Regret

2.2K 354 35
                                    


"Ayah sihat ke, Abang Kookie ?" Tanya Myunji sambil menoleh sedikit ke arah Jungkook yang sibuk menghayunkan buaianya.

"Sihat je." Jawab Jungkook ringkas. Matanya memandang Woojin yang bermain gelongsor. Lalu tersenyum nipis.

"Kalau Abang balik nanti, cakap dekat ayah yang Myunji rindu ayah. Cakap, nanti Myunji akan tinggal dengan ayah juga sebab Myunji nak jaga ayah." Jungkook terdiam seketika.

Dia mengeluh dan akhirnya dia hanya meng-hurm-kan saja sebagai respon. Buaian diayunkan sedikit laju berbanding tadi. Dia berharap sangat dapat melihat Myunji gembira lagi kerana dapat berjumpa Yoongi.

"Jung Myunji..." Panggilan itu membuatkan Jungkook dan Myunji menoleh. Woojin yang seronok dari tadi main gelongsor terus mendekati Jungkook dan Myunji.

"Nama keluarga Myunji, Min bukan Jung." Pandangan Yerim yang sibuk melihat ke arah Jungkook terus teralih pada Myunji dan mengetapkan bibirnya. Dia meraup wajahnya kasar.

"Mari balik, Woojin, Myunji." Yerim mendekati Myunji lalu tangan Myunji ditariknya.

Sempat mata menjeling pada Jungkook seakan memberi isyarat bahawa jika ada apa-apa yang berlaku, Jungkook orang pertama yang akan Yerim cari.

"Makcik..." Myunji menarik sedikit baju Yerim. Terus Yerim menunduk memandang ke arah Myunji semula. "Boleh kita lawat kubur mak?"

"Nae?" Yerim membesarkan matanya sedikit. Dia menarik nafasnya dalam melihat wajah Myunji yang seakan merayu.

"Saya pun nak pergi ke kubur Sohee noona. Saya tak pernah pergi kubur dia lagi." Jungkook tiba-tiba bersuara. Terus pandangan tajam diberikan pada Jungkook semula namun Jungkook hanya tertawa kecil kerana terasa lucu melihat wajah Jungkook.

"Boleh boleh, Abang Kookie pun boleh ikut kita kan makcik?" Yerim hanya mendiamkan diri, matanya tidak lepas memandang Jungkook.

Jungkook hanya memandang Yerim kosong dengan kedua tangannya yang berada di dalam pocket.

"Woojin pun nak ikut pergi kubur Makcik Soheeee." Woojin pula yang bersuara. Yerim memandang Jungkook, Woojin dan Myunji bersilih (?) ganti. Lalu pandanganya berhenti pada wajah Myunji.

"Boleh... kan makcik?"

•••

Jungkook tersenyum nipis melihat Myunji di sebelah kubur Sohee dari jauh sambil menutup matanya dan menggenggam kedua tanganya seakan berdoa. Woojin pula setia menemani Myunji di situ. Jungkook memeluk tubuhnya dan bersandar pada teksi yang dinaiki mereka tadi.

"Myunji dengan Woojin mesti macam Yoongi dengan Sohee Noona kan? Kawan dari kecik?" Yerim di sebelah Jungkook sekadar mengangkat bahunya.

Bukan dia taktau kisah Yoongi dan Sohee yang memang berkawan dari kecik, tapi dia malas nak berbual-bual dengan Jungkook. Jungkook memandang wajah masam Yerim disebelahnya.

"Maafkan saya kalau bertanya, tapi awak sama umur dengan Sohee noona ke? Jadi... awak dah tua lah juga kan?"

"Yah." Jungkook tertawa apabila Yerim mula bersuara. Ada pun suara, ingat takde suara nak bercakao tadi.

"Sohee noona dan Yoongi beza satu tahun tua. Kalau Yoongi sekarang dah 26 jadi awak dah 25 . Kan ? Tua, jadi patut saya panggil awak Yerim noona?"

"Awak ingat awak siapa? Jangan berbual dengan saya macam awak rapat dengan saya Encik Kookie." Yerim menarik mukanya dan memandang ke arah lain. Dia memeluk tubuhnya geram.

[√] Ayahku MinYoonGi ° mygWhere stories live. Discover now