1

3K 68 2
                                    

Hujan sudah tidak berhenti selama seminggu.  Dilla menjengah ke luar bilik kuliah. Kedengaran suara pensyarah memberi tips dan petua untuk peperiksaan dalaman minggu depan. 

"Dilla," panggil Cik Mawar pensyarah manis Pemasaran E-Dagang. Dilla masih leka memandang keluar. "Cik Dilla Riana!" keras nada itu menyanggah perhatian Dilla.

"Yes, Miss!" dia menjawab langsung berdiri. Ada kawan-kawan sekuliah yang ketawa kecil menyaksikan betapa jauh Dilla mengelamun.

"Are you dreaming?" Cik Mawar bertanya serius.

"No, miss. I was thinking that the rain will make it difficult for me to go to the library today."

"Oh, focus please. This project is 15%."

"Yes, miss. I am sorry," Dilla meminta maaf tersenyum-senyum.

"Please be seated." Dilla duduk. Ara menyikunya.

"Kau melamun sampai mana dah? Disneyland?"berbisik. Dilla menjeling kawan rapatnya. Ara menyembunyikan ketawa agar Cik Mawar tidak mendengar.

"Kau senyap!" Dilla berbisik memberi amaran keras. Telefonnya bergetar ada mesej yang masuk.

Are you thinking of me?

Mesej dari Ikmal. Dilla mencemik. 'Otak kau!'

Yes. I am thinking of strangling you.

Dia membalasnya tanpa segan silu.

😢😢😢😢😢😢😢
Sampai hati you cakap macam tu dengan I.

😡😡😡😡😡😡😡😡😡
Ikhlas ok? Dah out!

Mesej Dilla kepada Ikmal dia menoleh ke belakang dan menjelir lidahnya  kepada Ikmal.

Apa saja yang berkenaan Ikmal Hisham Ismail, Dilla sungguh tidak berkenan.  Lelaki itu terlalu berani mengusik, menggelarkannya macam-macam dan memberi kritikan tanpa dia mahu.

Tiga tahun dia bertahan dengan kata-kata Ikmal yang banyak mencemuh dari betul-betul ingin berkawan.  Baru awal tahun itu, Ikmal mengakui segala.

Tahun akhir,tahun kritikal bagi Dilla.  Ikmal, jejaka tinggi lampai berperawakan sederhana itu  sebenarnya meminati gadis comel yang bernama Dilla Riana Said.  

Hati Dilla sudah keras dengan Ikmal kerana terlalu menyampah.  Baru dia tahu bahawa selama ini Ikmal berbuat begitu kerana mahukan perhatiannya.  

Dilla Riana, senang di dalam dunianya sendiri, bersama lingkungannya sendiri, tanpa lelaki istimewa biarpun di kala itu, ramai kawannya yang sudahpun berpunya.

Dilla Riana, gadis ini hanya mahu menyudahkan pengajian, mahu bertapak di dunia sebenar.

Kelas usai Dilla bergegas ke kafe dan dikejar oleh Ara, kawan baiknya sejak tadika. Ikmal juga mengikuti mereka dari belakang.  Dia bertekad mengambil hati gadis itu dan mencari kemaafan kerana banyak mengusik Dilla Riana.

Sampai di kafe, dia terus menuju kepada nasi lemak daun pisang dan memesan kopi o panas untuk sarapan pagi.  Dia mengambil makanan dan minuman duduk di satu sudut tanpa mempedulikan Ara yang semput mengejar langkahnya.

"Eh, beb. Kau ni kenapa? Teruk sangat aku tengok muka kau pagi ni," tanya Ara meletakkan dulang yang berisi mi goreng.  

Dilla yang sedang menyuap nasi lemak mengikut perasaan gundahnya tersedak kerana pertanyaan Ara itu.  Ara menyuakan minuman sambil mengurut belakang Dilla.

"Parah kau ni.  Cuba makan perlahan-lahan.  Kelas kita lambat lagilah," ucap Ara lembut.  Ikmal duduk betul-betul bersebelahan meja.  Dia tidak mahu Dilla merasa tidak senang jika dia memaksa dirinya berkongsi meja dengan mereka.

Mengapa Aku?Where stories live. Discover now