"Apahal?"

"Kamera aku? Nampak tak kamera aku? Tertinggal dalam studio ke? Takpe la, kau pergi dulu. Aku masuk sekejap,"

"Malique!" panggilannya membuatkan aku berpaling. "Yang dekat atas kerusi tu apa?"

Aku melihat ke arah kerusi yang dia tunjuk. Oh, kamera aku.


***



Deruan air paip aku kuatkan untuk membilas pinggan mangkuk dan kuali yang sudah siap disabun. Tiada mood mahu bersenandung kecil, dapur itu sepi hanya diisi bunyi air menghempas sinki.

Aikha sudah aku tolak ke hadapan, tidak mahu dia susah-susah mengemas selepas dia bertungkus-lumus memasak. Bukan jadi suami mithali atau apa, hanya bertoleransi.

"Abang,"

Sepasang tangan sudah melekap di pinggang aku seiring dengan suara manja itu. Dasar degil.

"Sayang, kan abang dah cakap pergi rehat. Aikha penat kan, baru balik kerja, masak untuk abang lagi,"

"Tak mahu! Nak peluk abang!"

Disebabkan masih ada beberapa peralatan memasak lagi yang perlu aku bilas, aku biarkan sahaja tangan kecilnya melingkari pinggang aku.

Tetapi dasar si tangan nakal, jemari lentiknya malah naik dan mengusap-usap dada aku dari luar baju.

"Aikha," namanya aku seru tertahan. Menggertak gigi aku dibuatnya.

"Hmm..."

DAN DIA! Dia boleh pula menggumam pada belakang badan aku, dengan seluruh tubuhnya melekap pada aku. Damn!

Ketika aku sedang membilas pinggan terakhir, tangannya masuk ke dalam t-shirt dan mengusap lembut dada dan perut aku.

Tak mampu lagi nak berdiam diri, pili terus aku matikan sebelum menarik tangannya keluar dari baju aku. Tubuh mungilnya aku angkat mudah ke atas countertop sebelum aku kurung dia dengan lengan aku.

 Tubuh mungilnya aku angkat mudah ke atas countertop sebelum aku kurung dia dengan lengan aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"You're playing with fire, Aikha,"

Aikha tersenyum manis sebelum menarik kolar baju aku hingga bibir kami bertemu. "I'd rather burn if the fire is you," bisiknya perlahan.

Sekali lagi bibir manisnya menjadi pencuci mulut makan malamku.

Namun ketika kucupan kamu semakin hangat, telapak tangannya menekan dada aku. Seperti menolak aku yang sedang asyik menarik tengkuk dan pinggulnya agar merapat. Terpaksa mengalah, akhirnya aku lepaskan bibir yang menjadi candu untuk aku itu.

"Apa dia, sayang?" soalku dengan nafas yang sedikit termengah. Pautan dipinggangya tidak aku lepaskan langsung.

"Pandang Aikha," arahnya sambil menekup pipi aku.

Posisi kami yang rapat ini membuatkan aku terus mahu mengucup seluruh wajah cantiknya. Pucuk hidungnya aku cium sekilas sebelum aku ditolak sekali lagi.

"Abang, pandang Aikha!"

"Abang tengah pandang la ni. Apa dia, sayang?"

Dan cengiran itu muncul lagi. Senyuman lebar penuh kejutan melintasi penuh wajahnya. Tak pasal-pasal aku pun ikut tersenyum. Ada apa dengan Aikha ni?

"Aikha... mengandung,"

Senyuman yang terukir di bibir aku tadi perlahan-lahan mengendur. Mata aku menganalisa setiap ekspresinya, setiap perlakuannya.

Mata Aikha yang berbinar, bahagia.

Tapi, bukankah kami baru sahaja kehilangan Luna?

"Abang, abang tak happy ke?"

"Huh?"

Ibu jarinya mengusap hujung bibir aku. "You smile. It fades away," bisiknya dengan nada sedih.

Matanya yang berkaca membuatkan aku kaget. Sekali lagi aku membuatkan permaisuri ini bersedih!

"No, sayang. Abang happy. And shocked at the same time. Aikha dah check doctor?"

"Dah. Sorry tak ajak abang,"

"It's okay, sayang," ucapku sambil tersenyum.

Senyum yang serba kaku.

Tubuhnya aku tarik ke dalam pelukan, meletakkan wajahku di lekukan lehernya yang sentiasa wangi. Menenangkan.

"Luna akan dapat adik, Mal," bisik Aikha tepat di telinga aku. Tepat ke jantung aku.

But she won't see her little sister or brother. Because I failed to save her.








Well, aku takde alasan nape update lambat. It's just me being lazy af. But please, stay tune.

Please, please, pretty please. Gonna finish this, I promise.

Metafora BahagiaWhere stories live. Discover now