024

345 53 18
                                    

21 - 91

Shopping♪ Shopping♪ Shopping♪

Tersengih sengih dia dari tadi apabila dapat juga keluar pergi shopping bersama Tiffany. Budak ni sekarang bukan main susah lagi nak ajak berjalan jalan. Shopping sama sama pun dah jarang, padahal membeli belah ni adalah salah satu perkara yang Tiffany suka buat.

Tangannya di tarik ke belakang secara mendadak membuatkan dia terjatuh. Dia mengaduh kesakitan, berkerut dahi jadinya. Terasa kebas di punggungnya.

Tak tak sampai beberapa saat dia jatuh, ada sebiji kereta di pandu agak laju melalui jalan yang dia mahu lintas sebentar tadi.

"Lain kali tengok kiri kanan dulu sebelum lintas, kalau aku tak tarik kau mesti sekarang ni aku dah cemas" bebel Tiffany sambil menolong Taeyeon bangun.

Sambil mengerutkan bibir sendiri, Taeyeon bangun dengan bantuan Tiffany itu. Di dalam hati ni dah bersyukur sangat sebab Tiffany menarik dia. Kalau tidak memang selamat dia masuk dalam hospital. Terpaksa jugalah mereka batalkan percutian mereka ke Pulau Redang.

"Aku hairan, orang yang pandu kereta tadi tu macam memang sengaja nak langgar kau. Yalah, takkan dia perasan kau nak lintas. Makin laju pulak dia pandu" Tiffany bercekak pinggang sambil perhatikan jalan yang di lalui kereta tadi.

"Kau ni tak baik tau berburuk sangka dengan orang," Taeyeon membelek tangannya yang sedikit terluka.

"Dah lah, kita datang untuk beli beberapa helai pakaian nak bawa pergi Malaysia. Kalau lambat, kejap lagi Baekhyun merajuk pulak" Taeyeon menarik lengan Tiffany melangkah masuk.

"Entah entah, Yerin tak yang nak langgar kau tadi?"

Langkah mereka berdua terhenti, betul betul selepas melepasi pintu kaca automatik itu. Taeyeon mengangkat kening sambil memandang Tiffany yang terangguk angguk.

"Takkanlah, aku tak ada buat salah apa apa pun dekat dia. Kenapa dia nak langgar aku? Buang tabiat?"

"Mungkin dia dengki dengan kau sebab Baekhyun layan kau baik, tapi dengan dia Baekhyun tak layan pun" Tiffany memberikan alasannya sambil menarik tangan Taeyeon. Macam tak ada tempat lain diaorang nak berbual.

"Takkan kut?"

"Aku pun tak tahu,"

Taeyeon buat muka. Tadi bukan main lagi serius budak Tiffany, akhirnya dia pun tak tahu juga.

"Sudahlah kau, bosan"

Taeyeon berjalan meninggalkan Tiffany sendirian.

Tiffany berlari anak mendapatkan Taeyeon. "Okey, kita tutup pasal benda. Aku pun tak tahu, jadi balik pada apa yang kita nak buat dekat sini"

"Tahu pun kau, nak bagi teori nanti je lah. Aku ni tak ada banyak masa kalau dah ajak keluar pagi macam ni. Kau bukan tak tahu, sekarang ni aku kena jadi peneman setia Baekhyun. Kau pun yang pergi ajak aku time ni kenapa? Ajaklah petang petang kejap lagi ke" Taeyeon berjalan sambil membebel.

"Eh, jangan nak salahkan aku sorang je okey. Kau pun salah, siapa yang suruh kau setuju nak keluar pagi ni dengan aku, kenapa kau tak bagitahu nak keluar petang je?" Tiffany pandang Taeyeon sambil berjalan.

"Ha'ahkan," Taeyeon pandang Tiffany juga.

Tiffany mengangguk laju.

"Tak apalah kalau macam tu, jom cepat. Aku nak beli dalam dua atau tiga helai baju je. Kau?"

"Lima"

"Okey" Taeyeon senyum.

"Aku dah ada sehelai dekat rumah, tak sabar aku nak pakai nanti" Taeyeon tersengih. Hanya dia seorang sahaja faham dengan maksud sengihan ini.

[✔] 나는 네가 필요해 I Need YouOù les histoires vivent. Découvrez maintenant