32 - Kepulangan

1.7K 49 5
                                    

Semasa menuju ke lif hospital, Kamelia dapat mesej dari Eleena.

Eleena: Kami dah kat KLIA!

Kemudian dia post gambar Nizam yang bergambar dengan pramugari Air Asia.

Kamelia terus dial nombor telefon Eleena di Malaysia.

"Korang dah sampai ke? I'm coming!"

"Kalau nak datang, datang terus rumah Nizam. Hari ni saya lepak rumah Nizam, tak nak la mak Nizam merajuk, sebab Nizam hari-hari tidur rumah saya," kata Eleena.

"Oh my God, I miss you! Tapi Adli kat hospital ni, macam mana?" tanya Kamelia.

"Waktu melawat dah lepas ke?" tanya Eleena.

"Dah."

"Kita lawat esok la?"

"Esok dia discharged."

"Macam tu kita jemput je dia esok, tapi jangan beritahu Adli dulu tau. Kita kasi surprise, sebab kitorang belikan hadiah untuk dia," kata Eleena.

"Macam tu, saya datang rumah Nizam!" kata Kamelia.

"Eh eh, awak!"

"Apa dia, Eleena?"

"Boleh tak ajak Suria? Ada banyak benda saya nak bualkan," kata Eleena.

Kamelia terus teragak-agak.

"Baiklah, nanti saya ajak Suria. Macam tu, saya balik rumah saya dulu lah," Kamelia terus tekan butang lif.

"Baik, see you at Nizam's!"

Perasaan Kamelia bercampur baur. Sejak Eleena dan Nizam tahu yang Suria ni makhluk asing, dia bimbang persepsi mereka terhadap Suria. Terutamanya Nizam. Nizam dah la takut dengan dia hari tu.

Dia naik Grab dari Hospital Serdang sampai Bandar Tun Hussein Onn. Ada diskaun RM10 maka murahlah sikit tambang tu.

"Suria! Suria!" jerit Kamelia sebaik saja sampai rumah.

Tiba-tiba dia nampak Suria terbaring di dapur.

"Suria! Suria! Ya Allah, dah kenapa kau ni! Tolonglah, tolong!" Kamelia dah panik sambil memeluk kepala Suria.

Tiba-tiba Suria gelak.

"Not funny, Suria. Not funny! Aku pukul kau karang!"

"Hehehe Kam takut!" Suria gelakkan Kamelia.

"Kau jangan bergurau macam tu boleh tak? Gurau macam ni boleh gugur jantung aku! Cepat, siap! Kita nak pergi rumah Nizam ni," kata Kamelia.

"Nizam kan kat England?"

"Dah balik dah."

"Bukan Adli cakap England tu jauh macam planet Sedna ke?" tanya Suria.

"Kepala otak dia. Kau jangan percaya semua benda mamat tu cakap. Sikit-sikit je kau percaya. Dah, cepat sikit siap. Bodoh, jangan bergurau macam tu lagi, faham!"

"Faham."

"Celaka punya alien. Siapa la ajar bergurau macam ni. Ke memang macam tu cara bergurau alien?" Kamelia capai kain di ampaian belakang rumahnya.

"Sial celaka! T-shirt Led Zeppelin aku kena curik! Alif lam lam ha siapa curik dia dosa mati kena seksa!" menyumpah Kamelia bila t-shirt kesayangannya dicuri orang.

Kamelia naik atas dan mandi, sambil bersiap-siap untuk ke rumah Nizam. Tak sabar rasanya untuk bertemu dengan kedua-dua ahli band Paddle Pop Pelangi yang baru pulang ke lawatan sambil belajar ke Glastonbury.

Gadis Dari Sedna Where stories live. Discover now