"Abang... Tolong kahwin dengan kak Fatin. Ana tak sanggup tengok kak Fatin mati keseorangan." luah Diana sambil menangis teresak-esak. Danial terkejut dengan kata-kata Diana.

    "Mati keseorangan? Apa maksud Ana? And kenapa Ana menangis?" tanya Danial. Makin lama makin risau dibuatnya. Danial terus menarik Diana ke dalam dakapannya.

    "Kak Fatin sebenarnya kanser barah otak. Ana ada check kak Fatin. Cara kak Fatin bercakap and bergerak buat Ana sedih. Ana tak nak kak Fatin mati dalam kesedihan dan kesunyian. Ana sayangkan kak Fatin." kata Diana. Danial mengosok perlahan belakang Diana apabila sesekali Diana terbatuk kerana menangis terlalu banyak.

    "Ana... Kalau Ana explain macam ni kan abang faham. Kalau Ana nak abang kahwin dengan kak Fatin atas sebab ni... Abang terima. Tapi bagi abang masa untuk bercakap dengan ibu dan abah. Ana pun kena beritahu ibu dan ayah pasal hal ni. Kita tak boleh buat keputusan sesuka hati macam ni tanpa pengetahuan mereka." kata Danial. Diana hanya mengangguk. Danial meleraikan pelukan mereka.

    "Sekarang ni, kita focus pada kerja dulu. Then nanti baru kita bincang hal ni. Dah jom gerak sekarang. Nanti sampai lambat pula." kata Danial lalu bangun dari sofa untuk mengangkat beg ke dalam kereta. Diana turut bangun dan menolong Danial.

    Setiba sahaja di rumah, mereka mengangkat beg mereka ke dalam bilik. Sebelum Danial pulang ke KL, dia menghabiskan masa bersama-sama dengan Diana. Sedang mereka menonton televisyen di ruang tamu, ada orang memberi salam.

    "Assalamualaikum, Ana." Diana dan Danial terus bangun dari sofa untuk melihat ke luar. Shafikah dan anaknya berada di hadapan pintu pagar rumah Diana.

    "Waalaikumsalam. Fikah, kenapa kau datang sini dengan Amalia? Mana suami kau?" tanya Diana lalu menjemput mereka masuk ke rumah. Amalia ialah anak sulung Shafikah.

    "Aku... Aku dah cerai dengan suami aku. Sekarang aku tak ada tempat nak pergi mana." kata Shafikah sambil menangis teresak-esak. Diana dan Danial berasa simpati.

    "Takkan dia tak tinggalkan duit ke apa-apa ke? Dia tinggalkan kau dengan anak kau macam ni je?" tanya Diana. Shafikah hanya mengangguk.

    "Kau duduk saja di rumah ni. Danial nanti dia akan pulang ke KL. So tinggal aku seorang je dalam rumah ni. Jadi bila ada kau dengan anak kau, aku tak la rasa sunyi sangat. Duit semua jangan kau risau. Aku tanggung." kata Diana. Shafikah cuba menolak tapi tak dapat kerana Danial turut menyuruh Shafikah menemani Diana di situ. Akhirnya, Shafikah terpaksa menerima.

    "Abang balik dulu. Ana dengan Fikah jaga diri. Nanti kalau nak apa-apa, just call." kata Danial lalu masuk dalam kereta. Diana dan Shafikah hanya mengangguk. Setelah Danial keluar dari perkarangan rumah Diana, mereka berdua terus masuk ke dalam rumah.

    "Terima kasih tau. Aku tak tau macam mana nak balas jasa kau. Memang banyak kau tolong aku." kata Shafikah. Diana hanya tersenyum sambil bermain-main dengan anak Shafikah.

    "Kau tak payah risau lah. Benda kecil je pun. Lagipun apa gunanya kawan kalau kawan susah pun tak boleh nak bantu. Kau tu ibaratkan keluarga aku sendiri." kata Diana. Shafikah terus memeluk Diana.

    "Aku dah la tak ada siapa dah sekarang. Suami ceraikan aku. Keluarga pun jauh. Kau saja yang ada dalam fikiran aku masa tu. Kalau kau tak ada, mesti aku duduk tepi jalan dah." kata Shafikah lalu sambung menangis di dalam dakapan Diana.

    "Aku hanya membantu. Nanti kalau aku susah mungkin kau bantu aku balik. Dah la. Sedih kalau anak kau nampak kau merayu dekat orang macam ni. Lagipun anak kau memerlukan kau lebih dari orang lain. Dia perlukan kasih sayang seorang ibu sekarang. Dia pun sedih sebab baru kehilangan ayah." kata Diana lalu menenangkan Shafikah.

    "Dah la. Lagipun benda nak jadi. Kita kena terima. Kau buat saja rumah ni macam rumah kau sendiri. Aku pun rasanya bukan selalu balik sini. Bila cuti, balik rumah Nial. Bila kerja saja balik sini. Kalau tak kerja, memang tak pijak tanah rumah ni." kata Diana sambil tersenyum. Shafikah turut tersenyum.

    "Kau tak rasa macam mengandung ke? Teringin nak tengok anak kau dengan Nial. Mesti comel gila." kata Shafikah apabila keadaan kembali sunyi.

    "Tak ada lagi. Aku pun tak tahu la boleh mengandung ke tidak. Dah lama juga aku tak pergi check untuk jantung aku ni. Entah la makin teruk ke makin sihat. Nama saja doktor tapi tak reti nak ikut jadual bila kena pergi check." kata Diana. Tangannya masih setia bermain dengan Amalia.

    "Danial tahu tak yang kau sakit?"

    "Tak. Aku nak simpan dari dia." 

    "Kenapa kau nak simpan? Dia suami kau. Kau patut beritahu dia. Berdosa kau nanti."

    "Tak apa. Aku nak rancangan aku berjalan dengan lancar dulu baru nanti aku beritahu. Aku rasa masa ni tak sesuai lagi. Lagipun tak teruk pun aku sakit." kata Diana selamba. Shafikah menepuk dahinya. Kenapalah kawan aku ni degil sangat? Rancangan apa pula yang dia nak buat ni?

I Hate You But I Love YouWhere stories live. Discover now