Prologue ; The Daredevils

10.1K 369 138
                                    

11 March

Sebuah letupan berlaku. Pasukan tentera dan bomba tiba di tempat kejadian sepantas mungkin. 9 orang yang terselamat sudah dihantar ke hospital dan menerima rawatan.

13 March

Api berjaya di padamkan. Pasukan tentera mula menggeledah tempat kejadian. Operasi pembersihan mula dijalankan.

30 March

Tiada mayat ditemukan.

Log: 001
Code: 1810

Takdir bertukar. Semuanya berubah. Kami, sembilan orang yang terselamat dari menjadi mangsa Wanton. Empat tahun lalu, kami menerima tawaran belajar oleh KIA, namun semuanya perangkap. Kami dianiaya oleh seseorang. Nyawa hampir melayang sudah menjadi perkara biasa untuk kami. Tetapi meninggalkan trauma buat kami.

Wanton berada disebalik semuanya. Kenapa kami dianiaya, kenapa kami disakiti, dan kenapa kami diburu? Wanton sebabnya. Mereka merancang untuk mengubah DNA manusia kepada mutant dan kami mangsanya. Makhluk biokimia yang seram dan jijik. Walau sejijik manapun mereka, mereka lebih hebat dari manusia.

Kami pernah dijangkiti virusnya, dan hampir bertukar menjadi mutant. Nasib baiklah, kami selamat. Kini, Wanton dah hancur. Segala rahsia Wanton didedahkan ke seluruh dunia. Semuanya dah tamat.

Tak. Bukan semuanya. Mereka terlepas pandang sesuatu. Belum semua rahsia Wanton terbongkar. Mereka masih belum tahu yang aku adalah seorang

pengkhianat.

Wanton tak musnah, dan tak pernah musnah. Tiada seorang pun yang terkorban. Wanton hanya, berpindah. Berpindah ke Pangkalan Utama mereka. Apa yang ada di bawah tanah itu bukan Wanton yang sebenar.

Sekarang, aku bekerja untuk Wanton. Sejak di akademi lagi, aku sudah bekerja untuk Wanton. Aku dah lama mengintip mereka dari dulu hingga sekarang. Arahan ketua, aku tak boleh mengelak. Ketua kata, dia ada rancangan baru. Rancangan baru untuk Wanton. Rancangan di mana seluruh dunia akan tunduk pada Wanton. Oleh kerana itu, ketua perlukan kesemua survivors untuk menjayakan rancangannya. Kami pernah tewaskan Wanton sekali, jadi kami ada potensi untuk menjayakannya.

Oh ya, Hyuk dan Hae sudah kembali ke Wanton. Hyuk sedang menjalani latihan sebagai ketua Wanton yang baru manakala Hae pula akan menjadi pembantu makmal utama. Sejak Wanton 'dimusnahkan', mereka kembali ke Wanton dengan rela hatinya. Aku gembira yang mereka masih di pihak Wanton, macam aku.

Sekarang, tiba masa untuk rancangan baru yang dikatakan tadi.

Suatu masa dulu, sebelum ketua memegang jawatan sebagai kuasa besar Wanton, sebuah dunia baru dicipta. Ianya dipanggil Omnus. Ia ialah tempat di mana mutant berbahaya ditempatkan dek mereka tak boleh tinggal di bumi. Tempat tinggal beratus spesies mutant yang berbahaya dalam pelbagai tahap. Ada juga yang melebihi tahap 10. Ia juga menjadi tempat di mana Wanton boleh mengkaji tentang mutant. Kebolehan mereka, interaksi mereka, dan macam-macam lagi.

Namun, tempat itu bagaikan 'neraka'. Mutant di sana bertindak gila, liar dan sangat merbahaya. Mereka menyerang antara satu sama lain. Disebabkan itu, Wanton tak dapat mengkaji mereka dari pangkalan. Satu-satunya cara untuk mengkajinya adalah dengan masuk ke dalam Omnus sendiri.

Tapi, mutant tersebut sudah sampai tahap tidak boleh dikawal. Ramai pengkaji dan saintis Wanton dibaham, dibunuh dan dilahap mutant semasa mengkaji di dalam Omnus. Ketika itu, Omnus bukan lagi tempat mengkaji. Ia menjadi tempat pertempuran. Tempat berperang. Segala mutant di Omnus menjadi kepala sendiri. Wanton dah cuba membunuh mereka dengan gelombang radiasi, tapi ia menjadi lebih kuat. Jadi, mutant perlu dibunuh dengan tangan manusia sendiri.

Sebab itulah, kami diperlukan. Kami pernah menewaskan banyak mutant sebelum ini. Hidup kami seperti sudah ditakdirkan di Omnus. Kini, Omnus ialah tempat tinggal kami, rumah kami, atau mungkin juga tapak perkuburan kami.

Sincerely, SJ.

Hai readers!! Author kembali dengan Bangtan Academy 2 : The Daredevils! 😄 So, miss me? Nope? Sokay. Before Author memulakan story ni, biar author terangkan sesuatu dulu.

Tajuk untuk season 2 ini ialah The Daredevils. Apa tu daredevils? Bukan syaitonni rrojim ye 😂 jangan tertukar pulak. Daredevils ialah orang-orang yang suka membuat perkara jahat secara melulu. Macam psychopath. Membunuh, menyeksa memang perkara biasa untuk daredevils. Ia bukan sejenis penyakit mental macam psychopath. Ia sejenis personaliti yang negatif. Memang mereka naturally ada atau mereka dilatih untuk jadi daredevils.

Macam season sebelum ni, author warn korang siap-siap. READ ON YOUR OWN RISK. BIG IMAGINATION NEEDED.

Enjoy your reading 😆

Bangtan Academy 2 : The DaredevilsWhere stories live. Discover now