Bab 8

235 25 4
                                    


Bulan berganti bulan. Keadaan mereka masih dingin tanpa bicara seperti orang asing yang tidak mengenali sesama sendiri. Hanya kerana seperkara yang diungkit. Tiada siapa pun yang pernah menyangka hari ini akan tiba jua. Tiba merubah hidup mereka. Sabar itu, ada batasnya.

Beg bagasi berisi pakaian Haera letakkan di muka pintu. Nafas dalam diambil dan dihembus sambil dia mengatur langkah kembali ke dalam kondominium yang dikongsi bersama Kyungsoo. Lelaki berkenaan berdiri di sisi kaunter dapur, membelakanginya.

"Kyung..soo." Haera menelan air liur perit apabila Kyungsoo memusingkan badan dan bertatapan dengannya.

Melihat raut Kyungsoo yang tenang, Haera terfikir kebarangkalian perasaan cinta terhadap dirinya mungkin sudah luput. Jika tidak, mengapa apabila dia hendak berangkat pergi, Kyungsoo hanya memaku dirinya dan tidak cuba menghalang? Tapi mengapa dia seakan berharapkan untuk Kyungsoo menghalangnya sedangkan dia yang mengambil keputusan ini?

"Soo.."

"Perlu ke kita buat macam ni..?" Perlahan suara Kyungsoo berbaur kecewa, melontarkan pertanyaan. Soalan yang menambah debar hati Haera.

"Soo.. kadang kala kita perlukan masa untuk bersendirian, kan? Untuk fikirkan semula tentang kita. Tengoklah keadaan kita sekarang. Kita dah macam orang asing. Saya tahu saya adalah punca kita jadi macam ni.. Dan sebab itu saya perlukan masa untuk bersendirian-"

Tanpa menunggu, Kyungsoo memeluk Haera erat. Matanya terpejam seakan cuba memberitahu isi hati yang dibaluti kesedihan. Perlahan-lahan Haera melingkari belakang leher Kyungsoo dan turut merangkul badan lelaki itu dengan kemas. Mereka tahu apa yang mereka rasakan sekarang tetapi ia terlalu perit dan sukar untuk diluahkan.

Sebaik pelukan terlerai, Haera segera menundukkan wajah dan menyeka air mata yang mengugut untuk membanjiri kolam mata.

"Awak akan tinggal dengan siapa nanti..?"

Suara berkenaan mengangkat wajah Haera kembali dengan senyuman tenang. "Dengan kawan saya."

Pasangan muda itu tidak pernah menceritakan sebarang masalah yang bersarang di dalam hati kepada orang tua mereka. Fikir mereka, sudah cukuplah mereka menyusahkan orang tua mereka dengan perkara remeh. Mereka sudahpun bergelar dewasa dan masalah ini perlu diselesaikan dengan cara mereka sendiri. Sudah menjadi lumrah, setiap perkara pasti ada akibatnya.

Tangan hangat Kyungsoo digenggam tatkala mereka beriringan ke muka pintu. "Jaga diri awak, Do Kyungsoo. Selamat tinggal."

"Awak pun, Yoo Haera."

Gadis terbabit mula menarik beg bagasinya keluar dan beransur meninggalkan Kyungsoo yang berdiri kaku di pintu kondiminium mereka. Haera enggan menoleh lagi. Dia tahu hatinya juga tidak kuat untuk memandang wajah polos itu.

Sesungguhnya, cinta yang tidak kesampaian akan pudar mengikut peredaran masa. Mungkin sesudah itu, mereka akan bertemu kebahagiaan yang sebenar.

"Haera?"

Terkejut kecil Haera bila wajah Chanyeol muncul sebaik pintu lif terbuka. Chanyeol segera menggesa Haera untuk masuk. "Awak nak pergi mana dengan beg bagasi besar ni?" Seperti kebiasaan, dengan cerianya dia bertanya.

"Rumah kawan saya." jawab Haera dengan tenang beserta senyuman lemah. Wajah si tinggi lampai dipandang silih berganti dengan pintu lif yang tertutup.

Chanyeol terangguk-angguk, "Oh, nanti jangan lupa call or message saya tau." Jenaka sentiasa bermain di bibir Chanyeol yang sedikit sebanyak melegakan emosi Haera.

Hujan [Do Kyungsoo]Where stories live. Discover now