LAPAN BELAS 💞

2.7K 162 0
                                    

Setiap hari  Firdaus tertanya tanya siapa Aira sebenarnya.

"Kamu tak boleh makan makanan yang ada santan? "Soal Firdaus yang pelik kerana Aira lansung tak sentuh lauk yang ada santan. "Aah saya tak boleh makan makanan yang ada santan apatah lagi masak lemak cili api "kata Aira. "Ohh samalah macam orang yang saya kenal.. Dia pun tak suka makan santan"kata Firdaus sambil senyum sendirian bila teringatkan Mia. "Ohh kawan yang El tu ke? "Soal Aira. "Nope. Saya ada ramai kawan.. Bukan El sorang je"kata Firdaus.

"Awak tak makan buah rambutan? Srs lah? "Soal Firdaus yang tak menyangka bahawa Aira tidak suka buah tersebut. 'Nampaknya aku makin nampak yang Aira mempunyai perangai yang sama seperti Mia.. Perwatakan, makanan dan minuman yang disuka mahupun tak.. Still sama dengan Mia' gumam Firdaus sambil tersenyum melihat Aira.

"Ehemm ehemm.. Tengok siapa tu? "Tegur seseorang. "Ehh haikal.. Tak adalah.. Aku tengok Aira tu sama macam kekasih aku"kata Firdaus. "Jadi, mana dia sekarang? Kalau nak kata El tu.. Kekasih kau? Memang tak lah... Jauh beza"kata Haikal lalu tergelak. "Aipp.. El tu bukan kekasih aku.. Hmm aku dah lama tak jumpa kekasih aku"kata Firdaus. "Dia.. Menghilangkan diri? "Soal Haikal. "Mungkin"jawab Firdaus. "Kalau kau jumpa dia.. Apa yang kau akan buat? "Soal Haikal. "Aku akan bagi dia result spm dia yang sangat cemerlang ni.. Aku nak ajak dia study dekat luar negara bersama aku.. Aku akan bawa dia kemana sahaja asalkan dia takkan hilang macam sekarang"kata Firdaus. Ada seseorang yang memerhatikan perbualan mereka.

"Sejak bila awak tak dapat jumpa kekasih awak? "Soal Aira yang tengah membasuh pinggan. "Hahh? Ohh.. Sejak setahun yang lalu"jawab Firdaus. Aira hendak bangun untuk meletakkan pinggan di tempat lain kerana di situ basah tetapi... Ahhh! Aku rasa lain macam ni... Aku kenapa.....

"Aira.. Aira... "Panggil firdaus. Aira membuka matanya dan melihat dihadapannya ada FIRDAUS! "Ehhh terima kasih sambut saya.. Saya fikir dah jatuh pup pup... Patutlah tak sakit"kata Aira lalu beredar kerana malu. "Ada ke orang jatuh bunyi pup pup.. Ya Allah. .comelnya awak ni"kata Firdaus sambil tersenyum lalu meletakkan pinggan di atas meja.

"Dah lama tak lepak cam ni dowh Haikal "kata Elyana. "Kau lah yang teruja noo duduk korea nun jauh di sana"perli Haikal. "Amboii kau.. Ni, yang rasa nak belasah kau ni"kata El yang dah sekeh kepala Haikal. "Sakitlah woiii "marah Haikal yang pegang kepalanya akibat di sekeh 😂."rindu kau"kata Elyana. "Ehh kat sana kau jumpa boyfriend tak? "Soal Haikal yang sengaja ubah topik. "Jumpa tapi sayang lah sebab aku kena balik sini kan.. "Kata Elyana. "Sejak kau duduk sana, perangai gedik kau dah hilang tapi... Muncul perangai kau yang tak pernah aku nampak iaitu sifat tomboy kau"kata Haikal. "Manusia boleh berubah bila² masa.. So hati²lah dengan manusia"nasihat Elyana. "Woii ngok! Kau tu pun manusia"kata Haikal. "Tahulah!tapi tu manusia lain"kata Elyana. "Jom ahh tak pasal² aku kena marah dengan Nek Jah"sambungnya lagi.

"Kau pasti ke Aira tu Mia? "Soal Elyana. "Im not sure but i sure"jawab Firdaus macam main²."hey.. Aku tak main² lah"kata Elyana. "Kau ada nampak muka aku main² ke? Tapi... Aku sure dia tu Aira but.. Aku tak ada bukti untuk mengesahkan "jawab Firdaus. "Tak pelah, kalau betul kau ada jodoh dengan Mia atau Aira... Allah pasti pertemukan korang berdua walaupun korang berdua berjauhan. Umur kau pun masih muda.. InShaAllah okay"kata Elyana. "InShaAllah... Hmm lagipun aku dah tengok banyak yang kau dah berubah"kata Firdaus. "Airil yang mengajar aku untuk bersangka baik... Lagipun sesiapun boleh berubah"jawab Elyana.

°°°°°°
"Mama nak jumpa Firdaus "kata Cikgu Zarina. "Ma, firdaus takkan jumpa dengan mama setelah apa yang terjadi"jawab Iskandar. "Mama tahu mama banyak salah, tapi tak boleh ke mama jumpa Firdaus walaupun sekali... Kalau terpaksa.. Mama sanggup tengok Firdaus dari jauh je"kata Cikgu Zarina. Pilu! Iskandar tahu yang Firdaus takkan mahu berjumpa dengan mamanya itu.

Firdaus, Aira, Haikal dan Elyana berseronok bermain di sungai. Sifat untuk berkawan telah muncul sejak mereka bersama. "Aira!!! Licin tempat tu"marah Firdaus. "Ahhhhhhh!!!! "Jerit Aira lalu terjatuh. "Aira! ". "Aira! "."Aira! " mereka menjerit bersama sama setelah lihat Aira jatuh. Firdaus mengangkat Aira lalu membawanya ke rumah.

Pengawas? I Love YouWhere stories live. Discover now