"Siapa kata akak tak rindu adik-adik akak yang comel ni? Mesti la akak rindu sangat-sangat. Tak ada Iqbal dan Iqmal bosan tau hidup akak. Macam mana dengan pelajaran adik-adik akak ni?" kata Diana terus memeluk badan mereka berdua.

    "Kami pun sentiasa rindu akak. Selamat time kami dapat keputusan PT3 akak ada... Kalau tak, mesti sekarang kami tengah merajuk dengan akak." kata Iqbal saja nak bermanja dengan kakaknya. Sekarang Iqbal dan Iqmal sudah berumur 22 tahun. Iqbal sedang sambung belajar lukis macam Muzaffar manakala Iqmal sedang sambung belajar Medical macam Diana.

    "Amboi budak kembar ni! Saja nak manja dengan akak kan? Dah jom balik. Akak bosan duduk dekat UK ni lama-lama." kata Diana sambil memegang tangan adik kembarnya itu. Mereka sekeluarga pun dah tinggal di UK ni seminggu jadi mesti bosan.

    "Kita tak boleh balik macam tu saja. Barang Ana kena simpan semua. And kami para lelaki ni tak dibenarkan naik. Jadi ibu lah yang kena tolong Ana angkat barang. Nanti sakit pula jantung Ana duk angkat berat-berat." kata Encik Kamal. Saja hendak membuli isterinya sendiri. Lama tak kacau.

    "Abang ni la! Ana dah jom pergi ambil barang semua. Lelaki dalam keluarga kita ni tak boleh harap!" marah Puan Irdina lalu beredar. Ashraf dan Muzaffar memberi high five sesama mereka. Manakala Encik Kamal, Iqbal dan Iqmal hanya gelak melihat gelagat Puan Irdina.

    "Ibu... Ibu ada contact dengan mak su lagi tak?" tanya Diana. Takut nanti Danial kata yang mereka tak pernah jumpa selama 6 tahun lepas itu beritahu Puan Irdina. Mahunya tak marah Puan Irdina apabila tak jumpa tunang selama 6 tahun. Boleh terputus tunang!

    "Ada la juga. Ibu nak tanya Ana satu benda. Ana dengan Nial tak berjumpa dan contact dah nak masuk 6 tahun dah kan?" kata Puan Irdina. Mereka berhenti mengangkat barang seketika. Diana menepuk dahinya. Dah agak dah ibu akan tanya macam ni!

    "Ha'ah. Ala biar la dia enjoys 'life bujang' dia. Nanti kalau duk contact sangat kata Ana kacau life dia." kata Diana sambil menyambung mengangkat barangnya.

    "Ana... Jangan cakap macam tu. Ana sekarang dah umur 25 tahun. Kalau Ana tengok kawan-kawan Ana mesti semua dah kahwin cuma Ana saja. Ana tahu kan yang sekarang ni Danial dengan Paula tengah bersama. Nanti bila nak kahwin Paula hancurkan perkahwinan Ana pula." nasihat Puan Irdina kepada anak daranya. Dia takut niatnya dan niat Puan Siti tak tercapai.

    "Biar la dia hancurkan pun. Ana pun tak tau boleh teruskan hidup lepas kahwin ka tak." kata Diana. Makin lama pernafasannya makin pendek. Dia berasa susah untuk bernafas kekadang. Puan Irdina terus terdiam apabila Diana cakap begitu. Mereka teruskan mengangkat barang-barang Diana.

    "Apa?! Batalkan pertunangan Danial dengan Diana?!" terkejut Puan Siti apabila Danial kata henti berhenti bertunang dengan Diana.

    "Danial tak nak la bertunang dengan Diana dah. Danial dah ada orang lain! And Danial dah janji nak kahwin dengan dia!" jelas Danial. Puan Siti berasa sedih lalu melihat Encik Mikail.

    "Danial... Kamu jangan cari pasal. Diana tu punya la tunggu kamu bertahun-tahun and now you did this to her. What do you think her feeling?" kata Encik Mikail. Cuba membantah. Apa yang nak dijawab dekat keluarga Diana apabila mereka mengetahui tentang ini.

    "Biar la perasaan dia macam mana pun. Kalau ibu dengan abah tak boleh beritahu keluarga Diana sendiri, biar Danial yang beritahu!" kata Danial muktamad. Danial terus keluar dari rumah dan meluru ke rumah Diana.

    "Ibu! Tengok Mal ni. Dia tak nak bagi Diana guna laptop!" ngadu Diana kepada Puan Irdina yang sedang masak di dapur.

    "Mal! Jangan buat perangai! Bagi kakak guna laptop tu!" marah Puan Irdina. Setelah Diana pulang ke rumah, rumah mereka menjadi meriah kembali. Ada orang tolong jagakan Aina, tolong masak, and tolong buat bising!

    "Kalau tak ada Ana la mesti sunyi ja rumah ini." kata Ashraf kepada ibunya.

    "Sebab tu la ibu tak bagi Ana kerja jauh-jauh sekarang. Ibu tak nak rumah ni jadi sunyi macam dulu masa Ana belajar." kata Puan Irdina. Rasa bersyukur kerana dapat kurniaan Diana dalam keluarga ini. Walaupun Puan Irdina tahu Diana hanya pinjaman sementara tetapi rasa bersyukur tu teramat sebab tanpa dia mesti sunyi sungguh rumah ni.

    "Assalamualaikum Mak long." Danial memberi salam dari luar rumah.

    "Waalaikumsalam. Nial mari la masuk. Kejap abang Muz panggil mak long di dapur." kata Muzaffar sambil berlalu ke arah dapur. Puan Irdina dan Ashraf sedang berbual mesra terus terhenti apabila Muzaffar masuk ke dapur.

    "Ibu... Nial ada dekat depan. Dia cari ibu." kata Muzaffar berbisik. Mereka bertiga terus ke depan. Danial yang tadi kelihatan normal terus berasa gementar.

    "Kenapa Nial cari mak long?" tanya Puan Irdina. Mereka bertiga duduk di atas sofa. Diana yang tadi niat hendak turun menolong ibunya di dapur terus terhenti langkah apabila terdengar perbualan mereka berempat.

    "Nial... Nial... Nial nak berhenti bertunang dengan Ana." kata Danial tergagap-gagap. Rasa sedih hendak melepaskan Diana tetapi dia dah berjanji dengan Paula. Puan Irdina, Diana, Ashraf dan Muzaffar terkejut apabila Danial kata begitu.

    "Nial fikir masak-masak dah ka?" tanya Ashraf cuba menghilangkan kesunyian antara mereka berempat.

    "Nial dah fikir masak-masak. Nial sayangkan Diana tapi Nial dah janji dengan Paula nak kahwin dengan dia." kata Danial. Tak sempat untuk Ashraf bercakap Puan Irdina terus mencelah.

    "Baiklah kalau itu keputusan Nial. Mak long tak kisah pun kalau Nial nak kahwin dengan sesiapa pun sebab ni kehidupan Nial bukan mak long." kata Puan Irdina. Patah hati Ashraf apabila mendengar Danial hendak mengahwini Paula. Diana terus terkedu. Danial hanya mengganguk dan meminta diri untuk beredar dari situ.

    "Kalau tu keputusan dia, Ash dengan Muz tak ada hak untuk halang. Walaupun Ash ada hati dengan Paula. Kita tak boleh paksa hati orang untuk mencintai kita balik." kata Puan Irdina lagi apabila kereta Danial keluar dari pekarangan rumah mereka.

    "Tapi Ana..." 

    "Ana tak kisah. Lagipun memang sebelum ini Danial dengan Paula pun. Jadi biarlah Danial nak kahwin dengan Paula. Diana pun dah fikir masak-masak yang Diana tak nak kahwin sampai bila-bila." kata Diana muktamad. Ashraf dan Muzaffar hanya terdiam. Puan Irdina terus pergi ke arah Diana dan memeluknya.

    "Kalau Ana nak menangis sekarang, menangis la. Tak salah pun nak menangis dekat ibu. Ana jangan pendam perasaan sangat sebab ia boleh menjejaskan kesihatan Ana." kata Puan Irdina. Sehabis sahaja Diana mendengar kata-kata ibunya, terus air mata Diana mengalir tanpa henti. Sedih memang sedih tapi kena lepaskan juga.

I Hate You But I Love YouKde žijí příběhy. Začni objevovat