Kepala Otak

22 0 0
                                    

"Aduhhh, sakitnya kepala ni." Rintih dia sambil memicit kuat kepalanya.

Dah berapa hari dah, sakit kepalanya makin menjadi-jadi pula. Bila nak baik ni? Nak kata ubat tak makan, dah bermacam jenis ubat dah dia telan. Sejak balik dari hospital tempoh hari, memang dia berteman ubat yang doktor berikan sahaja. Kata doktor, sakitnya itu biasa-biasa. Tapi entah lah. Kalau sakit biasa-biasa, sampai bila dia kena rasa sakit itu?

Dia bangun dari perbaringan. Untuk seketika, pandangannya gelap. Dia berdiri sambil memegang erat besi katil. Matanya dikerdip berkali-kali. Makin menjadi-jadi pula sakitnya ni.

Dengan rasa sakit yang teramat sangat itu, dia berjalan terhuyung-hayang menuju ke dapur. Sampai di dapur, sebiji gelas dia capai. Laju tangannya menadah air minuman. Setelah penuh air yang ditadah, dia menuju ke meja makan. Gelas diletakkan di atas meja. Sebakul ubat-ubatan ditarik dekat. Dia mula menyelongkar bakul ubat-ubatan itu. Mencari ubat yang tertulis 'ubat tahan sakit'.

Setelah beberapa ketika, ubat yang dicarinya tak jumpa. Dia mengeluh, ubat-ubatan itu dicampak jauh dari pemandangan. Habis berselerak dapurnya dengan ubat-ubatan di lantai. Dia memegang kepalanya dengan harapan dapat mengurangkan kesakitannya. Walaupun begitu, rasa sakit itu masih ada. Dia bangun meninggalkan dapur. Ketika di ruang tamu, rasa sakit di kepalanya tidak lagi mampu dia tahan. Dia akhirnya terjatuh dan rebah di lantai. Dia pengsan.

...

"Heyy... Bangun..."

"Heyy..."

Badannya seolah digongcang sesuatu. Dengan rasa berat, dia cuba memaksa otaknya supaya berfungsi untuk membuka matanya itu. Dia melihat sekeliling. Ruang tamu rumahnya ketika itu kelihatan sangat kelam. Gelap hanya disuluhi lampu jalan.

"Apa jadi pada aku ni?" Soalnya sendiri.

Kepalanya terasa berdenyut. Setelah beberapa ketika, baru lah dia sedar akan kejadian sebenar. Dia rebah di lantai ini tadi. Tapi...

"Siapa yang kejut aku tadi?" Suaranya sedikit tenggelam.

Dalam keadaan yang kelam itu, dia cuba mencari di dalam kegelapan jika ada terlihat seseorang di rumahnya saat itu. Peluh ketakutan mula membasahi badannya. Dia tersedar dari pengsan tadi kerana ada orang yang mencuit badannya. Dia bukan sedar secara sendiri. Ada orang yang menyedarkannya. Tapi siapa?

"Cari apa tu?" Bisik satu suara dekat di telinganya.

Dia terkaku buat seketika.

"Jangan takut..." Pujuk suara itu.

"Kau siapa? Kau nak apa dari aku?"

Dia memberanikan diri melihat sekeliling. Tiada siapa. Tapi dari mana datangnya suara itu? Siapa yang memecah masuk rumahnya? Untuk apa orang itu ke rumahnya? Setahu dia, dia tidak mempunyai musuh. Ingin mencari kawan pun dia tidak berani, apatah lagi mahu mencari musuh.

Sakit kepalanya menyerang lagi. Dia memegang kuat kepalanya. Memicit-micit dibahagian atas kepala.

"Arghhh!!!" Dia menjerit.

Sakit yang dirasakan saat ini tidak mampu ditanggung lagi.

"Bawa bertenang. Aku boleh tolong kau. Kau sakit kan?" Bisik suara itu lagi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 15, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CurhatWhere stories live. Discover now