28

775 34 1
                                    

Untuk  beberapa hari seterusnya, Dilla merasa sangat gembira menjalani praktikal kerana Danial benar-benar memastikan yang Razlan tidak mengganggunya. Setiap kali dia bertembung dengan Razlan dia akan menyembunyikan diri atau mengambil jalan yang lain kerana hatinya masih sakit. Ini sahaja jalannya untuk dia menghabiskan lagi tiga minggu praktikal di situ.

Sedang dia memfotostat telefonnya berdering.

"Assalamualaikum, mak!" sapa Dilla ceria. sudah 3 minggu tidak dihubungi oleh ibubapanya.

"Datang ke rumah Razlan malam ni. Mak, ayah, Uncle Adham dan Auntie Jamilah baru sampai," jawab ibunya. Nada suara ibunya agak pelik.

"Kenapa ni mak? Awat awal sangat balik? Mak sihat tak ni?" Balas Dilla terkejut. Dia baru teringat video cctv yang masih belum dihantar.

"Surprise!!!"ucap ibunya ketawa."Mak dan ayah ok. Dilla sihat?Lama kita tak makan bersama-sama. Datang ya. Tak yah bermalam pun," pujuk ibunya. 

"Ok, lepas kerja Dilla pergi ok mak?"

"Ok sayang. Dilla tengah buat apa tu?"

"Dilla tengah memfotostat bahan-bahan ni. Depa ada presentation esok," terang Dilla pantas. "Oklah mak, jumpa malam ni ya?"

"Ok, assalamualaikum," balas ibunya.

"Waalaikumusalam wrt." Perbualan dimatikan. Dia merenung telefonnya seketika. Dengan pantas dia menekan butang send menghantar video cctv tersebut kepada ibubapa Razlan dan juga ibubapanya.. Dia tersenyum. 'Padan muka kau!' dia menyumpah Razlan di dalam hati.

"Dilla, tolong bawa fail ni ke Jabatan Kewangan," arah salah seorang staf di situ. 

"Baik," dengan pantas dia mengambil fail dan terus menapak ke Jabatan Kewangan yang berada di tingkat 5. Dalam dia mahu melangkah masuk ke lif yang terbuka, kelihatan Razlan bersama David.  Dia memberi salam dan masuk ke dalam lif. 'Tak sempat nak lari,' desis hatinya.

"Your parents baru sampai dari London," kata Razlan memecah ketegangan suasana.

"Yes, I know thank you," kata Dilla. Loceng berdenting di tingkat 5 dia terus keluar tanpa menoleh. Lif tutup.

"You don't sound like yourself," tegur David.

"Yes, I am not myself," balas Razlan. Terus berdiam diri.

Selepas kerja, Razlan bergegas ke rumah kerana ibunya mahukan dia berada di rumah tepat 8 malam. Dilla juga bergegas ke rumah itu dengan menaiki kenderaan awam.  Razlan sampai di rumah dan terus bersiap untuk makan malam bersama ibubapanya dan juga ibubapa Dilla.

Sebelum makan malam, mereka berkumpul di ruang tamu yang serba indah. Masing-masing mendiamkan diri. 

"Er, kita tunggu siapa ayah?" tanya Razlan melihat jamnya. Adik-beradik yang lain tidak mahu berada di situ kerana mereka tahu Puan Jamilah akan mengamuk bila-bila masa.

"Assalamualaikum," kedengaran suara Dilla memberi salam. 

"Waalaikumsalam wrt.," sambut mereka beramai-ramai. Dilla bersalaman dengan semua orang dan memeluk ibunya lama-lama. Kerinduannya agak menebal selepas pertunangan ini. Dia tidak mengendahkan Razlan sepenuhnya.

Encik Adham mengeluarkan telefonnya dan mengaitkan siaran ke tv besar di situ. Keluarlah cctv Dilla membuat kerja-kerja atau tugasan yang diberikan oleh Razlan kepada Dilla. Razlan merasa sangat terkejut kerana ibubapanya mempunyai salinan cctv. Dia memicit dahinya yang tidak sakit.

"Pakcik, makcik, mak ayah kamu rasanya sudah membuat satu kesilapan yang besar terhadap kamu Razlan." Encik Said berkata. Dilla hanya menanti sahaja apa yang diperkatakan.

"Saya dan Jamilah meminta maaf bagi pihak Razlan, abang kakak." Encik Adham berkata,

"Abang dan kakak maafkan. Tapi abang rasa, kita putuskan sahaja pertunangan ini kerana nampak dengan nyata, Razlan tidak dapat menerima Dilla," tenang sahaja percakapan Encik Said. Terbeliak mata Dilla kerana rancangannya benar-benar memberi impak yang besar. 

"Abang!" kata Puan Jamilah terkejut. "Razlan memang perlu dihukum tapi tolonglah jangan putuskan pertunangan ini," rayu Puan Jamilah. Encik Adham menarik tangannya supaya duduk berbincang.

"Saya minta maaf pakcik, makcik.  Memang salah saya, tapi..."Razlan tidak tahu bagaimana hendak meneruskan kata-katanya.

"Pakcik sedar, Dilla ni lebih banyak kelebihan dari kekurangan. Kelebihan lemak-lemak."

"Ayah!"jerit Dilla.

"Pakcik juga sedar, Dilla tak seganding dengan Razlan. Jadi sebagaimana Dilla ditunangkan tanpa rundingan, pakcik menggunakan kuasa pakcik dan makcik sebagai ibubapa Dilla dunia akhirat, pakcik memutuskan pertunangan ini." Keadaan menjadi sunyi-sepi.

"Kak Ida, tolonglah," rayu Puan Jamilah memegang tangannya.

"Akak mempunyai pendapat yang sama. Razlan tidak sesuai dengan Dilla, dan Dilla tidak sesuai dengan Razlan." Puan Jamilah telahpun mengalirkan airmatanya.  

"Jadi malam ini, kita makan berdamailah ya. Semua hantaran yang Milah bagi masih berada di atas tepaknya.  Nanti kami akan menghantar balik semua barang hantaran itu kecuali makanan. Razlan nak kami tambah apa-apa lagi?" tanya Encik Said tersenyum. Ya, memang dia merasa sedih tetapi ini semua salahnya juga. Tiada perasaan hendak bermusuh pun tetapi kali ini, dia akan menyelamatkan anaknya sendiri. Dilla yang ternganga seperti tidak percaya apa yang didengarinya.

'Daebak! Aku bebas, akhirnya.' jerit hati Dilla.

"Dilla, tolong maafkan Razlan," pujuk Puan Jamilah. Dilla tersenyum.

"Di atas apa yang telah dia buat kepada Dilla, Dilla sebenarnya berterimakasih kepada Encik Razlan kerana deraan dia membuatkan Dilla kurang 7 kg. Jadi kosong-kosong. Dilla harap auntie akan mendapat menantu yang benar-benar sesuai dengan Tuan Razlan," jawab Dilla tersenyum. 

"Sekejap, saya nak tanya sesuatu kepada Dilla," kata Razlan menarik Dilla pergi dari situ. Sampai di luar rumah Dilla menyentap tangannya supaya terlerai daripada genggaman Razlan. "You sent the video?"

"10 markah! Yes, I did." jawab Dilla berani. 

"Ok, kita putus tunang, praktikal awak gagal." ugut Razlan ada getar dalam suaranya. Dilla memandang ke atas dan telunjuk di dagunya.

"Fail ya? hmm....ok! No problem. Nanti saya akan nyatakan dalam laporan kenapa saya digagalkan. And then I will alert the press. And your bachelorhood will be very colourful. I hate you really really hate you. Tak dapat nak bayangkan betapa saya bencikan awak. Jadi sekarang awak nak buat apa lantaklah. Good bye and get lost! Adios!" cemik Dilla cuba untuk melangkah pergi. Razlan menarik lengannya dan dia berpusing menghadap Razlan. Fikiran Razlan bercelaru. Separuh dirinya mahukan pertunangan ini diputuskan, sebahagian lagi sudah mula menyukai gadis yang bernama Dilla Riana.

"Maafkan abang. Abang berjanji I will treat you better."

"You are forgiven but not forgotten. You wanna treat me better? Kita mula sekarang. Akur dengan keputusan ini. I call it even. Dilla akan lupakan segalanya dan kita berada di tempat yang sepatutnya. We will avoid each other. Saya ada tiga minggu sahaja lagi. It is up to you, nak gagalkan ke, nak apa ke. Saya akan cuba sedaya mungkin."

"Sukalah ya, dapat pergi kepada Ikmal tu kan? Chen Ming pun ada dan sekarang Danial pun kau nak pikat?"

"Terpikat ke?" jawab Dilla mengangkat satu kening. Dilla ingin lagi berkata-kata tetapi kata-kata itu bukanlah yang boleh dibanggakan jadi dia meninggalkan sahaja Razlan di situ keseorangan.

Mengapa Aku?Där berättelser lever. Upptäck nu