9 - SEMADI (TAMAT)

10.4K 352 41
                                    

Hujan turun dengan lebat. Angin menderu laju.

Lelaki berkurudung itu tiba di hadapan rumah Sieg.

"Rintihan dia penuh dengan penyeksaan."

Myran berbisik perlahan. Tangannya memulas tombol.

Klak~

Ia terkunci.

Kt-ktak!

Pintu terbuka tanpa kunci. Ia terbuka dengan bantuan kuasa telekinesis Myran.

Myran adalah seorang lelaki yang dikurniakan kuasa telekinesis yang tinggi. Apa sahaja yang terlintas di mindanya, maka itu yang akan bergerak mengikut kehendaknya.

Pintu dibuka luas. Myran melangkah masuk. Tempias air hujan serta-merta menyinggah masuk ke dalam kawasan rumah.

Suasana malam yang sepi dipecahkan dengan bunyi angin ribut hujan.

Seraya itu dia terlihat berdiri seorang wanita dalam keadaan terketar-ketar di muka pintu. Baju putihnya kotor dilumuri darah. Rambutnya kelihatan masai.

Berbau darah. Berbau masam. Berbau busuk.

Myran terkedu melihat keadaan wanita itu. Melekat-lekat kaca pada wajahnya. Pada kepalanya turut terdapat kesan darah dan bengkak akibat terkahantuk pada bucu meja.

"Tolong.... selamatkan anak saya..."

Suaranya kedengran tersekat-sekat dan tidak bermaya. Wanita itu mengerang kesakitan sambil memegang perutnya.Sebelah tangannya pula kelihatan terkulai lemah.

Air matnya tidak henti-henti mengalir.

Pada celah kakinya kotor dilumuri darah pekat. Jelas dan nyata kandungannya telah gugur.

Inilah rintihan derita yang sering menggangu jiwa dan minda Myran. Ia sungguh menyeksakan dan memedihkan.

"Kejamnya....."

Myran berbisik perlahan.

"Sig..."

Wanita itu berbisik perlahan nama kekasihnya. Ayah kepada kandungan anaknya itu.

Pasti kewarasannya telah diragut atas apa yang telah menimpanya. Yang hanya berada di fikirannya hanya Sieg sahaja.

Myran juga disangkanya sebagai Sieg.

"Jangan risau aku datang untuk bawa derita kau pergi."

Myran merenung wajah wanita itu dengan pandangan mata yang berkaca-kaca. Hatinya turut dilanda ribut sebak atas apa yang telah menimpa wanita di hadapannya.

Perlahan-lahan serpihan kaca yang terlekat dan terbenam di dalam kulit merangkap daging wanita itu tertarik keluar. Berderai-derai jatuh di atas lantai yang kotor dengan darah.

Myran menghampiri wanita itu. Wajahnya diusap perlahan.

"Bersemadilah dengan aman, wahai mangsa kekejaman dunia."

Satu medan sihir muncul di bawah telapak kaki wanita itu.Perlahan-lahan tubuh wanita itu bertukar menjadi debu.

"Sesungguhnya kematian itu adalah penamat derita."

Ungkapan lafaz sihir dibisik lelaki berkerudung itu

Satu bilah pisau terjatuh di atas lantai. Bilah pisau yang tercacak di tengkuk wanita itu tadi terjatuh saat jasadnya bertukar menjadi debu.

Berhamparan debu mayat diudara disebabkan angin ribut yang kuat juga tempias lebat air hujan.

Myran membongkok dan mencapai pisau itu.Terdapat sedikit kesan darah.

Air mata lelaki berkerudung itu gugur.

"Dunia ini untuk mereka yang kejam.."

Myran berjalan menuju ke ruang dapur. Saat dirinya melangkah, kesan kotor darah pada lantai dinding dan semuanya terus dibawa pergi arus angin dan air hujan.

Myran berdiri di ruang dapur. Serpihan kaca di lantai direnungnya dengan pandangan sayu.

Setiap serpihan kaca mula terapung di udara. Perlahan-lahan bercantum menjadi gelas semula. Myran menghulurkan sebelah tangannya.

Gelas kaca itu terus berada pada tangannya dan kemudian diletakkan di atas meja.

Myran kemudian melangkah ke arah sinki dapur. Pisau dijirus dengan air suling dan diletakkan dengan penuh hemat.

Myran tersenyum sinis.

Dia melangkah keluar dari rumah Sieg.

Pintu tertutup dengan sendiri dan terkunci semula.

Myran berjalan pergi di dalam hujan ribut.

"Semuanya telah kembali seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sekarang..makhluk kegelapan akan aku seru dan hantar kepadanya..

Semoga kewarasan kau akan musnah Sieg....."

TAMAT

TAMAT

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CELAH KAKIWhere stories live. Discover now