Game ㅡ stare

4.7K 995 121
                                    

khamis, 29/12.

Di WOTP, Jam 8:14 PM.

"Bila semua ni akan berakhir president?" Perempuan tu melabuhkan punggungnya diatas sebuah sofa yang lembut tu.

Si dia hanya terdiam. Fikirannya ralit memikirkan rancangan seterusnya bagi..

Membina alam yang dicipta olehnya.

"tak tahu lah, tetapi appa yakin semua ni akan berakhir tak lama lagi." Perempuan tu terus tersenyum. "Jinjja? Baguslah." Kata Perempuan tu dengan gembira apabila mendengar kata-kata appanya itu.

"Tapi, setiap pengkahiran adalah permulaan bagi cabaran yang baru bukan?"

Senyuman perempuan tu mula pudar.

---

Serentak sahaja pintu tu ditutup, lampu bilik tu dibuka.

Sekali lagi, aku nampak banyak bebola mata memandang kearah aku, yoongi dan Hoseok hyung.

Aku hanya endahkan ia. Maybe biji mata tu saje je nak takutkan kitorang bertiga.

Aku meluru kearah Namjoon hyung yang tergantung tu. Aku menoleh kearah Hoseok dan Yoongi hyung.

Mereka kelihatan tak sanggup melihat keadaan Namjoon yang teruk dan terseksa tu.

"Patut ke aku tarik dia kebawah?" Soal aku pada mereka dan mereka hanya mengangguk.

Aku mengeluarkan pisau ku lalu memegang tali yang mengantung namjoon tu. Perlahan-lahan, aku memotong tali tu.

Tetiba, mata yang berada pada mulut Namjoon tu bergerak. Bebola mata hitamnya itu tajam memandang aku.

Aku mula rasa tak selesa.

"Jimin," suara Yoongi hyung memanggil aku menyebabkan aku tertoleh padanya.

Kini, aku nampak semua bebola mata yang ada pada lantai tu memandang aku tajam dan mereka tak lagi memandang Hoseok dan Yoongi.

Tapi, mereka hanya pandang aku.

Jantung ku berdegup pantas. peluh mula mengalir pada dahiku, tetapi dengan pantas aku menyekanya.

"Takpe, keep going." Balas Hoseok dan aku pun mula sambung memotong tali tu. Tangan aku kini bergerak dengan lebih pantas kerana ketakutan.

Tali tu makin rapuh. Aku tersenyum. Sebaik sahaja tali ni terpotong, Namjoon akan berjaya aku selamatkan dan selepas tu, kitorang akan pergi cari the mirror.

Aku melihat bebola mata yang ada pada mulut Namjoon tu. Bebola Mata tu mula kemerahan. Dan semakin merah macam nak meletop.

"Aku rasa ada yang tak kena lah." Jawab aku sambil memandang kearah mereka berdua. Dorang hanya terdiam dan mengangkat bahu mereka.

Aku memandang balik kearah bebola mata tu dan bebola mata tu secara tetiba memancutkan cecair hitam kearah wajah aku. Nasib baik lah aku sempat mengelak daripadanya.

Cecair tu terkena pada dinding bilik tu. Dan paling mengejutkan aku, cecair tu membuatkan dinding tu terhakis.

Adekah cecair tu.. asid?

"Fuck" aku memegang tali tu dengan pantas lalu memotongnya. Tubuh Namjoon terjatuh dan nasib baiklah yoongi pantas bertindak mencapai tubuh namjoon tu.

 gamers.Where stories live. Discover now