15

792 36 2
                                    

Hari yang ditunggu telah pun tiba. Selepas subuh, Dilla bersiap sehabis baik untuk hari pertama. Dia memakai baju kurung merah jambu berjalur hijau muda dan selendang hijau muda.  Dia melihat dirinya di dalam cermin. 'This is going to be my strongest day. Biar apa pun bujang terlajak itu merancang aku mesti cekal menghadapinya,' kata hatinya.  Dengan solekan ala Doll lembut, dia mencapai beg tangannya dan bergegas keluar.

Rumah sewa Dilla adalah apartmen dua bilik. Rakan sebiliknya ialah seorang pensyarah MMU yang juga sepupu Farah. Perjalanan ke Cybernetics berjalan kaki adalah selama 15 minit. Dilla menyimpan kasut tinggi dan memakai kasut sukan sahaja kerana itu lebih selesa. Dilla merasa positif kerana berjaya sampai ke bangunan Cybernetics itu tepat 15 minit berjalan santai. Dia diarahkan ke tingkat 5 kemudian ke tingkat 7. 

Razlan hanya perlu bertanya kepada David sama ada Dilla telah datang bekerja atau tidak. Dia juga menanti-nanti hari ini. Selesai urusan Dilla di tingkat 5 dia menunggu di tingkat 7. Ada beberapa orang lagi yang menjadi intern di situ dari berlainan universiti. Dari jauh Razlan dapat mengagak yang gadis bertudung hijau lembut itu adalah Dilla kerana gadis yang paling tinggi dan paling besar antara 4 orang yang dihantar.  Razlan menulis mesej kepada Dilla,

'Jangan bagi sesiapa tahu yang awak tunang saya, faham?!' Dilla membaca mesej itu dan mengeluh. Pagi-pagi lagi buat aku naik angin. Dia tidak membalaspun mesej itu. Razlan mengambil tempat di dalam bilik konferens yang besar itu. HR Manager memperkenalkan satu persatu intern dan ke mana mereka akan ditempatkan. 

"Baiklah, interns do you have anything to say?" tanya HR Manager itu di rostrum. Tiga yang lain memberikan sepatah dua kata seperti terima kasih dan sebagainya. Ramai ketua-ketua unit di situ. Tiba giliran Dilla untuk bercakap.

"Assalamualaikum, and a very good morning. My name is Dilla Riana bt Said. Dan saya harap saya dapat bekerjasama dengan anda semua." Dia mendapat tepukan dari semua yang hadir. Razlan dari tadi hanya merenung Dilla supaya dia dapat menggerunkan Dilla Riana. "Oh, satu lagi, saya ialah tunang kepada CEO Cybernetics Global iaitu Encik Razlan Shaari," bergema suara Dilla melalui mikrofon. Semuanya senyap dan memandang Razlan. Muka Razlan berubah, dia seperti hendak menelan Dilla di situ. Ariqa anak Datuk Anding, Pegawai Perhubungan Awam yang mula-mula ketawa. Kemudian diikuti oleh semua yang ada di situ kecuali Razlan, David dan Chen Ming.  Dilla turut ketawa. "Saya juga suka bergurau, saya akan cuba berusaha bersungguh-sungguh menimba ilmu di sini," kata Dilla sambil menundukkan kepalanya. 

Dia menyerahkan balik mikrofon kepada HR Manager dan berdiri di belakang.  Dia menitip mesej kepada Razlan.

"You don't have to worry. No one will believe me. Rest assured, ok?" Dilla tersenyum. Puas hati kau? kata hatinya kepada Razlan. HR Manager memperkenal Chen Ming kepada Dilla kerana tiada siapa yang tahu mereka adalah kawan.

"Chen Ming, you will be responsible for Dilla Riana. Dilla he will be your supervisor here in Cybernetics. if you have any questions you can ask him," terang HR Manager itu. Dilla berterima kasih kepada pengurus itu. Pengurus itu meninggalkan mereka berdua.

"So." tegur Chen Ming.

"So?" balas Dilla tersenyum. 'Ah, Ming, senyuman kau menawan!' pujinya dalam hati.

Razlan memanggil HR Manager untuk pergi kepadanya.

"Chen Ming is her supervisor here?" dia cuba memastikan.

"Yes, sir. I think she will learn a lot from him," pengurus cantik yang bernama Pushpa Khanna itu menjawab. "Is there anything else?"

"No, you may go," jawab Razlan masih lagi mencuri pandang kemesraan Chen Ming dan Dilla. 'Apalah yang kau tengok dengan budak montel tu. Besar sangat sampai tak tahu nak tengok apa,'herdiknya di dalam hati.

"So what's my first task?"tanya Dilla tersenyum.

"I can answer that," sampuk Razlan yang sudahpun berada di tepi mereka. Dia berbisik kepada David dan David cepat keluar. 

"Sir," tegur Chen Ming.

"I am paying your salary, no?"balas Razlan. Terkejut Dilla dan  Chen Ming mendengarnya. David datang membawa mop lantai. "Your first task is mopping the stairs dari tingkat 1 ke tingkat 15 faham?"

"What?" kata Chen Ming terkejut.

"You are not allowed to help her, understand?"

"But sir..."

"I will fire you if you help her," keras nada Razlan itu. Dilla menyentuh lengan Chen Ming sebagai tanda jangan melawan. Menyirap darah Razlan melihat reaksi Dilla. 

"It is okay, sir. I will do it! Consider it done," kata Dilla. Chen Ming ingin mengatakan sesuatu tetapi pegangan Dilla makin kuat. Chen Ming menurut sahaja. Chen Ming menundukkan kepalanya tanda dia menerima keputusan itu.  

"Di sini tempat bekerja bukan tempat bercinta, faham?"

"Acknowledged. Thank you, sir," jawab Dilla. Razlan hanya memberi pandangan tajam.

"Have a nice day, Encik Razlan," kata  Chen Ming mendatar.

"Indeed I will," katanya sambil tersenyum sinis.  Mereka melihat sahaja Razlan bersalaman dengan intern yang lain. David menyerahkan mop itu kepada Dilla. Dilla memberikan senyuman ikhlas kepada David. 

"Thank you. Can you show me which stairs?" tanya Dilla. Chen Ming cuba menghalang. "Ming, I will see you after work?" kata Dilla. Chen Ming melihat kasut Dilla. 'Ah, kenapa kasut tinggi?'kata hatinya. 

"Answer my calls ok?" pesan Chen Ming apabila Dilla berjalan mengikuti David. Dilla hanya melambai. Dia dibawa ke tingkat 1 melalui lif dan ditunjukkan tangga yang perlu dimop berkilat. David membawa baldi dan juga sabun untuk Dilla. 

"Thank you," Dilla berkata. 

"We have cctv here. See there!" kata David menunjukkan dua cctv di tangga.

"Baiklah. Saya perlu mula sekarang takut tak habis by 5 pm," kata Dilla manis. Dia suka melihat David jejaka tampan dan pendiam tapi matanya seperti berkata sesuatu.

"You must have a very happy marriage," ucap Dilla.

"Marriage?"

"Yes, you are so calm and collected. Only people from a happy home boleh jadi macam tu," kata Dilla. 

"Thank you for saying that," kata David. Dilla mengangguk. 

"Jumpa lagi!" Dilla melambai. Tinggallah dia keseorangan. 'CCTV ya! No hal, berkilat tangga ni tau!' desis hatinya.  Dia bersusah payah pergi ke tandas dan mengisi baldi dengan air dan juga pencuci lantai. Dia mula bekerja bersungguh-sungguh. "Oh, yes, kerja-kerja macam ni mesti ada radio!"  dia mengeluarkan earphone dari beg tangan yang diselempangkan dan mula mengemop. Razlan yang berada di pejabatnya hanya memerhatikan sahaja gelagat Dilla mengemop tangga.

Setengah jam kemudian, Chen Ming datang mencari Dilla. Dilla baru sahaja menghabiskan tingkat 3. 

"Riana!" panggilnya. 

"Ming! What are you doing here?"

"I nak hantar ni," kata Chen Ming menghulurkan satu kotak kuning.

"Apa ni?"

"Bukalah," Chen Ming menyuruh Dilla. Dilla tersenyum.

"Kasut?"

"Kasut sukan. Pakailah. Nanti kurang sikit sakit kaki," katanya lagi. Razlan yang sedang menandatangani fail di hadapannya tertengok Chen Ming memberi kasut sukan kepada Dilla ,melalui cctv. Dia tekun memerhatikan. Chen Ming mengeluarkan kasut dan meletakkannya ke lantai selepas dilla menyarungnya, dia mengemaskan ikatan tali kasut.

"Ming, you don't have to do this. I can handle this. I bawak kasut sukanlah," kata Dilla. 

"I know, but let me do this for you. Accept this as a welcoming gift," kata Chen Ming. 'The sweetest man on earth,' puji Dilla dalam hatinya. "Ok, dah sudah! I need to continue my work."

"Terima kasih!" kata Dilla. Dia meletakkan kasut tingginya ke dalam kotak kasut sukan. Razlan sungguh tidak percaya yang Chen Ming sanggup berbuat begitu. 

'Kau menang lagi Dilla.' desis hatinya sambil menumbuk mejanya.

Mengapa Aku?Where stories live. Discover now