TUJUH BELAS 💞

3K 158 1
                                    

"Ma,biar Mia tolong ye"kata Mia lalu mengambil pisau untuk potong ikan."ya allah mia!pergilah tukar baju ye pun...kotor lah nanti"marah Datin Mariam."taknaklah ma...alaaa nanti mama boleh basuhkan"kata Mia sambil buat muka comel."no!kalau tak,tak payah makan"ugut Datin Mariam. "Hmm yela.. Mama"kata Mia dengan pasrah.

Sungguh! Datin Mariam tak boleh tahan air matanya kerana merindui anak bongsu kesayangannya. Masa berlalu amat cepat. Sembuhan hati Datin Mariam amat lambat.

"Sayang, kenapa tak nak makan ni? "Soal Dato' Zahim. "Kalau bukan disebabkan abang.. Anak kita, Mia Khaisara masih hidup... Boleh makan dengan kita"marah Datin Mariam. Bukan hanya Datin Mariam sahaja yang merasai kehilangan anak kesayangan, tetapi Dato' Zahim juga. Sehingga sekarang Dato' Zahim masih menyesal kerana melarang hubungan Mia dengan Firdaus. "Sayang, abang minta maaf. Ini semua takdir Allah"pujuk Dato' Zahim. "I want my daughter.. Please... Please bring me to her. ...i want to see her"kata Datin Mariam dengan sayu. "Ya Allah, anakku Mia.. Mana kamu? Tak kesian ke kamu terhadap kami? Tolong lah kuatkan hati kami, ya Allah"kata Dato' Zahim di dalam hatinya.
Sungguh! Hatinya tidak kuat untuk menahan sebak bila melihat keadaan isterinya itu.

°°°°°°
"Mia!!!!! Jangan tinggalkan saya!!!! "Jerit seseorang. "Mia!!!!!! Mia Khaisara! "Jerit orang itu lagi.

"Ahhh.. Huhh ya Allah... Apa yang aku mimpi ni!"kata Aira dengan nafas tercungap cungap macam baru lepas berlari. "Siapa Mia Khaisara? Siapa lelaki yang jerit tu? "Soal Aira yang penuh tanda tanya.

°°°°°°°°°
"Apa yang kamu mimpi semalam Aira? "Soal Nek Jah. Tiada masih tiada jawapan daripada Aira. "Aira? Aira? "Panggil Nek Jah. "Ohh? Apa dia nek? "Soal Aira. "Ya Allah, kamu termenung apanya aira... Sebenarnya apa yang kamu mimpi semalam? "Soal Nek Jah. "Haa? Mana ada Aira mimpi semalam"nafi Aira. "Tolong jangan tipu nenek"kata Nek Jah. "Maaf, nek. Sebenarnya, Aira mimpi seorang lelaki dan seorang perempuan. Dalam mimpi tu, nampak macam perempuan tu ingin meninggalkan lelaki tu.. Lelaki tu menjerit nama perempuan tu. Sampai situ Aira dapat"terang Aira. "Siapa nama perempuan tu? "Soal Nek Jah. "Hmm tak silap Aira, namanya Mia Khaisara. "Jawab Aira. "Mungkin mainan tidur tu"kata Nek Jah.

°°°°°
"Firdaus"panggil seseorang. "El? Ada apa ni? "Soal Firdaus. "El datang jumpa abang sebab nak bagi surat ni"kata Elyana sambil menyerahkan surat kepada Firdaus. "Surat apa ni? "Soal Firdaus. "Kak Mia. Dia suruh abang baca bila dia dah tak ada. Maafkan El, sebab baru sekarang El boleh bagi. Oh ye, abang nak ikut El pergi kampung? Bukankah abang nak cari ketenangan? "Ajak El. "Bila El akan pergi? Abang nak ikut"kata Firdaus. "Btw thankz El"kata Firdaus. El pun beredar setelah menyerahkan amanah orang kepadanya.

Awak,
Saya minta maaf kalau saya pergi dulu. Maafkan saya sebab tak dapat jumpa awak. Tolong maafkan saya. Saya buat surat ini sebab saya nak tulis apa isi hati saya. Mia suka abang. Tapi Mia rasa disebabkan cinta Mia, abang terseksa. Mia tahu abang terseksa. Mia minta maaf tentang itu. Dari sekolah sehingga kini, Mia masih cintakan abang. Sudut hati Mia, hanya tertulis nama abang. Hanya abang. Mia nak cintakan orang yang Mia cinta sampai ke syurga tapi... Sesungguhnya ajal maut, jodoh, rezeki semua di tangan Allah. Percayakan cinta abang terhadap Mia. InshaAllah kita akan dipertemukan di Dunia atau di Syurga.
Yang benar,
Mia Khaisara

"Aku rindukan kau! Mia! "Jerit Firdaus sambil peluk kertas itu.

°°°°°°
"Aira, kalau aku merisik kau.. Kau nak tak? "Soal Haikal tetiba. "Aikk kau dah kenapa Haikal? Waras tak? "Soal Aira lalu tergelak. "Kenapa kau gelak? Kau tengah memperlekehkan cinta aku? "Soal Haikal dengan serius. "Hmm haikal. Aku terbermaksud pun. Aku minta maaf ye"kata Aira. "Tak pelah, Aira. Aku minta diri dulu"kata Haikal. Haikal pun berlalu meninggalkan Aira sendirian.

"Aikk awalnya kamu balik"kata Mak Haikal atau dikenali sebagai Cik Syim. "Tak ada mood lah, mak"jawab Haikal lalu pergi ke dalam biliknya.

"Assalamualaikum Haikal"kata Aira. "Waalaikumussalam Aira.. Kenapa ni? "Soal Cik Syim. "Cik Syim, aira nak jumpa haikal. Aira rasa bersalah "kata Aira. "Maaf ye aira. Kalau haikal tak ada mood, kita tak boleh ganggu dia"kata Cik Syim. "Kenapa aira? Kau nak apa? "Soal Haikal yang tetiba muncul. "Baiklah aku setuju"jawab Aira. "Jap jap.. Apa yang setuju setuju ni.. Haa haikal? Aira? "Kata Cik Syim yang pening tengok situasi sekarang. "Mak, besok boleh hantar rombongan ke rumah Aira"kata Haikal. "Hah? Korang dua ni dah kenapa? Jangan kata yang aira ni... "Tak sempat Cik Syim kata, Aira dah potong. "Ehhh bukan macam tu lah Cik Syim.. Hmmm haikal dia.. "Kata Aira yang tergantung. "Haikal lamar Aira untuk jadi isteri haikal.. Lagipon mak yang kata yang mak nak cucu dalam masa terdekatkan"kata Haikal dengan tenang. "Tapi bukan seawal ni.. Mak tahu yang korang ni tak bercinta kan.. "Kata Cik Syim. "Okaylah... Aira minta izin dulu lagipon harini ada tetamu nak sewa bilik"pinta Aira.

°°°°
"Kamu pergi mana, aira? Puas nenek cari"kata Nek Jah. "Maaflah nek.. Tadi ada hal sedikit"kata Aira. "Haaa dah dah.. Pi siap sana.. Sat lagi tetamu kita nak datang"kata Nek Jah.

Pon! Pon!
"Haa dah datang tetamu kita"kata Nek Jah. Aira memperbetulkan tudungnya itu. "Hmm ni rumah Nek Jah ye? "Soal orang tersebut. "Ye.. Siapa nama cik berdua? "Soal Nek Jah dengan mesra. "Saya elyana cuma panggil el sahaja ohh ya.. And then ni kawan saya nama dia Firdaus Shah"kata El. "Boleh panggil saya Shah"kata Firdaus. "Berapa lama kamu berdua duduk sini? "Soal Nek Jah. "Kemungkinan 3 bulan tu pun kalau tiada kekangan"jawab Firdaus. "Aira!! "Panggil Nek Jah. "Ye nek"sahut Aira lalu pergi kehadapan untuk berjumpa dengan tetamu. "Mia? "Kata Firdaus. "Maaf ye, cik. Saya Aira bukan Mia"kata Aira dengan tenang. "Aira, kamu boleh angkat beg mereka"arah Nek Jah. "Ehh it's okay.. Saya boleh angkat"kata Firdaus.

Pengawas? I Love YouWhere stories live. Discover now