01 - KACAU DAUN

32.6K 456 26
                                    

Aku menolak tubuh Gina perlahan di atas katil. Perlahan-lahan aku merangkak di atas tubuhnya.

Rambutnya aku belai perlahan. Mata aku merenung pandangan mata birunya yang memukaukan.

Bunyi nafasnya kedengaran halus.

Wajah Gina kelihatan begitu ayu. Gina seorang gadis yang cantik.

Sejujurnya, rupa tidaklah memainkan peranan penting. Apa yang lebih mustahak dalam perhubungan adalah tubuhnya dan yang paling utama adalah pintu yang terletak di celah kakinya.

Itu yang aku nak.

Tapi..pintu rumah orang mana boleh masuk sesuka hati kan?

Kenalah teroka luarnya dulu.

Lepas tu baru boleh intai-intai.

Dah puas semua tu, barulah terjah masuk.

"Sieg?"

"Ya, sayang?"

"Tak pe ke?"

"Shhhh..."

Jari telunjuk aku menyentuh bibirnya yang mungil.

Tangan aku mula mengusap lehernya. Sentuhan kulitnya hangat.

Perlahan-lahan bibir aku bersentuhan pada lehernya. Rengek manja Gina mula kedengaran.

Lidah menjalar dari leher sehinggalah ke telinga.
Telinganya aku gigit perlahan.

Gina memejam erat matanya. Aku tahu dia sudah mula hanyut dibawa arus nafsu.

Aku pakar melemaskan wanita dalam lautan nafsu serakah.

Kini aku mahu ke peringkat seterusnya.

Bibir aku bersentuhan dengan bibirnya.

"Gina..."

Aku berbisik perlahan nama gadis yang sudah terbaring di atas tilam empuk. Gadis yang kian hanyut dalam belaian dan sentuhan hangat aku.

"Emm?"

"Aku rindu kau .."

Aku mula mengucup bibirnya.
Nafas kami kian berombak deras.

Lidahnya aku kulum. Pada masa yang sama tangan aku mula membuka butang bajunya.

Dia menggenggam erat tangan aku. Agaknya cuba nak hentikan aku? Jangan harap.

Aku semakin rakus mengucup bibirnya apabila dia mula menolak tubuhku.

Tangan aku kini mula merayap masuk ke dalam bajunya.

Aku mula untuk bertindak lebih agresif namun malangnya nasib.......

TOK! TOK! TOK!

Bunyi pintu diketuk kedengaran.

Aku cuba abaikan. Aku meneruskan aktiviti memuaskan nafsu aku.

"TOK!TOK!TOK! KTAK! KTAK!"

Bunyi pintu semakin kuat kedengaran.
Kali ini diselang dengan bunyi pulas pada tombol pintu!

Aku mula bengang.

"SIEEEEEG! BUKAKLAH!!"

Pekik seorang wanita kedengaran.
Suara yang begitu terdesak.

Tautan pada bibir terlerai.

"Celaka.."

Sakitnya hati, bukan kepalang. Aku mengalihkan tubuh aku daripada Gina

"SIEGGGGG!!! TOLONG... BUKAKLAH.!!!"

Memang sial. Kacau daun betul. Suara sundal mana pun aku tak tau. Nak tak nak, aku terpaksa pergi tengok.

"Gina, nanti aku datang sambung. Aku nak selesaikan si celaka kat luar tu dulu."

"Hmm..."

Gina mengangguk perlahan.

Aku terus berjalan menuju ke arah pintu utama.

Bunyi pintu diketuk masih kedengaran. Siapalah si celaka yang tak tau nak sabar ni!

Tombol pintu dipulas. Aku buka dari dalam.

"Sieg...." 

Berdiri seorang wanita bersama linangan air mata di hadapan pintu.

"Cloe?"

Aku berkerut seribu. Apahal perempuan ni datang menangis-nagis depan pintu rumah aku tiba-tiba?

Tubuh aku terus dia dakap.

Aku memutarkan bola mata.
Masa ni pulak nak berdrama? Nak rindu bagai?

"Cloe? Ada apa ni??"

Dakapannya aku leraikan. Rambut hitamnya aku belai perlahan.

Cloe menyeka air matanya. Wajah aku dia renung.

"Sieg.. ... boleh saya masuk? Ada perkara penting saya nak cakap."

Aku mengeluh.

"Aduhai.. aku agak sibuk ni. Ada tetamu lah aku nak kena layan."

Aku menggosok belakang tengkuk. Apa lagilah perempuan ni nak! Kacau betul.

"Oh...urm..kalau macam tu. Malam nanti boleh? Pentinglah sayang."

Cloe menggigit bibirnya menahan sebak. Masih cuba nak pujuk aku. Sikit-sikit nak menangis. Meluat pulak aku.

"Esoklah! Penting sangat ke?! Tak faham ke aku sibuk?!"

Aku mula meninggikan suara aku. Pantang betul aku bila ada yang ganggu ketika aku nak memuaskan nafsu. Tambahan pula, aku benci betul perempuan yang kuat menangis dan mendesak macam betina depan mata aku ni.

Air mata Cloe terus gugur saat aku meninggikan suara.
Malas aku nak layan.

Saat aku mula nak melangkah masuk tiba-tiba sahaja dia menarik lengan aku.

"Sieg....saya mengandung..."

Dia bersuara dalam hiba.

Aku berkerut seribu. Aduhai. Masalah betul dia ni.

"Kau menyusahkan betul."

Aku menarik kasar lengan aku.

Bibir Cloe terketar-ketar menahan sebak. Siapa suruh tak berhati-hati. Sekarang nak datang mengadu pada aku?

"Esok jelah kau datang. Malam ni aku sibuk."

Esaknya mula kedengaran dan ternyata aku akan abaikan.

Pintu aku tutup dengan kasar. Lantaklah berapa lama dia nak tunggu depan pintu tu.

 Lantaklah berapa lama dia nak tunggu depan pintu tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CELAH KAKIWhere stories live. Discover now