cabaran 8 tempat keempat

26 11 8
                                    

ahlisihir_kecil

Tema:Cerita Mengikut Lirik Lagu

Lagu:Mirae Kiroro.

      Hoora ashimoto wo miitegoran~
      Kore ga anata no ayumu michi~
      Hoora mae wo miitegoran~
      Are ga aanata no mirai~

      "Apa maksud dia?"Mirae menggaru kepalanya yang tidak gatal.Hujan lebat menjadi latar senandung jepun yang dinyanyikan oleh lelaki tua itu.Perhentian bas sunyi tanpa orang.

      "Kamu rasa?"lelaki tua itu bertanya kembali.Janggutnya diusap.
Sengihan lebar diberikan.

      Mirae melepaskan keluhan.Kenapalah dia layan lelaki tua tak waras ini?Sepatutnya dia tunggu sahaja bas tanpa hiraukan dia.Kasihan?Itu alasannya?Jadi gila sekali adalah.

      Tapi..senandung yang dinyanyikan olehnya amat menarik perhatian.Selalunya lelaki ini nyanyikan lagu orang gila asli.Terpekik lolong sambil melompat-lompat.Ini tidak....lagu itu.

      Lagu itu berjaya menyentuh hatinya.

      "Pakcik.Saya tanya pakcik,pakcik tanya saya balik.Stress ah."vape dikeluarkan.Muncungnya dihisap lalu dihembus asapnya ke udara.

      Lelaki tua itu memandang pelik.Mata kanan dibesarkan dan mata kiri dikecilkan.Dia mengesot jauh.

      Pandangan pelik dibalas dengan pandangan berkerut.Memang lelaki ini gila.Aku pun gila sebab layan lelaki gila ni.Nanti aku pun makin gila.Dia pun turut lagi gila.Last-last,kami menggila sama-sama.

      Tunggu..apa aku merepek ni?

      "Saya yang patut stress.Saya tanya kamu tak jawab."lelaki itu memuncung.

      "Saya yang tanya dulu."

      "Saya lagi tua dari kamu.Jadi kamu kena jawab dulu."selamba nada lelaki itu menjawab.

      Mirae menyandar pada dinding bus stop.Bahunya diangkat tinggi.Tanda tak tahu.

      "Lihat,apa kau lihat.Apa yang ada di kakimu?"tiba-tiba lelaki itu merepek.Kepalanya disengetkan.

      "???....kasut sniker Yamaha??"perempuan yang bernama Mirae mengerutkan dahi sambil memandang kakinya.Kasut Yamahanya yang laju bagai halilintar?Gila ke?

      "Inilah jalan yang kau lalui...."lelaki itu mengangguk.

      Apa?Aku berjalan di atas kasut sniker Yamaha???

      "Lihat,apa yang kau lihat.Apa yang  ada di hadapanmu?"lelaki itu merepek lagi.

       Segera Mirae mengecilkan matanya.Melihat apa yang berada di hadapannya disebalik hujan lebat.

      "Pokok oak dengan monyet di atasnya???"

      "Haaaaaa.....itulah masa hadapan kamu!"lelaki itu tersenyum riang.Mirae terlopong..

      Poooofff!Lelaki itu memetik jarinya dan hilang di sebalik kepulan asap.Mirae takut dan mula menggigil.

      Dia terus bangun dan langkah seribu!

      Maksud lirik:-

      Lihat,apa yang kau lihat.Apa yang ada di kakimu?
      Inilah jalan yang kau lalui.
      Lihat,apa yang kau lihat.Apa yang ada di hadapanmu?
      Inilah masa hadapanmu.

TIC Challenge ( DIVISION )Where stories live. Discover now