Fate + 17

406 72 34
                                    

Hari Graduasi

"Yeah! Habis sekolah juga akhrinya!" Younri melompat. "Youn, kau ada lagi 3 tahun sebelum habis sekolah yang sebenar" kata-kata Rina membuatkan perasaan Younri down.

"Kau ni. Aku nak happy pun tak boleh" balasnya dan sementara itu Wonhye memerhati sekeliling, mencari seseorang.

"Weh, aku nak pergi jumpa Namjoon kejap" ujar Wonhye dan kakinya melangkah pergi.


Dia berlari mencari Namjoon. Cuaca yang sejuk itu lebih menyukarkan dia untuk berlari dengan lebih laju. Takut gelincir dan jatuh. Tak pasal² duduk dalam bilik kesihatan menghadap muka Dr. Seokjin untuk kali kedua. Tak mahulah dia.

Sampai di satu kawasan, dia akhirnya berjumpa dengan Namjoon. Nafasnya naik turun. Lututnya menjadi tempat tangannya di letakkan dan membongkok. Letih. Namjoon mengerutkan dahinya. "Wae Wonhye. Kenapa kau macam penat ja ni?" Soal Namjoon.

"Namjoon,"

Panggil Wonhye.






"Selepas majlis graduasi ni-"









"-kita takkan jumpa lagi"











Kata-kata Wonhye agak menyentapkan hati Namjoon. Namun selepas itu Namjoon tersenyum seperti mempunyai makna tersendiri.






"Dah lama aku pendam dan aku tak boleh lakukannya dengan kata-kata tapi aku hanya mampu luahkan dengan tulisan dan perkataan jadi..." Sekeping kertas berwarna putih a.k.a kertas buku latihan yang di lipat dihulurkan kepada Namjoon. Sah-sah dia koyak buku latihan. Mentang dah habis sekolah.



"Selamat tinggal"  belum sempat dia berlalu pergi, lengannya sudah di tarik kembali oleh Namjoon dan menyebabkan dia tertoleh ke belakang. "Ya, selamat tinggal dan jumpa kembali tahun depan" ujar Namjoon lalu melepaskan pegangannya dari lengan Wonhye.

Dan Wonhye berlari berlalu pergi dari situ. Dia tidak menoleh lagi. Sebak sedikit dadanya. Namun sekurang-kurangnya dia berjaya luahkan.

Wonhye kembali kepada kawan-kawannya. "Kaja Wonhye, kita pergi makan Japchae!" "Nae! Nama dia sahaja boleh buat aku lapar" setelah itu mereka keluar dari perkarangan sekolah.

Wonhye menghemtikan langkahnya lalu menoleh memandang sekolah semula. Kepalanya mengingatkan Namjoon. "Agaknya dia faham tak?" Wonhye menyoal dirinya dan sudah pasti dia tak mampu menjawab dan membiarkan soalan itu tergantung.


Sementara itu Namjoon mula membuka kertas tersebut lalu membelek dan membacanya. Setelah itu dia tersenyum.

"Nado..."

Ujar Namjoon.














Isi kertas Wonhye

Isi kertas Wonhye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


TBC~~


Epilogue gais~~

↓↓

unmei no akai ito | knjWhere stories live. Discover now