6 - Magic?

1.5K 55 12
                                    

Serabut Kamelia satu hari berakhir saat melihat Suria tidur nyenyak di katilnya. Inilah masanya untuk dia letak losyen pelembap muka, dan menenangkan diri dari segala stress sejak mendaratnya kapal angkasa di depan rumahnya.

Dia telan sebiji lorezepam untuk hari ini, untuk mengawal mindanya dari merewang dan bertindak ganas. Dia juga telan Xanax untuk memastikan dirinya tenang. Tapi dia bakar rokok, dan hisap di tepi tingkap.

Dia bukannya suka bertindak keras terhadap Suria, tapi dia bimbang, Suria diapa-apakan. Kalau Suria sakit, dia nak hantar ke hospital mana? Nak pergi klinik mana?

Mana sama orang makan nasik dengan orang makan xiangzang ni. Entah rupa pokok xiangzang tu pun dia tak boleh bayangkan. Pokok malda warna biru, mazong haiwan rupa lembu berkaki enam, glogok ikan terbang...

Semua ni surreal, macam videoclip lagu Black Hole Sun dari kumpulan Soundgarden.

Dia takut kalau pihak berkuasa, atau lebih penting, kuasa asing yang nak menguasai alam maya ni menggunakan Suria untuk kepentingan mereka.

Macam mana kalau dia nak pergi sekolah dengan hati yang tenang kalau Suria macam ni?

Setakat ni, Suria masih boleh adapt dengan makanan manusia. Tak sakit atau apa masalah lagi. Tapi dia takut, buatnya kalau dia pergi sekolah, silap-silap TV kat rumah pun dia makan.

Baru satu hari, dia dah penat macam ni. Hari-hari kalau macam ni, mahu mati berdiri ni, fikir dia.

Telefon berbunyi. E-mail dari Ray. Ray kata dia sedang menunggu kapal terbangnya dari Los Angeles menuju ke Singapura. Hatinya berdebar-debar. Macam manalah rupa crush lamanya tu agaknya.

Ini pun satu isu jugak ni. Dia tak tahu perasaan dia berat ke siapa. Dengan Adli, walaupun dia kadang-kadang rasa menyampah dengan perangai carefree Adli, tapi dia rasa Adli sorang yang faham dirinya. Atau sekurang-kurangnya cuba memahami dirinya.

Nizam dia dah boleh lupa jauh. Kalau ada Eleena, memang takde siapa boleh menang hati dia.

Tapi Ray...

Ah, mesti dia ada girlfriend kat sana tu. Orang cool macam tu mesti ada orang nak punyalah.

Dia mula rasa dirinya lebih kurang je macam Sarah, bekas kawan baiknya yang dulu rapat gila sampai tidur sebantal, kini bermusuh sejak dia menampar Eleena dalam satu peristiwa. Kamelia bagi penerajang Chun Li terus.

Dia ketuk-ketuk kepalanya atas meja. Dia rasa kini dia macam watak yang selalu dia kutuk. Sepatutnya feminis macam dia tak perlu bergantung pada lelaki. Tapi sifat tu makin lama makin terhakis, terutamanya sejak dia rapat dengan Adli.

Bukanlah Adli ni anti feminis ke apa, tapi Adli ni anti liberal. Dia taklah kolot ke apa, dia open minded, cuma dia anti establishment. Dia tak suka idea-idea liberal yang membentuk politik Amerika dan Eropah sekarang ni. Adli selalu bercakap tentang "order of chaos", benda-benda yang bagi dia, tak make sense langsung. Tapi sebab dunia ni tak make sense langsunglah, kata-kata Adli kedengaran tak make sense.

Kamelia ni pun bukanlah liberal macam aktivis Twitter yang pasal wuduk cuci tiga kali pun nak jadi isu. Dia pun tak setuju dengan orang yang sokong Amina Wadud. Dia rasa Islam liberal ni pun mengarut juga.

Cuma dia rasa perlu ada keseimbangan antara Islam dan liberal. Bukan Islam liberal yang ikut dan suka hati mereka je.

Dia pun tak suka juga orang paksa-paksa pakai tudunglah, atau tekan orang yang tak nak ikut cakap ustaz. Dia rasa itu pun tak patut juga. Agama ni kan bukan paksaan, bak kata Nabi. Siapalah kita nak memaksa orang ni kan?

Sejak sosial media ni wujud, manusia semua nak jadi ekstremis. Takde yang nak cari titik keseimbangan dalam hidup lagi.

Whatsapp berbunyi.

Gadis Dari Sedna Where stories live. Discover now