38 - Kotak Merah Menyala

2K 57 22
                                    

Mereka berempat kepenatan dan duduk di tepi bangkai kapal angkasa Suria yang dah tersadai sejak dia tiba di Bumi.

"Awak semua, jom kita tengok apa yang ada dalam kapal angkasa Suria ni, nak?" kata Eleena sambil memanjat bangkai kapal angkasa tu.

"Ish, awek kau ni, pakai redah je la, Zam."

Nizam terjenguk-jenguk meninjau kapal angkasa tu. Nizam mengikut Eleena dari belakang.

"Anda!" Kamelia hulur tangan pada Nizam, Nizam tarik tangan Kamelia untuk naik ke kapal angkasa. Adli panjat sayap kapal angkasa dan berjalan menuju ke cockpit.

Nizam bersiul lagu Imperial March yang merupakan lagu tema Darth Vader dalam filem Star Wars.

"Selama ni Suria bawak kapal ni ke sini ke, canggih gila kapal dorang," Adli melihat cockpit serta tempat duduk yang terbakar. Eleena menggeledah tempat penyimpanan barang.

"Korang, saya jumpa ni!" Eleena tunjuk sebuah kotak berwarna merah dalam sebuah stor. Kotak itu bertulis dalam tulisan pelik.

"Macam Webdings je?" kata Adli.

Tulisan pelik itu cuba diamati oleh Eleena.

"Ni kotak hitam dia ke?" tanya Eleena.

"Tapi warna merah?" kata Nizam.

"Cinta, kotak hitam kapal terbang bukan warna hitam pun. Nama je kotak hitam."

"Butang apa ni?" Adli terus tekan sebuah butang di kiri penjuru kotak merah.

Tiba-tiba kotak itu terbuka dan terkeluar hologram dengan mengeluarkan bunyi aneh.

"Aiyo, tak tau!" kata Nizam.

"Karang kalau alien serang Bumi macam Independence Day ke War of the Worlds tu, kami spesis manusia akan menyalahkan kau kerana kepupusan kami, Adli," kata Kamelia.

"Ini signal," kata Eleena.

"Signal?"

"Apa kata kita tanya Suria?"

"Dia kan tengah sakit tu?" kata Kamelia.

"Kita kena tanya dia, sebelum Adli menyebabkan kepupusan seluruh spesis manusia akibat diserang alien," Eleena angkat kotak merah itu.

Mereka berempat bawa kotak merah itu menuju ke rumah Kamelia.

"Suria, Suria!" Kamelia kejut Suria yang sedang berehat.

Suria buka mata, dan nampak kotak merah itu di tangan Eleena.

"Awak semua bukak kotak ni?" tanya Suria.

Nizam, Kamelia dan Eleena terus tuding jari ke Adli.

Suria pandang Adli.

"Mana aku tau apa-apa woi!"

"Aku tak tau, Li. Planet ni kena serang, kau yang kena dakwa dengan Mahkamah Antarabangsa sebab menyebabkan peperangan dengan planet lain," Nizam berpeluk tubuh.

"Ini untuk signal untuk mereka mencari kapal ni," kata Suria.

"Mampos!" kata Adli.

"Habislah planet Bumi akan hancur," kata Kamelia.

Suria menekan bebutang di kotak itu. Ada skrin berwarna biru mengeluarkan tulisan yang hanya Suria saja yang faham.

"Perang dah berakhir?" kata Suria.

"Zorgon tewas dengan perikatan kami? Akhirnya!" kata Suria, tersenyum.

Mereka berempat berpandangan sesama sendiri tidak faham.

Gadis Dari Sedna Where stories live. Discover now