cunning love-1

1.4K 18 0
                                    

" ahh..aku dah lambat!! Mati lah aku kali ni!" aku berlari pecut di sekitar KLIA. Aku mencelah di lautan manusia itu macam berlumba di litar sepang rasanya. ' aduh kenapalah aku boleh lambat bangun? Aku rasa dah pasang banyak alarm dah semalam' aku mula merungut. Aku tidak pedulikan sekeliling, yang perlu ingat kerja, kerja, kerja. Dalam aku mencelah, boleh pula aku langgar seseorang. BUM..macam nangka busuk da..

"aduh." Kami berdua mengaduh. 'aduh apesal pula kali ni.' Aku mula merungut balik. Aku menghempap seorang lelaki.oh tidak. Cepat-cepat aku cuba bangun, tiba-tba aku rasa tudung aku tertarik. Aku dah mula pelik. Apa hal lah pula!! Aku cuba sekali lagi dan hasilnya juga sama. Aku tengok hujung tudungku.

' la patutlah.kat sini juga kau nak buat halkan'desis hatiku.

Tudungku berpintal dengan butang baju lelaki ni.apalah nasib aku hari ni "ehem" lelaki itu berdehem. Aku yang tengah kelam kabut, mendongak dan tergamam.

' oh my goodness' aku terdiam lama.

"ehem..tahulah saya handsome. Tak payah tengok sampai nak tembus muka saya. "

aku tersedar dan darah panas mula menyerbu muka.malu wo!! "sorry." Aku perlahan berkata.

" ni bila nak bangun? Nak buat show ke kat sini" kedengaran sinis pada pendengaran aku.

Aku mula berangin, aku terpandang jam. 8.05 am. Mataku dah membulat dan mula cemas balik.

" alamak.habis aku!" aku terjerit sedikit. Aku merentap kasar tudungku, habis butang baju lelaki itu tercabut. Opssie.Tergamam lelaki tu dengan tindakan aku.Huh ganas gila aku buat. Aku bangun. " sorry encik. Tak sengaja tau" aku ucap sambil mula langkah seribu.

Tiba tiba tangan aku dipegang. Aku terkejut dan berpaling. Aii..suka hati mak bapak tiri kau je pegangkan?

Click. Bunyi kamera. Aku terkejut dan sebelum aku memarahi lelaki itu. Aku tengok jam sekali lagi. 'alamak!' aku menarik tangan aku dengan kasar dan meninggalkan lelaki itu. apa yang penting kerja aku ni.

Aku berjalan perlahan untuk punch card aku. Ada gaya perompak rasanya. Tiba-tiba ada tangan menepuk dari belakang, aku berpusing. Terkejut beruk aku disitu.turun semua darah dimuka aku.pucatlah senang kata. Didepan aku seorang perempuan namanya Rosalinda, aku panggil Kak Ros.mukanya seperti menahan marah.

" Cik Nur Aliyah Safiyyah." Aku memandang Kak Ros dan tersengih macam kerang busuk.hehe. "Ya,saya" aku menyahut.

"awal datang hari ini. Jam awak pukul berapa sekarang?" sinis kak Ros bertanya kepadaku.

Aku menarik nafas 'bertenang' bisik hatiku. Aku tersenyum dan menjawab "awal ke? Penat saya berlari tadi.ingat dah lambat.awal lagi rupanya" aku mula loyar buruk.

Muka Kak Ros makin merah menahan marah. " masuk kerja pukul berapa sebenarnya?"

"pukul 7.30" aku menjawab perlahan

"sekarang dah pukul 8.tahu tak?"

Aku mengangguk sahaja tanpa menjawab. Menunduk sahaja seperti orang bersalah. Tapi memang salah aku pun.

"hah kali ini alasan apa pula nak bagi saya?"tanya kak Ros

"erm" aku mula memikirkan alasan. Aku mendapat idea. Aku tersenyum.

"tadi jammed kak.Taktau ada apa sampai jammed tadi."

"oh jammed ye." Kak ros mengulang balik apa yang aku cakap.

"jammed dari pukul 6 sampai pukul 8 ke?"

Aku mengangguk dengan rasa tidak bersalah. Tiba-tiba Kak Ros memukul perlahan lenganku.

cunning loveWhere stories live. Discover now