ıı. Game ㅡ she's wrong

5.4K 955 260
                                    

7 January

Serentak sahaja aku dengar jeritan nyaring terhasil daripada suara Yunju, aku terus bangun daripada tempat aku lalu meluru kearah Yunju yang sedang terduduk sambil memegang kepalanya.

"Batalkan rakaman! Batalkan!" Jerit director. Dan kini, ramai cameraman tergopoh-gapah tuk tutup camera mereka.

"Yunju-ah? Yunju!" Aku duduk dihadapannya lalu memegang bahu dia. Badan dia amat lemah. Bila aku terpegang bahu dia, aku rasa amat panas.

Apa ni?

"Apa jadi dekat dia?!" Soal aku pada orang yang berkerumun disekeliling aku dan Yunju. Terhinjut bahu dorang semua.

"D-dia tetiba je camtu. Sebaik sahaja Jimin habis main, dia terus terduduk." Jelas salah seorang pekerja dekat situ.

Aku memandang yunju kembali. Aku nampak mulutnya mengalirkan darah yang pekat dna bibirnya mula pucat. Dia masih lagi pegang kepalanya.

Aku perlahan-lahan meleraikan tangannya daripada kepalanya lalu mendapati bahawa kepalanya sudah kemerah-merahan macam nak meletus.

Seperti nak mencair.

"Telifon ambulance!"

---

Aku duduk di tempat duduk sambil mendongak merenung siling hospital yang putih pucat tu.

Sama macam muka aku skang.

"Adekah awak sebahagian keluarga daripada cik Yunju?" Satu suara membuatkan aku tersedar daripada lamunan.

Aku bangun lalu terus menghadap doktor perempuan yang berada dihadapan aku tu.

"Tak.. tapi saya kenalan dia."

"Hm, baiklah. Oleh kerana keluarga cik Yunju masih lagi tak datang, saya akan jelaskan semuanya pada awak." Aku mengangguk pantas.

Doktor perempuan tu menyeka rambutnya sampai ketelinganya. Fail yang dipegang olehnya diselak.

"Baiklah cik Yunju mengalami pendarahan otak akibat bahagian kepalanya terlalu panas. ia hampir mencair tapi kami sempat menyelamatkan ia. Walau bagaimana pun, akibat kepanasan suhu badannya yang maximum tu, tekaknya mula sakit dan dia tak boleh bercakap." Doktor tu berhenti.

"Boleh saya tanya awak, kenapa semua ni terjadi? Memang tak pernah kami dengar pesakit kami mengalami pendarahan pada otak sampai nak cair. Sememangnya, apa yang terjadi pada cik Yunju sampai macam tu sekali?"

aku terdiam. Cair?

"Saya mintak maaf, saya tak tahu kenapa.." doktor tu senyum lalu mengangguk.

"Tak mengapa, saya paham. Nanti kalau keluarga cik Yunju tiba, beritahu saya." Aku mengangguk lalu, doktor tu pergi.

Aku masuk kedalam bilik wad Yunju. Aku nampak dia duduk dikatilnya sambil pandang aku lalu mengukirka senyuman yang lebar.

Aku meluru kearah dia. Lalu duduk sebelahnya. "Yunju, kau okay?.." soal aku. Dia senyum lalu mencapai sekeping kertas yang berada disebelahnya lalu memegang sebatang pen.

 gamers.Where stories live. Discover now