PART 10

42 3 0
                                    

Danish menjelaskan bagaimana dia boleh mengetahui tentang lia kepada ian dan ziha.

" kau dah tahu semua ni dari awal. Tapi kenapa kau tak bagi tahu aku?! " teriak ian.

" sebab aku tak nak kau kecewa. Aku tahu kau dah start ada perasaan pada lia dan aku tak sampai hati nak bagi tahu kau perkara yang sebenar. Aku tak nak hampakan kau. Mula-mula, memang aku tak pasti tekaan aku tentang lia tu betul atau tak. Tapi, lepas apa yang aku tengok dan apa yang aku dengar dari mulut lia sendiri. Baru aku percaya. Bro, aku tahu kau sedih tapi ini kenyataan, bro. Kau kena terima hakikat bahawa orang yang kau suka tu dah tak wujud dalam dunia ni. Dia baik dengan kita hanya sebab dia nak minta tolong dan cuba dapatkan kepercayaan kita. Tapi, dia sendiri pun tak sangka yang kau ada perasaan pada dia. Sebab tu lah dia minta kau lupakan dia sebab dia tak nak kau kecewa bila kau dapat tahu perkara sebenar. Sabarlah, ian. Allah lebih sayangkan dia. Aku tahu, peritnya bila kita kena lupakan orang yang kita dah sayang walaupun hanya seketika perasaan tu hadir dalam diri kau. Tapi, kau masih belum terlambat lagi untuk mencuba. " kata danish cuba menenangkan rakan baiknya.

Ian terduduk.
" mana lia? Aku nak jumpa dia. Kenapa dia tak cerita pada aku sendiri perkara sebenar? Kenapa dia  buat aku kecewa macam ni? Kenapa?" sayu ian. Masih tidak mempercayai bahawa lia sudah tiada.

Danish berusaha untuk menenangkan rakan baiknya itu.

******
Rangka lia telah pun dikebumikan seperti yang diminta oleh lia. Kini, rohnya akan pergi dengan tenang.

Mak cik mariam masih kelihatan sedih dengan kepergiaan lia yang disayanginya. Ziha yang berada di situ cuba menenangkannya.

Ian masih merenung kubur lia. Danish kemudiannya datang menghampirinya.

" sabarlah, bro. Ini lah kehidupan. Kita tak boleh nak buat apa memandangkan ini apa yang telah dirancangkan oleh Allah tanpa pengetahuan dan tanpa kita sangka. Lia dah pergi dengan aman. Kita sepatutnya bersyukur sebab kita adalah orang yang terpilih untuk bantu orang sebaik lia. Aku biarkan dia berkawan dengan kita walaupun dia bukannya manusia sebab aku tahu, lia tak akan membahayakan kita dan dia ada sebab dia yang tersendiri kenapa dia muncul depan kita tanpa pengetahuan orang lain. Dan inilah sebabnya. Semua yang berlaku dalam dunia ni tak mustahil akan berlaku." danish cuba memberikan kata-kata semangat kepada ian. Dia memeluk bahu rakannya itu.

Ziha datang menghampiri.

" guys, mak cik mariam ucap terima kasih pada kita sebab dah jumpa mayat lia. Sekarang ni, dia nak pergi melawat pak cik zaid. Dia nampak masih terkejut dengan semua yang dah berlaku ni. " kata ziha.

" owh, ye. Ian, apa dah jadi pada lia yang sebenarnya? Dia kata, dia ada bagi tahu apa yang dah jadi pada dia masa 5 tahun yang lalu dekat dalam hutan tu pada kau. Polis ada bagitahu keputusan autopsi lia, dia kata ada retak pada tengkorak kepala lia. Apa yang dah jadi? " soal danish ingin tahu.

" lia bagi tahu aku, apa yang pernah jadi pada dia 5 tahun lalu dalam hutan tu? " bingung ian. Danish mengangguk. Ian kelihatan cuba mengingati cerita lia.

Ian kelihatan terkejut.
" perogol. " kata ian ringkas.

" hah!! Perogol? Mana perogol? " danish terkejut. Danish lantas memegang ziha disebelahnya dan matanya melilau mencari sesuatu.

" tak, Perogol. Dia cuba lari dari 2 orang lelaki yang cuba merogol dia. Dia kata dia sempat lari daripada 2 orang perogol tu dan sempat minta tolong. Tapi, betul ke dia sempat minta tolong? Kalau dia sempat, mesti orang tahu mayat dia dekat mana. Tapi, dah 5 tahun dia dekat situ dan mati sendirian. Tak kanlah, dia memang sempat lari daripada perogol tu dan dapat lepas dan kemudian, adakah dia terjatuh ke dalam tebing tu dan kepalanya terhantuk dekat batu dan sebab tu tengkorak kepala dia retak dan dia meninggal dekat situ? " pendapat ian.

" ada kemungkinan juga tu. Polis cakap, yang tengkorak kepala lia retak  dan ada kemungkinan dia terhantuk sesuatu yang keras. " terang danish.

" Ya Allah, kesiannya lia. Kenapa dia boleh jadi macam tu? " ziha menjadi sebak.

" jadi, dia tipu aku yang dia selamat? Memang dia selamat lepas daripada perogol tu, tapi dia tak lepas keluar dari situ. Jadi, dia dah cuba bagi pembayang tapi aku je yang tak sedar? Ya Allah... " kesal ian. Dia menekup mukannya.

Danish memegang bahu ian.
" nampaknya, kita dah tahu cerita yang sebenar sehingga meragut nyawa lia. Aku rasa simpati dengan apa yang dah jadi pada dia. Ni, ambil ni. Lia arahkan aku supaya aku sampaikan benda ni pada kau. Dia kata, ini adalah barang yang paling dia sayang. Ianya pemberian ibu dia yang terakhir sebelum ibunya meninggal. Dia minta kau simpan dan jadikan kenangan supaya kau akan ingat dia lagi. Kau jagalah benda ni baik-baik. Ini je salah satu memori untuk kau dari dia. " danish menghulurkan seutas gelang berwarna merah berserta nama lia yang tertera di situ. Ian tersenyum memandang gelang tersebut lalu digenggamnya erat.

Pandangan ian terpaku pada sesuatu di hadapannya. Danish dan ziha lantas memandang ke arah yang sama.

Kelihatan lia berada di hadapan mereka.

" thank you. " ucap lia dan tersenyum manis. Mukanya kelihatan sangat bersinar dan mendamaikan.

Mereka bertiga membalas senyuman lia. Lia pun hilang dari pandangan mereka.

Vous avez atteint le dernier des chapitres publiés.

⏰ Dernière mise à jour : Feb 06, 2017 ⏰

Ajoutez cette histoire à votre Bibliothèque pour être informé des nouveaux chapitres !

tHaNk yOuOù les histoires vivent. Découvrez maintenant