Losing

2.1K 372 52
                                    


"Bagus!" PD-nim menepuk tanganya melihat Bangtan Boys yang menamatkan tarian bst mereka.

Bangtan melepaskan keluhan lega, finally! Berjaya juga mereka buat PD-nim puas hati melihat tarian mereka yang dah lama mereka practise demi konsert yang akan datang.

"Korang tak pernah mengecewakan saya. Walaupun korang ada dalam masalah, korang tetap bagus seperti selalu. Teruskan usaha."

"Terima kasih PD-nim." Mereka bertujuh menundukkan badan mereka 90° tanda terima kasih. Manager Lee juga tidak lupa berbuat begitu.

"Namjoon, datang ke pejabat ya?"

"Nae?" Namjoon membesarkan matanya. "Ahh, baik."

PD-nim tersenyum nipis. Satu-persatu wajah Bangtan kesayanganya diteliti dan berakhir matanya pada Min Yoon Gi. Yoongi sekadar menunduk. Kemudian, PD-nim terus berlalu pergi meninggalkan bilik practise mereka.

"Uhh, apa lagi yang PD-nim nak? Aku takut pula bila dia jumpa Namjoon. Badan aku dah sakit-sakit ni. Jangan dia nak kita buat world tour lagi dah lah." Bebel Hoseok sambil memeluk tubuhnya dengan keluhan kesal. Punggung masing-masing dah labuhkan di lantai kerana lelah.

"Takde apa lah, pikir benda possitive je." Pesan Manager Lee, Hoseok sekadar mencebuk. Air mineral diteguknya sekali untuk menghilangkan haus.

"Takpe lah, biar aku pergi dulu. Korang rehatlah dulu." Kata Namjoon. Dia kembali bangun untuk melangkah keluar dari bilik practise mereka.

"Eh eh, tunggu hyung!" Langkah Namjoon mati saat Jimin memanggilnya. Namjoon kembali menoleh untuk memandang Jimin. Jimin sekadar tersengih.

"Jangan lupa minta dekat PD-nim cuti. Aku pun penat asyik menyanyi sana, menari sini, handsome situ--"

"Park Jimin~" Jimin tertawa kecil apabila Bangtan memotong ayatnya. Langsung terus dia memeluk tubuhnya dan tersenyum nipis.

"Ok ok , tapi yang penting hyung , aku nak cuti please."

"I don't think so Jimin, but I will try something then. As long as you don't proud of your self like you have so much jams, short."

Bam.

Jimin menggaru-garukan kepalanya sambil ternganga melihat pintu yang sudah dihempaskan Namjoon. Dia mengembungkan pipinya sebelum memeluk tubuhnya geram.

"Dia kutuk aku lagilah tu. Mentang-mentang aku tak faham english dia tu." Bangtan dan Manager Lee tertawa besar dengan rungutan Jimin. Kecuali Yoongi yang sibuk melihat sesuatu.

"Yoongi.." Yoongi menoleh ke sisinya melihat SeokJin yang menegur. Dia tersenyum nipis.

"Kenapa tak borak sekali dengan kitorang?"

"Malas hyung." Jawab Yoongi. Tawa Bangtan dan Manager Lee langsung tidak menganggu Jin untuk berbual sedikit dengan Yoongi hanya berdua.

Mata SeokJin memandang pada sekeping gambar yang dilihat Yoongi dari tadi. Gambar Yoongi dan Myunji yang ditangkap Jungkook semasa mereka ke pantai aritu. Dia tersenyum nipis.

"Kau rindu Myunji ya?"

"Mestilah, dia anak aku." SeokJin tertawa kecil dan memeluk tubuh. Yoongi terus mengerutkan dahi memandang Jin.

"Kenapa gelak?" Jin menggeleng kecil dan masih dengan tawa kecilnya yang masih belum habis. Dia menepuk bahu Yoongi beberapa kali.

"Jom, borak dengan kitorang sekali. Malam ni kau dah nak kena kerja dekat studio sampai lewat malam."

"Hm. Yelah."

•••

Yoongi meraup rambutnya lalu dia mengeluh sebelum bersandar pada sofa untuk menutupkan matanya sekejap. Jam di dinding studionya dipandang sekilas. Pukul 3 pagi sudah. Dia mengeluh kesal. Telefonya diambil untuk check beberapa mesej yang dihantar.

[√] Ayahku MinYoonGi ° mygWhere stories live. Discover now