45

873 32 0
                                    

Datin Jamilah dan Datuk Adham tiba tepat jam 4 petang.  Mereka terus ke hospital menziarah Encik Said. Dilla yang berada di situ nampak sedang sibuk melayan ayahnya dan juga pesakit di sebelah ayahnya.

"Assalamualaikum," tegur Datuk Adham seraya mereka berdua melangkah masuk. 

"Waalaikumsalam wrt," jawab Dilla dan Encik Said serentak. Encik Said masih lagi kelihatan lemah tetapi senyuman tidak lekang dari wajahnya. "Auntie, uncle!" Dilla meluru bersalaman dengan mereka. "Dah lama sampai?"

"Baru je sampai ni. Alhamdulillah abang Said nampak ok ni," jawab Datuk Adham. Giliran Datuk Adham menghulurkan salaman, 

"Bolehlah," jawab Encik Said perlahan.

"Dilla tidur sini ke malam ni?" tanya Datin Jamilah.

"Tak...mak nak jaga ayah malam ni.  Mak ada kat rumah ni."

"Tak apa, sekejap lagi  kami pergi ke rumah jumpa mak."

"Baik, auntie!" jawabnya ceria. Dia sukakan ibubapa Razlan. Tiada masalah baginya cuma susah dia hendak menerima Razlan yang mulut lepas dan panas baran itu. Lama mereka di situ. Dilla mengambil masa itu menyiapkan barang-barang yang diperlukan oleh ibunya malam itu. Razlan tiba dengan ibunya sebaik sahaja azan maghrib bergema. 

"Aduhlah, punya lama kami kat sini, bersembang dengan abang lupa kami nak ke rumah,"tegur Datin Jamilah apabila melihat Puan Wahida masuk ke bilik. Mereka berpelukan dan menyapa mesra.

"Tak apa! Kak Ida dah siapkan bilik untuk Milah dan Ham.

"Eh, susah-susah aje. Kami menginap di hotel pun takpa," kata Datuk Adham. Datin Jamilah menyinggungnya.  Itu mengejutkan Datuk Adham seketika.

"Oklah tu, lagipun dah malam ni. Alhamdulillah ada tempat menumpang malam ni. Lagipun bukan orang lain kan?" ucap Datin Jamilah pantas. Puan Wahida tersenyum. Razlan hanya membisu berdiri di sebelah katil. Dia hanya memerhatikan sahaja Dilla keluar masuk dan membuat kerja.

"Dilla sudahlah tu, bawa auntie dan uncle balik ke rumah kita," tegur Puan Wahida.

"Baik ibu. Tuan Razlan check in di hotel kan?" Dilla berterus-terang. Razlan mengeluarkan ketawa gemuruh. Dia mengangguk. "Oklah tu. Mak, abah Dilla balik dulu ya!" kata Dilla meminta diri lalu bersalaman dengan ibubapanya dan tersenyum menjemput Datuk Adham dan Datin Jamilah mengikutnya.

Sampai di lobi, mereka menghentikan langkahnya.

"Dilla naik dengan abang Razlan ya?" pinta Datin Jamilah.

"Eh, kenapa pulak? Dilla tumpang auntie jelah. Kita kan nak balik rumah kan?" bantah Dilla masih berbunyi ceria. "Lagipun kesian abang Razlan, hotel dia jauh dari rumah kita kan?" Datin Jamilah melihat Razlan seperti menyuruhnya berkata-kata.

"Er... tadi makcik ada pesan suruh beli satu barang, tapi abang tak tau barang tu. Kalau Dilla ada, senang sikit nak cari," kata Razlan dengan penuh yakin walaupun itu hanya bohong belaka.

"Haa! Barang apa tu?"soal Dilla terkejut.

"Err, alah apa tu... tapis.."

"Tapis apa? Rasanya ada kot tapis kat dapur tu. Tapis teh? tapis air?"

"Tatata...tapis santan. Hah!! Abang ingat dah." Kata-kata Razlan itu sedikit pun tidak dipercayai oleh Dilla.  "Rupa macamana tapis santan tu ya?"

"Macam Tuan Razlan. Berlubang-lubang!" sindir Dilla. Di telinga dengar suara halus ibunya memekik memarahinya menjawab seperti itu. Dengan terus tersenyum kepada Datin Jamilah. "Gurau je, jangan marah ya?" Dilla pun berlalu dan diikuti oleh mereka.

Di bawah pokok ketapang beberapa anak muda kampung sedang bersembang dan menghisap rokok. Salah seorang daripada mereka ialah anak tok penghulu. Aiman namanya tetapi lebih dikenali dengan nama Bujang.

"Bujang hang punya awek dah balik," kata Adi sambil minum air di bungkusan.

"Awek aku yang mana satu?" tanya Bujang acuh tak acuh sambil menikmati rokok.

"Budak debab yang hang gila dulu." Bersungguh-sungguh Adi mengingatkan. Bujang terdiam. "Dia lagi cantik sekarang. Badan dah ada cutting. Memang-" belum sempat Adi menyudahkan ayatnya Bujang meluru mencekak lehernya.

"Jaga sikit mulut hang!Dia hak aku," sinaran mata Bujang tidak sedikitpun menampakkan yang dia bergurau.

"Woah, Jang. Rilek ah...Adi tak maksudkan apa-apapun," seorang lagi rakan mereka, Marul menenangkan Bujang. Bujang melepaskan genggamannya perlahan-lahan.

"Pak Said masuk wad kan?"tanya Bujang. Adi dan Marul mengiyakan. "Kita pi tengok rumah dia malam nanti.

Ibubapa Razlan tiba lebih kurang jam 9.30 kerana mereka makan malam di luar. Tiada sesiapa di rumah itu tetapi Puan Wahida telah memberitahu mereka di mana dia menyorokkan kunci rumah jadi tiada masalah bagi mereka untuk masuk dan berehat.

Razlan dan Dilla tiba lebih kurang jam sepuluh kerana mereka terpaksa mencari tapis santan yang diperkatakan.

Kelihatan tiga orang samseng kampung sedang menyorok di balik pokok pisang yang merimbun.

"Uih kereta orang kaya,"tegur Adi.

"Aku dengaq si budak debab tu telah ditunangkan oleh Pak Said. Itu tunang dia ka?"kata Marul. Bujang menghela nafas panjang kerana dia amat mengharapkan itu hanyalah khabar angin.

Dilla keluar dari kereta dan lampu di laman yang terpasang, Bujang boleh melihat dengan jelas wajah Dilla.

"Ok. Tuan Razlan boleh balik. Dah dapat tapis santan. Saya masuk dulu. Assalamualaikum," kata Dilla kepada Razlan. Ketiga penyangak itu perlahan-lahan mendekati kawasan rumah.

"Dilla!"Razlan memanggil apabila melihat Dilla melangkah pergi. Langkah Dilla terhenti.

"Apa hal lagi?"

"Esok saya hantarkan?"kata Razlan.

"No thank you. Good night," kata Dilla sambil membuat isyarat supaya Razlan pergi. Razlan terdiam dan keluar dari kawasan rumah itu.

Bila Razlan hilang dari pandangan, Dilla cuba melangkah ke rumah tetapi tiga orang samseng kampung itu muncul di hadapannya.

Bujang bertepuk tangan menyindir.
"Hebat hang sekarang. Balik orang hantaq. Aku tengok hang lain sekarang," tegur Bujang yang kini berada dekat dengan Dilla.

"Sebelum ampa balik senget mulut, patah kaki dan pecah kepala, berambus dari sini."

"Uih cengei sungguh. Ang takkan lupa kat aku?" Kata Bujang masih dengan nada menyindir.

"Tak ada masa aku nak ingat kat ampa. Yang aku tau ampa blah dari sini," Dilla masih bertegas.

Ketiga mereka ketawa bersama-sama.

"Tak mau ingat ka saja buat lupa? Aku Bujang anak tok penghulu yang hang tolak masuk parit."

"Ei...tepi sikit aku nak masuk rumah sebab hari dah malam. Ampa pun blah sebab penyangak juga perlu tidoq."

"Sedap sungguh panggil aku penyangak."

"Memang betoi kan. Ok sebab hang suka no dengan suara aku yang merdu ni aku panggil lagi sekali,"balas Dilla.

Razlan yang baru saja sampai di simpang tertoleh ke tempat duduk Dilla. Dia terkejut beg duit Dilla berada di situ.

"Punyalah nak keluar dari kereta sampai tertinggal?" Bicaranya sendiri. Dia terus membuat u-turn pulang semula ke rumah Dilla.

"Tolong....penyangak!" Dilla menjerit sekuat-kuat hatinya. Itu mengejutkan Bujang dan rakan-rakan. Mereka menerpa kepada Dilla namun Dilla amat arif dengan karate dia dapat menangkis serangan.


Mengapa Aku?Where stories live. Discover now