dia dah lah tak reti nak senyum."

"Dengan aku dia senyum." Yerim menggulingkan biji matanya mendengar jawapan Sohee.

"Itu dengan kau. Dengan orang lain? Sampai tua lah aku tak dapat nak tengok dia senyum. Muka scary gila!"

"Apa-apa je. Aku tetap sayang dia." Yerim mengeluh panjang sekali lagi. Jung Sohee, lagi kita nak menang lagilah dia nak naik sama. Baik diam je.

"Aku balik dululah. Jangan lama-lama." Sohee hanya mengangguk kecil tanpa memandang Yerim yang sudah mengatur langkah untuk keluar dari kelas itu.

Akhirnya kelas itu sunyi juga. Semuanya telah balik dan hanya tinggal Sohee sahaja di dalam kelas itu. Sohee menarik nafas panjang. Bukunya disimpan di dalam beg. Perlahan begnya digalas.

Truutttt trutttt

Gegaran telefon di dalam pocket Sohee mematikan niat Sohee untuk keluar dari kelas itu. Pantas tangan Sohee mengambil telefonnya yang berada di dalam pocketnya. Saat nama Yoongi di screen telefonnya terpapar, senyumannya terukir lebar sebelum Sohee menjawab panggilan tersebut.

"Hello? Yoongi? Aku dah lama tunggu kau telefon aku. Jahat! Biarkan aku tertunggu-tunggu kenapa?! Nak kena ke orang tua?! Aku ingat kau dah lupa aku sebab jumpa perempuan lagi comel dari aku dekat sana."

Yoongi tertawa besar mendengar bebelan Sohee di hujung talian. Dasar budak kecik! Macam manalah orang nak lupa dia kalau perangai dia secomel ni. Yoongi lebih rela terjun sungai dari dipaksa melupakan Jung Sohee.

"Mana ada yang lagi comel dari kau. Maaflah, aku baru ada masa nak telefon kau ni."

"Erm, yelah. Macam mana dekat sana?"

"Semuanya ok! Mereka bagi aku tempat tinggal, makan, dan aku mula bekerja sambilan dekat sini untuk cari duit. Dan aku ada kenal kawan baru! Nama dia Namjoon. Dia pun pandai rap macam aku! Dia juga cool tapi tak se-swag akulah."

++

Mak sekadar mendengar saja cerita ayah masa tu dengan senyuman yang melebar. Sejak ayah telefon tu, mak percaya yang ayah baik-baik je dekat Seoul. Hati mak lega sangat dapat dengar ayah ketawa.

Tiap kali ayah tak sibuk, ayah akan telefon mak. Cerita itu dan ini. Mak juga tak pernah lekang gelak tawa dan senyuman dia. Dia gembira sangat dapat berbual dengan ayah walaupun dalam telefon.

Ayah cerita tentang kawan-kawan yang mula dia kenal. Yang aku tau...

Pakcik SeokJin, Pakcik Namjoon, Pakcik Jimin, Pakcik Jungkook, Pakcik Hoseok, dan Abang Taehyung

[√] Ayahku MinYoonGi ° mygWhere stories live. Discover now