015

411 57 28
                                    

12 - 91

"Omma, mana Taeyeon? Awal pulak dia turun hari ni" soal Tiffany apabila nampak omma nya berjalan ke pintu rumah.

Puan Hwang pandang anaknya yang baru turun, lalu dia mengukir senyuman. Beg kerja di ambil di atas sofa.

"Taeyeon awal awal lagi dah keluar, nak joging katanya"

"Eo? Serius?" Tiffany menjegilkan matanya. Macam tak percaya.

Puan Hwang mengiakan. Dia melangkah keluar rumah, di ikuti Tiffany di belakang.

"Yalah. Dia cakap Tiffany cakap dah naik sikit, tu yang kalut semacam. Tapi omma tengok badan dia maintain je"

Tiffany sengih.

"Urm... tak apalah omma. Tiffany nak pergi tengok Taeyeon kejap, mesti dia joging dekat dekat sini jugak. Macam semalam. Omma nak pergi kerja dah erk?"

Puan Hwang sekadar mengangguk, dia melangkah masuk ke dalam kereta. Tiffany melambai pada omma nya, lalu melangkah keluar selepas mengunci pintu. Dia nak pergi tengok perkembangan rakannya itu. Entah entah dah terlebih kurus pula.

Dalam sepuluh minit Tiffany berjalan, barulah dia nampak akan kelibat Taeyeon yang sedang duduk bersama seorang lelaki. Dari pandangan Tiffany, lelaki itu masih belajar. Ataupun baru lepas Universiti.

Perlahan lahan Tiffany mendekati Taeyeon yang rancak berbual. Di selangi dengan tawa lagi. Macam lama sangat kenal.

"Hai" tegur Tiffany.

Taeyeon dan lelaki itu menoleh ke belakang, cepat cepat lelaki itu bangun. Dia menunduk hormat, mengukir senyuman pada perempuan yang berdiri juga tersenyum padanya.

"Lah, Jungkook. Ingatkan siapalah tadi dengan kawan noona ni, patutlah nampak macam kanak kanak lagi" Tiffany pegang bahu Jungkook.

Taeyeon turut bangun. "Kenal antara satu sama lain ke?"

"Mesti. Dah tinggal dalam taman yang sama, takkan tak kenal"

"Betul tu" balas Jungkook sambil mengukir senyuman.

"Macam mana pelajaran sekarang? Bila habis?"

"Ada satu exam lagi, lepas tu tamatlah. Dan Jeon Jungkook bukanlah pelajar Universiti lagi. Dan bolehlah tidur sampai tengah hari" Jungkook angkat tangan ke udara tinggi tinggi.

Belakang badan Jungkook di tepuk perlahan.

"Tu je lah yang ada dalam fikiran kau tu wahai anak Jeon"

Jungkook senyum. Senyuman dia ni memang boleh buat orang sekeliling hilang nyawa lima saat.

Tiffany pandang Taeyeon.

"Dah rasa berat badan maintain balik ke?" Soalnya dengan nada mengusik.

Taeyeon perhati tubuh sendiri. Jungkook juga pandang Taeyeon dari atas sampai bawah, dahinya berkerut seribu.

"Kenapa? Gemuk ke? Taklah, nampak kurus macam biasa je. Rasanya badan Taeyeon noona lagi kurus dari badan Tiffany noona" Jungkook sengih macam kerang busuk bila dia perasan Tiffany sudah menjegilkan matanya pada dia.

Perhatian Taeyeon terarah ke arah Tiffany, dia perhatikan tubuh Tiffany pula.

"Ha'ah, betul apa yang Jungkook cakap tu. Badan aku lagi nampak kurus dari kau, Tiffany"

Tiffany mencebik. "Memanglah. Semalam sengaja je aku nak mengusik kau tapi tak sangka pulak kau percaya apa yang aku cakap tu" akhirnya Tiffany berterus terang.

[✔] 나는 네가 필요해 I Need YouWhere stories live. Discover now