35 - Tragedi

1.8K 56 12
                                    

"Suria, tu customer baru sampai tu, cakap apa dia nak?" Adli bersihkan kuali dengan sudip. Selepas sekian lama dia tersandar di hospital, hari ni baru dia sambung kerja.

Dari tepi ayahnya sound je Adli.

"Macam ni ka hang nak kahwin, Li? Kerja banyak main!"

"Ish, abah ni. Tak ada lah," Adli malas nak bangkit isu ni lagi. Sejak Kamelia dan Ustazah Mardihah dah didamaikan oleh Eleena hari tu, dia dah boleh lega sikit. Pertama, takdelah Ustazah asyik kacau-kacau lagi.

Tu belum cerita Ustaz Hanafi tanya soalan bukan-bukan lagi. Adli sampai geram dengan Ustaz Hanafi, dia sound je la Ustaz yang dia tengah sakit ni, nak kereta Wira buruk dia tu meletup tak kat sekolah tu kalau asyik kacau je.

"Adli, meja abang tu nak char kuey teow dua tak nak taugeh, lepas tu air sembahyang satu, air mata di pagi Aidilfitri satu," kata Suria dengan nada selamba.

"Hah? Kepala hotak dia?"

Adli menoleh ke belakang.

"Pukimak kau Alif Zakwan! Zaidi!"

Rupanya kawan kelas sekolah lama Adli yang datang. Masa sekolah Cheras Perdana. Kalau korang baca siri trilogi Cheras Perdana, kau baca bab kentut, kau mesti ada dengar nama ni. Atau main wrestling kat bengkel kemahiran hidup.

"Pekerja kau ni boleh tahan bengap jugak, kan Li?" kata Alif Zakwan sambil fistbump Adli.

"Dia baru kerja tu, tak tau," kata Adli.

"Kau sihat, Li?" Zaidi menepuk bahu.

"Aku baru keluar hospital. Aku kena denggi. Nasib baik aku fighter, aku cepat baik," kata Adli.

"Bila nak lawan pertandingan kentut?" tanya Zaidi.

"Ah kau menipu la Di! Babi dia ni, buat pertandingan lepas tu declare diri pemenang. Lancau apa main macam tu?" kata Adli.

"Kau kena berterima kasih kat Zaidi. Tanpa pertandingan kentut tu, kau tak usha awek muka garang kelas aku tu. Eleh, aku tau kau suka Kamelia kan? Saja je kau target nak kentut kat dia sebab nak perhatian dia," kata Alif Zakwan yang merupakan rakan sekelas Kamelia masa Form 4.

"Ah kau, kejap budak punk, kejap Kamelia, kejap ustazah, mana satu kau ni?" kata Zaidi.

"Aku lonely soldier boy la, kawan! Tak main la awek-awek ni," Adli mendabik dada.

"Buto la Li, kau ingat aku tak tau ke? Dah bawak Kamelia kehulu kehilir, lonely soldier boy. Bukan main hari tu kat depan Suntex belikan cempedak goreng untuk Kamelia. Satu Langat tau la!" Alif Zakwan cangkuk tengkuk Adli.

"Tapi dengan Ustazah Mardihah pun ya, hari tu aku nampak dia kat KFC," kata Zaidi.

"Player kuat ni. Mat romeo. Apa rahsia, minyak belacak ke?" kata Alif Zakwan.

"Buto, kau tengok la kaler kulit aku, gelap macam ni, kau pernah tengok konek ebony pendek?" tanya Adli.

"Lancau, tu nigga* kau Melayu la sial!" kata Zaidi.

*Nigga adalah perkataan derogatif untuk kaum Afro-Amerika di Amerika Syarikat. Ia berasal dari perkataan 'negro', yang bermaksud hitam dalam bahasa Sepanyol. Perkataan ini berjalur rapat dengan perhambaan di Amerika Syarikat pada awal pensejarahan sehingga Perang Saudara sekitar 1860an.

"Kau cuba tengok muka aku, ada gaya Snoop Dogg tak?" kata Adli.

"Kahkahkah!"

"Dari tadi gelak, air sembahyang aku mana?" tanya Zaidi.

"Air mata di pagi Aidilfitri aku pulak mana?" tanya Alif Zakwan.

"Buto, order betul-betul la!"

Gadis Dari Sedna Where stories live. Discover now