#30:Dangerous School

887 94 28
                                    

Kebanyakan sekolah taklah bahayakan..maybe bahaya pun kalau ade kes buli.. Kan.mtapi sesetengah sekolah kat luar negara,tahap bahaya dia lebih dari kita jangkakan tau.So,ni antar sekolah berbahayalah yer.

1. Strawberry Mansion High School
Sekolah yang terletak di Amerika Syarikat ini adalah salah satu sekolah paling berbahaya. Bagaimana tidak, para murid yang datang ke sekolah bukan hanya membawa peralatan sekolah tetapi juga membawa sejata berbahaya seperti; pisau dan senjata api. Para guru pun biasa melakukan spotcheck mendadak untuk mengusir kejadian buruk, alat periksa senjata api disetiap pintu masuk dan juga memasang 94 buah kamera CCTV. Selama tahun 2012-2013 saja terdapat 49 kes ancaman yang bukan hanya mengancam murid tetapi juga para guru.



2. Alcapulco School
Terletak di Bandar Alcapulco, Mexico. Bandar ini terkenal dengan aktiviti kongsi gelap dan penyelundupan. Bukan hanya diluar sekolah, di dalam sekolah pun mereka terkenal dengan kes kriminalnya para pekerja disekolah ini mengatakan jika bekerja disekolah ini sama dengan bekerja didalam penjara. Banyak dari mereka yang di intimidasi, diancam bahkan diculik oleh muridnya sendiri. Pada tahun 2011 lebih dari 600 guru mogok tidak mau mengajar kerana mereka diancam untuk memberikan setengah dari gajinya kepada kumpulan pelajar disekolah tersebut.



3. Souriya Al Ammal,SYRIA.
Sejak insiden perang yang ada di Syria, banyak penduduk yang memutuskan untuk pindah dari Syria. Namun, tidak sedikit pula yang memutuskan untuk bertahan salah satunya para pelajar disana. Walaupun sebahagian dari bangunan sekolah telah dihancurkan tetapi masih digunakan untuk aktiviti belajar dengan risiko tinggi iaitu dapat runtuh. Selain itu pesawat tempur pun sering melintasi sekolah ini yang boleh membahayakan.





4. Spes Bona Secondari School
Sekolah ini terletak di Afrika Selatan, kebanyakan murid-murid disini ada orang-orang yang berhubungan dengan kongsi gelap dan terlibat kes kejahatan. Pada tahun 2013 ada dua orang murid yang datang ke sekolah dengan membawa pistol dan menembakkannya ke kepala seorang temannya hingga meninggal dunia. Bukan hanya di Spes Bona Secondari School saja kes ini terjadi, hampir diseluruh sekolah di daerah Afrika Selatan mengalaminya.



5. Yodok,Korea Utara
Hukuman yang berlaku di Korea Utara adalah jika salah satu anggota keluarga melakukan kejahatan akan dihukum mati, tetapi juga tiga generasi keluarga. Banyak anak-anak yang dipenjara, ada juga yang menghabiskan masa kecilnya dalam penjara. Yodok adalah sekolah bagi anak-anak para tahanan di Korea Utara, mereka di ajarkan sejarah dan propaganda Korea Utara. Para tahanan kecil ini bersekolah di pagi hari dan menjadi buruh kasar di petang  harinya.



•••••••••••••
ketahihan. Sekolah tempat belajar bukannya tempat bahaya cegini..agree me,right?

Night Story Where stories live. Discover now