♡41♡

11K 294 21
                                    

"Haihh tak nak bangun pula" kata Azzora. Dia memeluk disebelahnya. Pelukkan Azzora dibalas, Azzora tersenyum dalam pelukkan.

Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Azzora terus membuka matanya. Hidung Abqari bersentuhan dengan ubun-ubun Azzora, Azzora segera menolak tubuh Abqari.

Abqari tersedar dari tidur, Azzora segera menumbuk dada Abqari. Abqari sempat menahan tangan Azzora.

Abqari menarik tubuh Azzora ke dalam dakapannya. Azzora menangis.

"Maafkan aku Zora" kata Abqari sambil mengusap kepala Azzora. "Kau jahat Ab!" Kata Azzora sambil menumbuk dada Abqari lemah.

"Aku tahu Zora. Aku tahu. Aku terpaksa" kata Abqari lagi. Azzora menampar muka Abqari.

Abqari terkejut.

"Keluar kau dari sini!! Keluar!! Aku tak nak tengok muka kau lagi!!" Jerit Azzora sambil menolak tubuh Abqari.

Abqari terjatuh dari katil. Abqari cuba memeluk Azzora. Azzora menepis tangan Abqari.

"Tolong Ab! Kau pergi dari sini!" Kata Azzora lemah. "Zora aku janji aku akan tanggungjawab semua ni" kata Abqari.

Azzora memeluk lutut. Abqari menghampiri Azzora. "Azzora.." panggil Abqari.

Azzora membaling bantal ke muka Abqari. "Keluar!" Tengking Azzora. Abqari melihat Azzora lama.

Lalu dia memakai semua pakaiannya dan keluar dari kondo Azzora.

Azzora menangis sepuas-puasnya. Dia ternampak darah di cadar tilamnya. Dia tahu maruahnya telah hilang oleh Abqari iaitu bekas suaminya sendiri.

"Kau jahat Ab" gumam Azzora perlahan. Abqari mengeluh perlahan. Dia cuba memikat hati Azzora






































Kesian Azzora 😢

Jandaku Please Come Back!Where stories live. Discover now