Bab 6

275 31 22
                                    

Chanyeol mengetap bibir dan kembali memandang Kyungsoo setelah Haera bertindak untuk keluar seorang diri. Kaki panjangnya menapak menghampiri. "Macam mana ni, Kyungsoo?"

"Kyungsoo.." Bomi mengeratkan pegangannya pada lengan lelaki berkenaan. Sekadar ingin mengingatkan kehadirannya di sini. "Siapa nak hantar saya balik nanti?"

Mata Chanyeol beralih pada wanita yang tak dikenalinya itu sebelum kembali kepada Kyungsoo yang masih kelihatan pucat. Lelaki tersebut belum lagi menyatakan sebarang keputusan.

"Emm, kalau saya yang hantar cik balik? Maksud saya, Kyungsoo boleh bawak kereta saya dan.."

"What?" Bomi memberi pandangan menilai. Siapa lelaki ini untuk memandai-mandai? Kalau bukan dia yang membawa Kyungsoo ke klinik, pasti lelaki itu masih terlantar sakit di pejabat. Sekarang, sewenangnya pula menyuruh Kyungsoo tinggalkan dia dengan pendatang asing ini.

Chanyeol diam apabila menyedari reaksi Bomi. Mungkin ideanya itu teruk.. Mungkin dia patut beredar saja-

"Bomi.. Awak balik dengan Chanyeol okay? Saya nak bawak balik Haera.." Pautan Bomi dijatuhkan dan Kyungsoo membuka langkah kecil keluar daripada bilik rawatan. Chanyeol sempat menyerahkan kunci kenderaan.

"So.. Bomi kan? Awak tinggal kat mana..?" Chanyeol mempamerkan senyuman kelat, cuba meringankan suasana.

Bibir wanita tersebut mencebik jengkel. Dengan hati bengkak, dia mengambil beg tangan dan menepis badan Chanyeol yang menghalang laluannya.

.

Kyungsoo tersenyum kecil merasakan bahu Haera terinjut-injut kecil diiringi esakan. Dia tahu mungkin Haera tertekan dengan beban kerja ditambah pula dengan masalah yang berlaku antara mereka. Kyungsoolah yang selalu menjadi tempat Haera mencurahkan isi hati yang tak dapat diucapkan.

Hari sudahpun menjangkau tengah malam sejak mereka pulang, namun Haera masih tak dapat menahan sebak.

Sebentar tadi, balutan kaki Haera dibuka dan diurut Kyungsoo perlahan. Biru lebam sudah memudar walaupun masih terasa sakit. Kasihan melihat wajah lesu Kyungsoo, Haera meminta perbuatan itu dihentikan. Beriringan mereka membaringkan badan.

Sekarang, dalam keadaan mengiring di atas katil, Kyungsoo cuba memujuk Haera. Belakang Haera dalam rangkulan diusap. "Kenapa awak sedih sangat ni, hmm?" Wajah sugul Haera ditatap dengan lembut.

"Kenapa awak suka buat saya macam ni..? Suka buatkan saya nampak kejam." Suara Haera kedengaran tersekat-sekat sebelum kembali merintih seperti anak kecil.

"Mana ada.."

"Ada lah."

"Nak saya nyanyi untuk awak? As lullaby."

"Hmm..."

Kyungsoo hanya membalas dengan senyuman. Kepala Haera dibenam ke dada sambil badannya Haera peluk kemas. Mata gadis itu sudah tertutup separa, menikmati dengungan suara Kyungsoo terbuai umpama lagu yang menenangkan.

"Andwaeyo.. It's my turn to cry, naega halgeyo.. Geudaeui nunmul moa.." Kyungsoo menunduk, melihat Haera. Dahinya dikucup selepas menyedari Haera sudahpun terlena lalu kucupan itu turun ke kelopak mata. "It's my turn to cry.." Bisikan terluah sebelum Kyungsoo turut lelapkan mata.

.

Waktu juga menyebelahi mereka seakan menjadi dalang. Pagi hujung minggu itu dimula dengan Haera memeriksa suhu badan Kyungsoo dengan meletakkan belakang tapak tangannya ke dahi si suami. Mata Kyungsoo beransur celik usai tangan Haera dialih.

"Demam awak dah kebah?" tanya Haera sambil duduk di birai katil.

Kyungsoo mengiakan dengan muka tenang. "Saya dah okay. Kaki awak macam mana?"

Hujan [Do Kyungsoo]Where stories live. Discover now