11

729 32 3
                                    

Razlan yang merasa tidak selesa meminta diri untuk menghirup udara kampung. Dia tidak pernah takut dengan sesiapa tetapi dia akui dia takut dengan renungan mata abang-abang Dilla.

Razlan mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon David ketua keselamatan Cybernetics Global. yang selalu diupah untuk menyiasat kes-kes syarikatnya.

"Hello, David."
"Yes, Encik Razlan."
"I need your help. I will give you a whatsapp message now."
"Yes, boss." Telefon dimatikan.

Razlan mencari gambar Dilla dalam telefon bimbit yang dihantar oleh Ruhila yang diambil dari instagram dan facebook Dilla dan mengirimkannya kepada David.

Razlan's message:
Full name: Dilla Riana
Age: 23
Left home .no trace.
UKM student.

David's message:
Understood. Will inform u a.s.ap

Razlan menghela nafas panjang. 'If she's not found, I am done,'desis hatinya. Dia pasti ramai yang akan menyalahkan dirinya.

Dia memeriksa facebook Dilla. Dia terkejut kerana Dilla telah deactivate semua akaun media sosialnya. 'Keras hati budak ni,'fikirnya. Dia mengurut tengkuknya. Baru sekejap hadir dalam hidupnya sudah terasa tunggang terbalik.

Mereka meminta diri untuk pulang ke Kuala Lumpur setelah dua jam di sana.

"Kita cari Dilla sama-sama," janji DAtuk Adham kepada keluarga itu. "Nanti update kan kami kalau ada apa-apa ya?" Mereka bertolak balik menaiki kapal terbang. Razlan banyak mendiamkan dirinya ketika pulang ke Kuala Lumpur.

Melihat keadaan Puan Wahida menimbulkan rasa simpati. Razlan sempat melelapkan mata untuk merehatkan mindanya.

Usaha Dilla sia-sia kerana masih tiada kebenaran bertukar tempat praktikal.

"Susah sangat ke?!! Hi,geram betul!" Dia berjalan ke kamsis. Dia membelek telefonnya. Rindu hendak berchatting tapi dah ini jalan yang dipilih.

Dah masuk 3 hari dia mendiamkan diri. Facebook,instagram dan whatsapp semua disenyapkan dari yang selalu berkomunikasi dengannya. Dia pasti tiada yg dapat mengesan lokasinya.

Mesti mak dan ayahnya sedang bergembira berkemas hendak ke London tak lama lagi. Siapalah dirinya. Macam bola saja untuk mak dan ayahnya. Sedang asyik dia melangkah terdengar suara memanggilnya. Dia menoleh ke arah suara itu.

Razlan yang lengkap bersut bersandar di kereta mewahnya. Dia menanggalkan kacamata gelapnya.

Dilla terkejut tetapi dia dapat mengawal rasa itu. Dia hanya memandang dan meneruskan langkah.

"Hai, tunang sendiri pun tak kenal?" Tegur Razlan. Dilla melepas keluhan berat.

"Leave me alone,"katanya terus melangkah.

"Dapat tukar tempat?"jerit Razlan masih lagi bersandar di kereta dengan wajah selamba. Dilla berpusing dan berjalan ke arah Razlan.

"Mana awak tahu?" Kata dia seraya berdiri di hadapan Razlan. Razlan mengangkat bahu.

"Cybernetics Global is top ten 75 billion company in Asia. Consider yourself lucky,"kata Razlan. Dilla mengetap bibirnya. "Your cgpa is not that impressive,"tambah Razlan menyakitkan hatinya lagi.

"You're right. Goodbye," dia berpaling dan mahu berlalu.

"Awak ni mementingkan diri kan?"

"Excuse me?"

"You changed your number you deactivated all your social media accounts and said nothing to your family?"komen Razlan.

"You should be thankful because I am helping you to annul the engagement," kata Dilla sinis.

"Woah," balas Razlan. "Kalaulah awak rupa macam Selena Gomez masa berkata begitu,impact nya cukup besar. Tapi dengan ini," kata Razlan dengan menggerakkan tangan kanannya ke atas dan ke bawah. Dilla terasa mahu saja dia menampar lelaki egois di hadapannya.

"Are you finished?" Kata Dilla merenung tajam.

"With you I can go on and on."

"Oh, how's that?"tanya Dilla yang mengawal kemarahan.

"You are an epitome of a man's nightmare"

"Excuse me?!" Nada Dilla sudah tinggi.

"Cermin diri tu jangan berlagak sangat. Saya datang ke sini bukan nak pujuk. Nak beritahu mak awak tengah susah hati kat rumah. Tak makan dan tak bercakap dengan ayah awak. Dia menyalahkan ayah awak di atas segalanya. Kalau awak tak balik, selagi itu mak awak tak mahu mempedulikan ayah awak,faham?" Tersentap Dilla dengan makluman Razlan. Dia tiada idea hendak membalas kata-kata Razlan.

"Thank you for informing," kata Dilla mendatar, dia cuba mengatur tapak lagi sekali.

"Saya bagi awak 15 minit untuk pergi bersiap dan mengemas dan ikut saya sekarang. And that's not a request." Dilla menjeling tanda tidak puas hati.

"Don't waste your time," balas Dilla jengkel.

"It is already wasted. Awak ikut cara baik atau saya tak teragak-agak memaksa awak ikut saya," kata Razlan memberi isyarat kereta belakang dan dua orang lelaki sasa keluar dari situ.

"Awak ni ketua gangster ke?" Sindir Dilla. 'Kalau kau rasa aku takut kau silaplah. Juara karate Asia bawah 18 tahun ni,'desis Dilla dalam hati.

"15 minit!" Razlan mengingatkan lagi. Dilla berpaling dan meneruskan langkahnya tidak laju dan tidaklah perlahan. Cukup untuk dia mencari jalan untuk mengelak dari mengikut Razlan pulang. 'Macamana dia boleh cari aku ni?'soalnya dalam hati.

Razlan dan kereta sebuah lagi hanya mengikutnya di belakang. Dia menoleh lagi dan menjeling.
'Nak cepat tumpangkanlah ni dak...mengarut tul,'bebelnya di dalam hati.

Telefonnya berdering. Dilla merasa pelik kerana tiada siapa yang tahu nombor baru kecuali farah junior yang memberi pertolongan.

"Boleh jalan cepat sikit tak?"

Dilla menoleh dan melihat Razlan sedang memerhatikannya.

"Hii! Macamana dia tahu nombor aku?" Jeritnya setelah mematikan telefon. Dia sampai di perkarangan kamsis dan terus masuk ke dalam.

Dia mengambil beg notebook dan meletakkan dua pasang persalinan. Dia menulis nota untuk Farah yang dia akan pulang semula mengambil pakaiannya.

Dia melihat jam tinggal lagi 5 minit. "Ok Encik Razlan, you are going to be bloody amazed how I can run away from you," katanya ketawa. "Let's have some fun today. Sungguhpun aku gemuk bukan bermakna aku tak flexible," katanya lagi tersenyum.

Dia memakai hoodie dan backpack untuk menyamar. Dia keluar ikut entrance yang satu lagi. Langkahnya terhenti kerana dua orang lelaki sasa sedang menunggu di pintu belakang. Ada dua orang siswi sedang lalu di hadapannya dan dia berjalan di tengah-tengah mereka.

"Adik mintak tolong. Klinik Kesihatan kat mana ya?" Seraya berjalan bersama.

"Jalan belah sana kak,"jawab adik-adik yang naif.

Sampai di hujung laluan pejalan kaki dia mengucapkan terima kasih. Lepas dari lelaki sado. Dia berlari ke masuk ke dalam laluan fakulti untuk mengelak dari dikesan. Dia berlalu ke hentian bas dan terus naik bas yang baru sahaja sampai.

Razlan melihat jamnya sudah Dilla sudahpun mengambil masa 25 minit. Dia menekan nombor Dilla. Dilla telah pun mematikan telefon. Razlan menelefon pembantu-pembantu sasanya.

Razlan menendang tayar keretanya. "Dilla!" Geram sungguh di hati Razlan. 'Perempuan jenis apa ni?' dengus hatinya. Lelaki-lelaki sasa itu mendapatkan Razlan.

"Sorry, tuan. Kami dah berkawal di pintu keluar satu lagi. Tak nampak pun,"terang salah seorang dari mereka. Mereka sebenarnya ialah pegawai keselamatan di bangunan Cybernetics.

Mengapa Aku?Where stories live. Discover now