♡50♡

11.1K 252 4
                                    

Bangun saja dari tidur, muka Abqari sudah lebam oleh Azzora. Abqari meletakkan ais di pipinya.

Azzora menjeling Abqari duduk disofa sambil meletakkan ais dipipi. "Padan muka kau. Lain kali, bukan muka je lebam, badan kau pun lebam oleh aku" kata Azzora.

"Yelah. Abang tak senghajalah. Dah syok time tu" kata Abqari selamba. Azzora membaling bantal kecil ke arah Abqari.

Flashback..
Azzora bangun dari tidur, dia memandang Abqari masih lagi lena dan tangan sasa Abqari diriba Azzora.

Azzora segera memakai balik pakaian yang bersepah dilantai. Pakaian Abqari turut Azzora kutip dan simpan di dalam bakul.

Azzora turun ke dapur dan mula memasak untuk waktu tengahari. Beberapa minit kemudian, telefon Azzora berbunyi dari adiknya iaitu Abraham.

Panggilan video call dibuka oleh Azzora.

"Akak!!" Sapa Abraham ceria. "Wow makin hensem" kata Azzora.

Abraham tersipu malu, apabila dipuji oleh Azzora. "Eee gediklah dik" kata Azzora. "Biarlah" kata Abraham.

Kemudian Abqari turun dan memeluk tubuh Azzora dari belakang. "Eh hai abang" kata Abraham. "Hai." Kata Abqari. Abraham tersenyum nakal.

"Waahh tak lama lagi ada anak buah lah ni" kata Abraham. Abqari sudah tersenyum. Azzora menyampah.

"Memadai jelah kau ni" kata Azzora. Abqari masih lagi memeluk tubuh Azzora. "Lah betul lah. Tu kat leher tu apa. Banyak tau" kata Abraham.

Muka Azzora memerah. "Nanti call eh. Akak ada nak bincang sikit dengan Kari ayam ni" kata Azzora terus dia tutup panggilan dari Abraham.

Buk!!

"Sakitlah!" Jerit Abqari. "Balasan" kata Azzora. Azzora terus melihat cermin dan ternyata benar banyak kesan lovebite dibuat oleh Abqari.

End flashback.

"Malam ni kau masak! Aku nak makan. Kalau kau tak masak. Nahas kau aku kerjakan" kata Azzora lalu dia menarik telinga Abqari.

"Sakitlah ayang" adu Abqari. "Dah tepi aku nak tengok movie" kata Azzora. "Cium dulu" kata Abqari.

"Yelah" kata Azzora.

Cup!

Pipi Abqari dicium oleh Azzora. Abqari tersenyum senang. Abqari menarik tubuh Azzora dan duduk dipangkuan Abqari.

"Sayang ayang" kata Abqari. "Tahu. Dah senyap jangan kacau" kata Azzora. Abqari mengangguk.


















Done!!

Vote dn komen!

Jandaku Please Come Back!Where stories live. Discover now