ıı. Game ㅡ jihyun

4.4K 788 246
                                    

Last Experiment Project
6:02 PM | 280117 | MAZE

" semua ni tak boleh jadi. Kalau Jungkook dan kawan dia yang lain dapat keluar daripada alam ni, ramcangan aku akan musnah!" Kata Jihyun lalu menghentak kedua tangannya diatas mejanya. Merah tapak tangannya tapi dia langsung tak kesah.

" aku kena cari cara tuk buat dorang kalah, ataupun bunuh dorang je! " katanya lagi. Sekali lagi dengan nada yang gelisah campur marah.

Tetiba, dia terasa benda seperti melintasi dihadapannya taoi dengan sekelip mata, benda tu hilang.

Dia mengeluh panjang lalu berkata, " kau nak apa? Keluar lah " kata nya lagi padahal, dia keseorangan sahaja disitu.

Secara tetiba, lampu biliknya tertutup. Keadaan kini gelap gelita tanpa sebarang cahaya. Cahaya daripada tingkap pula dihalang oleh langsir biliknya. Dia kini berada dalam kegelapan.

Dia terdengar tapak kaki meluru kearahnya semakin dekat dan dekat. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia membuka langsir tu, tapi dia tahu kalau dia buka langsir tu, benda tu akan memarahinya.

Silap-silap dia akan terbunuh disitu.

" aku nakkan darah."

Suara serak daripada orang tua berselisih dengan suara perempuan berkata. Jihyun kecut perut jadinya. Dia pelik, setelah bertahun dia berkawan dengan benda ni, takde pulak dia nak rasa takut macam sekarang ni.

" jungkook tak bagi kau darah dia ke? " soal Jihyun berani. Dia cuba tuk tak gagap supaya benda tu tak syak pape.

" tak. Dia beri aku sikit. Tapi ianya tak mencukupi "

" dia bagi jugakkan?" Kini, Jihyun rasa angin kencang meniup wajahnya. Hampir sahaja dia tak boleh bernafas akibat angin yang kencang tu.

" tak cukup."

" yelah, fine.. aku akan bagi kau salah satu mayat segar. Tapi besok jangan mintak darah lagi." Kata Jihyun lagi. Dia nak benda tu cecepat pergi dan tinggalkan dia. Takde kerja dia nak duduk dalam gelap tu lelama. Dengan benda bukan manusia pulak tu.

" aku tak main janji, jihyun. Kau tahu tu kan?"

Dengan keluhan yang berat, dia hembus. " fine. Aku akan bagi kalau kau mintak. Puas? "

Jihyun mengangkat tangannya. Dia menghayunkan jari telunjuknya dan kelihatan satu tubuh mayat keluar daripada sebuah bilik. Ia berjalan dengan sendirinya meluru kearah benda tu.

Tetiba, satu idea terlintas pada pemikiran Jihyun. Dia dapat satu idea yang menarik. Sebuah senyuman terukir pada wajahnya lalu dipandang kearah benda tu yang sedang enak menjamu seleranya.

" yah, boleh bantu aku tak? " soal Jihyun dan benda tu terhenti daripada makan. Dia memandang kearah Jihyun dengan matanya yang berwarna putih.

" apa dia? "

" kalau kau berjaya, aku akan beri kau mayat segar lebih daripada satu hanya tuk kau. Tupun kalau kau berjaya lah"

" apa yang perlu aku buat? "

" kau bunuh semua kawan jimin termasuklah jimin, jungkook dan yunju sekali. " benda tu tenung Jihyun buat seketika.

 gamers.Where stories live. Discover now