03 - MUNTAH

19.5K 360 25
                                    

Jantung aku bedetak-detak. Seluruh tubuh aku meremang.

Gila.

Semua ni gila.

Aku bunuh Cloe? Cloe dah mati ke?

Tak.. tak mungkin.

Cloe masih hidup..

Aku memberanikan diri menghampiri Cloe. Darah masih mengalir keluar dari celah kangkangnya.

Tekak aku terasa mual.

Bibir aku terketar-ketar.

Apa patut aku buat?

Apa patut aku buat?

Semua ni gila!

Cloe masih hidup atau sudah mati?

Aku mencangkung di sisinya.

Melihat keadaan Cloe ternyata buat aku semakin cemas dan gentar. Aku terasa mual.

Aku tak mampu bertahan.

Kepala aku mula terasa pitam.

Tanpa aku duga, aku secara tak sengaja telah melambakkan muntah keluar dari mulut.

Habis muntah aku mengotori lantai dan juga tubuh Cloe.

Darah kini sudah bercampur dengan muntah.

Bau yang tidak enak mula memenuhi ruang dapur.

Mata aku berair menahan rasa perit.

Tidak.

Aku tak boleh lakukan apa-apa.

Biarkan! Abaikan semua ni!

Peduli apa sama ada dia masih hidup atau tidak!

Aku boleh sahaja katakan bahawa kemalangan telah berlaku.. tpi kalau Cloe masih hidup?

Dia mungkin akan katakan bahawa aku telah menolaknya?

Bagaimana dengan kandungannya?

Aku tak nak dia tuntut apa-apa daripada aku.

Apa patut aku buat?

Apa patut aku buat?

Apa patut aku  buat?

Aku tergamam seketika.

Tak nak! Aku tak akan selamatkan nyawa dia!

Mungkin aku patut bunuh dia?

Sekejap.

Aku perlu bertenang.

Aku perlu bertenang dan berehat.

Aku pantas meninggalkan ruang dapur terus melangkah ke tingkat atas.

Aku tak perlu buat apa-apa. Ya, aku hanya perlu bertenang.

Aku bergerak ke bilik air. Segala kesan darah dan muntah yang ada pada diri aku dibersihkan. Pakaian aku ditanggalkan. 

Aku perlu bersiap.

Aku mandi di bawah pancutan air. Air yang mengalir menenangkan jiwa aku.

Selesai mandi. Aku sarungkan pakaian yang cantik dan bergaya pada tubuh aku.

Kemeja bewarna merah hati.

Kemeja ni, Cloe yang pilihkan untuk aku kalau tak salah.

Mungkin aku patut pakai sebagai tanda maaf dan hormat padanya?

Selesai berpakaian aku melangkah turun.

Sempat aku mengintai di ruang dapur.

Tak guna. Tubuh Cloe masih lagi ada di situ?

Aku menghembuskan keluhan.

Tubuh Cloe yang kotor aku biarkan begitu sahaja. Tak apalah.

Ruang dapur sudah berbau masam dan busuk.

Tak apalah. Abaikan.

Tak apa.

Sumuanya akan jadi baik-baik sahaja.

Buat masa ni aku harus tenangkan fikiran dulu.

Aku harap apa yang berlaku ini hanyalah sekadar permainan ilusi.

Dan sebaik sahaja aku pulang.. Semuanya akan lenyap.

Segalanya akan tamat dan hilang

Bersambung. .

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CELAH KAKIWhere stories live. Discover now