PART 9

17 2 0
                                    

Lia kelihatan pergi meninggalkan ian sendirian setelah mereka membincangkan sesuatu. Lia mengalirkan air matanya ketika dia berlalu pergi. Dia dapat tahu bahawa ian mesti sudah meluahkan perasaannya terhadap lia.

Mereka diam membisu disekeliling unggun api yang tidak bernyala itu. Fikiran mereka kosong walaupun tujuan mereka ke sana telah selesai.

Danish meminta diri untuk pergi membuang air dan ian memintanya untuk mencari lia kerana lia telah meninggalkan mereka untuk masa yang lama dan mereka mulai menjadi risau.

Danish akur. Tujuan sebenarnya bukan untuk membuang air tetapi, dia ingin cuba bercakap dengan lia berdua untuk mengetahui asal usul gadis itu yang sebenar.

******
Lia sedang duduk termenung. Fikirannya kelihatan kosong.

" siapa kau sebenarnya? " soal danish perlahan. Dia tidak mahu rakan-rakannya dengar akan perbualan mereka.

Lia lantas bangun dari duduknya.

" aku tanya kau siapa? Kenapa kau muncul depan kami selepas menghilang selama 5 tahun? Apa yang kau nak daripada kami? Kau... Bukan sebahagian dari kami kan? Kau bukannya manusia. " tegas danish. Nada suaranya tetap dijaga agar tidak didengari rakan-rakannya.

Lia tersenyum.
" nampaknya awak dah tahu siapa saya. Jom, ikut saya. Saya akan jelaskan perkara sebenar. Jangan risau, saya tak akan apa-apakan awak." kata lia dan mengambil langkah. Danish mengikut jejak langkah lia.

Mereka sampai ke satu tebing yang curam dan dibawahnya terdapat rangka manusia yang masih sempurna.

Danish terkejut dan berundur beberapa langkah ke belakang. Dia beristigfar panjang. Dia lantas memandang lia.

" jangan takut, itu saya. Ye, betul tekaan awak. Saya dah mati. Rupanya, dekat situ gelang yang saya cari selama ni." jelas lia sambil memerhatikan gelang yang masih tersarung di pergelangan tangan rangkanya.

" kenapa kau muncul depan kami? Apa yang kau nak dari kami? Jangan cakap yang kau sengaja buat baik pada kami sebab nak ambil kesempatan. " tegas danish.

" saya cuma nak minta tolong daripada awak semua. Saya buat baik pada kamu sebab saya nak dapatkan kepercayaan daripada kamu semua. Ye, saya tahu saya pentingkan diri. Saya buat semua tu sebab saya nak minta tolong. Saya betul-betul perlukan bantuan kamu semua memandangkan hanya kamu bertiga sahaja yang boleh nampak saya. Saya cuba minta tolong orang lain tapi, mereka tak boleh nampak saya langsung. Saya sendiri pun terkejut bila awak semua nampak saya dan tegur saya. Mula dari tu, saya dapat rasa yang awak semua memang dah ditakdirkan untuk bantu saya. " terang lia.

" bantu kau? Kau nak kami
bantu apa? " lia memandang rangka tersebut begitu juga danish.

" tolong semadikan rangka saya dengan baik. Tolong kebumikan dia ke tempat yang betul. Itu je yang saya minta. Pak cik yang kita jumpa hari tu. Dia pak cik saya. Saya yakin awak dah tahu pasal ni sebab saya dapat rasakan yang awak cuba siasat pasal saya. Pak cik dah banyak kali datang sini untuk cari saya. Tapi, dia tak jumpa memandangkan rangka ni ada jauh daripada dia. Saya cuba minta tolong dia, macam-macam cara saya dah buat tapi dia tak nampak saya. Jadi, sukar untuk saya minta bantuan dia. " terang lia kesal.

" jadi, kau bawa kami dekat sini sebab nak kami jumpa rangka kau ni? Kau gunakan kami? " lia menjadi kesal.

" saya minta maaf. Tapi, itu je satu-satunya cara yang saya ada supaya orang lain terutamanya pak cik dan mak cik saya tahu yang saya dah tak ada lagi di sisi mereka. Jadi, saya minta tolong. Tolong tunaikan permintaan saya yang terakhir. Saya janji saya tak akan ganggu kamu semua lagi. " lia memandang danish dengan wajah yang sayu.

" apa dah jadi dengan kau sebenarnya ni? Kenapa kau boleh mati sampai macam ni? " danish memandang lia dengan wajah ingin tahu.

" saya rasa lebih baik awak tanya ian sendiri. Saya dah bagi tahu ian apa yang pernah terjadi pada saya 5 tahun lalu dekat dalam hutan ni. Saya yakin dia boleh agak apa yang dah terjadi pada saya lepas dia tengok ni. Danish, tolong jangan bagi tahu ian pasal ni dulu. Bagi tahu dia semuanya esok, esok pagi saya akan pergi dan awak tunjukkan lah saya yang sebenar pada dia. Diri saya yang dah tak bernyawa dalam dunia ni. " pinta lia.

" kenapa tak cerita je pada aku apa yang dah jadi? Memandangkan aku ada depan kau je ni. " danish bingung. Dia masih lagi ingin tahu perkara sebenar yang telah terjadi pada lia sehingga meragut nyawanya sendiri.

" ianya amat menyakitkan jika diceritakan semula. Saya dah tak sanggup nak cerita lagi detik-detik hitam ni. Saya tak sanggup. " lia menangis teresak-esak.

" woww.. Tolong lah jangan nangis air mata darah depan aku. " gerun danish apabila lia mengalirkan air mata darah.

Lia lantas mengelap air matanya.
" air mata darah ni hanya akan keluar apabila ianya sesuatu yang menyakitkan. Maaf, buat awak takut." ucap lia kesal.

" kenapa kau tak minta sendiri je daripada ian. Kenapa kau tak terus terang dengan dia. See, sekarang dia dah ada perasaan pada kau. " lia menundukkan wajahnya.

" saya tak nak buat dia kecewa. Saya tahu dia akan kecewa untuk ni memandangkan dia dah ada perasaan pada saya. Sebab tu lah saya suruh dia lupakan saya dan jangan tunggu saya sebab saya dah tak wujud dalam dunia ni" kata lia sayu.

" kau cakap ke tak, last-last dia tahu juga kan dan akan kecewa. " danish tersenyum sinis.

" saya tahu. Tapi, biarlah awak je yang tengok dia kecewa. Asalkan bukan saya. Saya tak sanggup nak tengok dia kecewa dengan saya. Saya tak nak buat peminat saya kecewa dengan kepergiaan saya. Biar saya pergi dengan membawa hati yang lara. Uhuk... " lia memegang dadanya.

" wahh... Kau ni hantu tapi perangai kau tak serupa hantu pun. Aku tak sangka ada hantu yang perangai macam kau ni. Unik. Aku rasa, aku ambik course perubatan bukannya paranormal. Tapi, tak sangka aku dapat berkomunikasi dengan hantu depan aku sendiri. Hantu cantik pula tu. Sebab tu lah aku susah nak percaya yang aku tengah cakap dengan roh orang yang dah mati. Sebab kau tak macam hantu pun. Kau macam manusia biasa. " kata danish dan tersenyum sinis. Lia kelihatan tersipu-sipu malu apabila dipuji sebegitu.

" baiklah. Memandangkan kau dah pun banyak tolong kami cari tumbuhan tu, kami akan tolong kau pula. Kami akan tunaikan permintaan terakhir kau tu. Aku akan explain semuanya pada ian dan ziha. Aku akan buat kau tenang. " lia kelihatan teruja dengan kata-kata danish.

" betul ke? Saya tahu awak akan tolong. Sebab tu lah hanya awak bertiga je yang boleh nampak saya. Terima kasih. Saya akan ingat jasa baik kamu semua. " ucap lia dan tersenyum.

" dah, jom balik tapak perkhemahan. Nanti orang lain fikir lain pula pasal kita. Ada hubungan dengan hantu, hmm.. Not bad. Eh!  Tak boleh. Nanti ziha merajuk. Dah, jom. " ajak danish.

Mereka berdua berlalu keluar dari kawasan itu dan menuju ke arah tapak perkhemahan bersama.

tHaNk yOuМесто, где живут истории. Откройте их для себя